Sabtu, 21 Januari 2012

Home » » .:: Tahun Baru Cina | 1 Malaysia ::.

.:: Tahun Baru Cina | 1 Malaysia ::.

.


 

Alhamdulillah, rezeki tahun ini. Apa-apapun, bersyukur sangat daripada tak dapat langsung kan? Memanglah tahun lepas abah dapat banyak daripada ni. Tak salah hampir sepuluh kotak. Dan untuk tahun ni, rezeki ini je yang ada. Ok daripada tak ada langsung kan? 





Limau yang berbalut dengan plastik jernih ni, memang tak di nafikan manisnya. Memang manis berbanding dengan plastik yang oren tu. Yang dalam plastik oren tu, bukanlah semuanya masam, ada je yang manis. Ikut nasib.. heee.. ^_^

Kalau yang plastik gambar limau tengah senyum tu #aku panggil limau tian tian je , memang sedap. Manis je…! Cuma bila dah kupas tu, banyak sangat sabut, sampai rimas nak makan. #kadang-kadang kunyah sekali dengan sabut tu…punya malas…! Hahahaha..!




Limau lokam pun manis juga. Cuma buahnya sedikit kecil berbanding dengan limau tian tian. Sama macam limau tian tian juga, banyak sabut. Kena rajin kalau tak rajin, sumbat sekali dengan sabut dia, kunyah dan telan. #huh…dasar pemalas…!!

Seronokkan bila raya cina. 1 Malaysia dapat merasa buah limau. Kalau pergi pasaraya, bukan orang cina je yang beli limau, Melayu, India pun ada beli juga. Kira semua orang nak meraikan hari raya yang ada di Malaysia.

Itulah Malaysia..sebuah negara yang aman dan makmur selamanya..InsyaALLAH. Nak angpow tak? kalau nak jom TEKAN SINI #mana tahu rezeki kalian :) 



Kata Hati : SELAMAT TAHUN BARU CINA.....!!!!


.

1 ulasan:

dyabunga berkata...

sedap tu limau tu..