Jumaat, 23 Disember 2011

Home » » .:: Bait Lirik Yang tidak Sesuai Buat Kita | Bruno Mars - It Will Rain ::.

.:: Bait Lirik Yang tidak Sesuai Buat Kita | Bruno Mars - It Will Rain ::.

.

Assalamualaikum.

Selamat Hari Jumaat. Alhamdulillah, tengah hari ni, Bandar Warisan Di limpahi hujan rahmat.

Syukran YaALLAH...!

Ini entry berunsurkan nasihat. Jika aku salah, aku minta kalian yang membaca entry ini tegurlah aku. Jika perkara yang aku cuba dedahkan ini benar, sama-samalah kita sebarkan ye..!

Okeyh, Macam ni. Bila hujan tadi, aku tiba-tiba teringatkan lagu It Will Rain nyanyian Bruno Perak..Hahaha...! Alah, bila sebut je Bruno kalian mesti tahu siapa kan. Sape lagi kalau bukan Bruno Mars

Aku taklah hafal lirik lagu tu, tapi tadi saja-sajalah godek-godek kat google lirik lagu tu. Jumpa..! Aku copykan, dan kemudiannya aku pastekan dekat translate. Sebab apa aku buat macam tu? sebab aku ni bukannya pandai sangat bahasa omputih tu. Jadi nak tahu makna lagu tu, macam tu je aku buat. Senang..!

Huh...! agak terkejutlah bila dah di translate kepada bahasa ibunda kita. Sebabnya aku dapati ada lirik yang langsung tidak sesuai untuk kita sebagai Umat Islam. Lirik yang aku maksudkan, rangkap kedua lagu baris pertama dan kedua.

"There’s no religion that could save me"
(Tidak ada agama yang boleh menyelamatkan aku)
"No matter how long my knees are on the floor"
(Tidak kira berapa lama lutut saya di atas lantai)

Kan? Tak ke macam menghina namanya tu? Aku memang terkejut tahap gaban jugalah. Bayangkan mereka di luar sana sedap-sedap nyanyi, padahal tak tahu apa maknanya. Main sedap sebut je. Al-maklumlah, ianya sekadar lagu.

Apa-apapun, lepas ni kita kena berhati-hati. Kalau kita betul-betul sayangkan ALLAH, tolonglah beritahu pada yang tak tahu. Pada yang tak tahu, kalau nak hafal apa-apa lagu boleh, tapi lebih cun atau lebih macho kita cari makna lagu tu dulu. Kalau tak tahu, janglah malu untuk bertanya ye.




Kata Hati : Lagi bagus kalau semua stesten radio berbahasa ibunda tidak putarkan lagu ni. Setuju tak??


.

5 ulasan:

ridzuan sujari berkata...

lirik lagu yang sangat bahaya, jadi sebelum suka pada sesebuah lagu, kenalah teliti liriknya dahulu...
heheheh

Miss N™ berkata...

: ridzuan sujari, kena lebih hati2 kan..

cikpuanNaiz berkata...

huhu...suke bruno mars..tp sb lagu ni, jd takut dh nk suka mcm dulu..hehe

Miss N™ berkata...

Cikpinky, tu la..bahayakan..

QasehnyaRania berkata...

haa .. mmg kana hati 2:)

*selamat hari ahad :)