Isnin, 25 Februari 2013

Home » , , » Lepas Botol Balang Pula

Lepas Botol Balang Pula





Entry yang kalian baca ni, ada kaitannya dengan entry INI tau. Jadi sesiapa yang baca entry ni tapi masih blur-blur, kalian di nasihatkan baca entry INI dulu. Kalau tak nak pun tak apa, aku tak paksa, okay.

Mama Lela ada tanya, kenapa  tak teruskan saja hobi tu. Sebenarnya, niat hati tu memanglah nak teruskan. Botol-botol kosong pun banyak kat rumah ni. Tapi Nur lupa diri lepas dapat motor sebiji…Heeee…..! dah tak lalu jalan tu dah…jadi susah sikitlah nak kekalkan hobi tu.

Tapi dalam hati ni, Tuhan saja yang tahu, betapa rindunya aktiviti tu. Nampak tak dalam gambar diatas? Ada dua botol yang bakal di campak. Dah lama aku siapkan, tapi belum berkesempatan lagi nak campak. Nanti nak usha-usha sungai dulu. Hehehehe. 

Dan ramai jugalah yang kata hobi itu memang pelikkannn….selalu kita tengok dalam drama-drama je. Dan sekarang ni kalian jumpa orang yang betul-betul lakukan di alam reatili. Encik Harry Potter ada tanya, bagaimana reaction orang yang jumpa botol tu. Err...entahlah...mungkin melting atau mungkin menyampah kott. Hahaha.

Dalam entry INI juga, sebenarnya aku lupa nak selitkan satu cerita lagi. Hobi pelik aku tu, hanya sorang kawan aku je yang tahu. Walaupun dia tahu, tapi dia tak pernah tahu apa yang aku titipkan dalam botol tu. Kiranya rahsia itu hanya aku dan Tuhan je yang tahu. tapi kalau kalian tanya aku sekarang ni, maaflah ye… aku lupa apa yang aku tulis…heeee…. :p

Selain campak botol dalam sungai, aku pernah buat satu lagi pekara tau. Cara yang aku buat ni, Nisa pun pernah buat tau. Kali ini tak melibatkan botol, Cuma melibatkan balang plastik, kertas majalah, pen dan kertas putih. Macam biasa, balang dijadikan bekas untuk melindungi kertas putih yang mengandungi rahsia. Manakala, kertas majalah pula dijadikan bintang-bintang kecil.

Gigih aku siapkan bintang-bintang kecil tau. semata-mata nak penuhkan dalam balang tu. Bila dah penuh, aku tulis apa yang aku rasa dalam satu kertas. Kebetulan kawan aku ni tahu, jadi dia pun tumpang sekaki luahan rasa dia dalam balang tu. Dengan syarat kami tak boleh baca apa yang kami tulis. Kiranya balang tu ada dua rahsia laa.

Bila siap, aku dengan dia pergi tanam balang tu di bawah pokok besar tepi sungai. Mencabar jugalah kerja ni, sebab kami korek guna tangan je. Habis kotor semua. Bila dah agak-agak dalam, kami saling berpandangan dan senyum. Adehh..aku memang tak boleh lupa ayat kawan ni aku. sambil duk tanam balang tu mulut dia pot..pet..pot..pet..Cuma ayat yang aku ingat 

“Best juga buat keja gila ni kan. Sebab hang, tak pasai-pasai aku terjebak sama”

PAP…! Sekali melekat  cop mohor lima jari aku berdakwatkan tanah  dekat tudung dia. Haa..kata aku lagikan…padan muka dia. Dah selesai semua, kami bincang, balang tu akan di korek balik pada tarikh yang sama kami tanam, tapi tahun hadapan.  Dan kami juga dah bincang, bila korek nanti kami kena tukar kertas dan kena baca kuat-kuat. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Setahun berlalu, seperti mana yang telah dijanjikan dengan semangatlah kami pergi ke tempat tu. Tapi sebaik saja  sampai tempat tu masing-masing kaku. Bukan apa, malas kot nak korek balik. Dalam jugak kami tanam hari tu.

Setelah perbincangan selesai, kawan aku buat kata putus, tak mahu korek apa yang telah kami tanam. Biarkan segala segala rahsia tanam buat selama-lamanya…mungkin..! Tapikan, aku nak korek. Sebab aku nak tahu apa yang dia tulis. Dia pujuk aku dengan macam-macam alasan. Dan aku mula syak yang dia ada tulis sesuatu yang betul-betul terlahir dari hati dia. Mungkin dia malu…heee…

Aku pernah beritahu kawan aku, diantara kami, kalau sesiapa terasa nak korek balang tu, koreklah. Tapi janji kena beritahu. Jangan senyap-senyap.  Sekarang ni, aku tengok pokok tu masih teguh hidup di situ. Bangku batu je yang dah tak ada. Aku nak pergi korek sendiri takutt..hihih..Jadi, biarlah balang tu di situ selama mana aku rasa nak biar.

Sekian…


Kata Hati : Dua botol dalam gambar diatas tu dah lama siap. Cuma yang penutup warna kelabu tu aku takut nak lemparkan. Sebab luahan yang terkandung dalam tu sangat-sangat-sangat jujur. 

Jadi, aku fikir sekiranya ada orang yang jumpa tu seorang blogger. Dan tentu-tentu dia tahu botol tu milik aku. Malu kottt weiii...!

Sebab tu aku buat keputusan simpan dulu. Samada aku akan campak atau tidak, aku sendiri tak pasti. Sebab aku langsung tak ada keberanian... =_="
.

40 ulasan:

Abang Karu berkata...

hebat jugak hobi ko nih.....harap2 aku terjumpa la botol ko tu....eerr campak la yg satu tu :)

Ayue Rejaluddin berkata...

Meh nak tolong korek Cik Nur... Hehehhehhe.....

Unknown berkata...

apa lah rahsiah nya tu Cik Nur..agak peliklah hobi ni tapi macam teruja juga...ok siap baca.

Cik Ai berkata...

ai tahu kat mn pokok rendang tu.hahahaha
mohon tunjuk kat mn tanam boleh..letak nk keliling pokok tu cari.hahahaha

Nastyna berkata...

Rasa cam baca nobel la Cik Nur. hihihi bak mai koordinat biar I ngan JJ pi korek balang tu. So far I sendiri tak pernah berani nak tulis luahan hati kat mana2 kertas, sebab kalau tulih pun, lepas seminggu I sendiri tak paham apa I tulih hahaha. Nnt habaq mai na bila nak campak botoi, nak pi tahan pukat ;)

NIA SI DRUMSTICK berkata...

esok g campak ea..mna tau nianyg jmpa..hikhikhik

Chic Na berkata...

mesti dah banyak balang2 & botol2 yg nur buang. mana dapat botol & balang banyak2 tu? hehe.. kat mana tu nur tanam? cikna nak p korek lah. hihi..

Unknown berkata...

haha.. aduii pelik2 sih korang nih.. tp mcm best plak aktiviti pelik mcm ni..nk join sekaki bole? hihihi.. cmpak je la nur.. tp bgtau deqla dulu tau nur nk campak kat sungai mana? nnti sng ar deqla tgu kat sungai tu..hahahaha... ;p

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

hihi,sygnya yui tak pernh wat gtu..

ayut berkata...

dulu pernah gak terfikir nk bt ala2x bling botol ni...tp tkut nnt sape2x jumpe biarkan jer..mlas nk truskan..hihihi... ^^
Ayut tag Nur yer...http://akuayut.blogspot.com/2013/02/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html

hazwan hairy berkata...

wah2 siap ada botol2 lagi..haha..apa lah yg ditulis dlm tu kan...haha..bab bntg kecik sya pun buat juga >_<

HeNRieTTa JoSe berkata...

salam perkenalan....
terjah dr blog GA...

tpi sweet plak tulis tulis campak camtu jerr....klu tnam...mcam tkut org dekat dekat plak terjumpa...heheh...

Unknown berkata...

hiihih..ada2 saja nur nih...huuhhu..siapalah yg bakal jumpa khazanah itu nnt...

Tanpa Nama berkata...

hehe..nur tahu tak, nisa lupa nisa tanam kat mana botol nisa..eheee...

mintak2 kalau ade yg korek dan jumpa, dia tak tahu tu nisa yg punya...hihi >,<

are_lin@yu berkata...

mmg pelik hobi nur..hihi..mcm bez plk kan..jom buat..hihi

QasehnyaRania berkata...

mmmm..apa yg nur luahkan tu?

skali sekala sronok juga kan buat khoje gini..hihi



Unknown berkata...

Best jugak buat kerja ni ^_^
Selalu tengok dalam drama2 je kan :D

RIZZNA berkata...

CiM pernah jumpa botol mcm ni, tp tk buka pown sbb masa dulu 1st time jumpa, takut nak buka disbbkan momokan cerita2 mistik.

kemudian kali ke2 jumpa, try nak buka. tp tak boleh sbb penutup tu dah ketat sgt. maybe dsbbkan tekanan air laut dan mungkin juga botol tu dah terlalu lama di lautan. mulanya nak pecahkan jer, tapi....ntahlah taktau kenapa CiM campakkan jer botol tu kelaut semula.

nini berkata...

hahaha..comella korang ni...=D

Zaza Iman berkata...

wahwah, zaza kat sini xde laut...tapi teringin nak buat mcm cik nur jgk lah..hehe

caliph shuriken berkata...

mcm best jaa aktiviti cmni ^^

Kamsiah yusoff berkata...

sesekali buat keje 'gila'...seronok jugak,kan..:)
lbh2 lagi kalau dapat geng sekepala..

dya nasir berkata...

dya pernah jumpa botol dlm tu ada surt.adakah tu botol nur?? hahahaha..

Solehah Shamsuddin berkata...

sekurang2 nya hobi ni dapat buat kita tenang. kita dapat luahkan apa yang kita rasa dalam kertas. ala, cik nur korekla tanah tu. nak tau jugak apa yang korang tulis...hehe

lelamaisara berkata...

unik nye la nur ni..hehehe akak tak pernah terpikir nak buat macam tu..hehehe...dulu akak degn kwan akak selalu buat kerja yg buang mase aje..hahaha..melepak shoping karok chating kat cc..macam tu je la...

nur kalu campak botol tu kan pastikan sampai kat sungai yong peng ea..hehhehehe

Tie HT berkata...

wahh sungguh melankolik lah cik nur :)

Aine Ainun berkata...

heheee...Nur Nur..

nanti saya n baby irfan nak p korek la botol2 tu..

tp mmg unik tau Nur..=)

Encik H berkata...

teringat 1 citer korea, My Sassy Girl..sorang lelaki dan sorang perempuan tulis perasaan masing2, pastu masukkan dalam kapsul masa, tanam dekat tepi 1 pokok besar..

diorang decide nak jumpa balik kat tempat yg sama, 2 tahun drpd tarikh tu..then bila tiba harinya, perempuan tu xdatang sebab dia takde keberanian utk jumpa lelaki tu..so cuma lelaki tu jer yg baca apa yg ppuan tu tulis..

setahun kemudian, baru perempuan tu dtg and baca luahan si lelaki..means, lelaki tu tunggu perempuan tu selama 3 tahun..:D

Nastyna berkata...

kkkkllllllllllllllsswcd

*that was from JJ. I dont know what language tho haha.

Unknown berkata...

KALAU AKAK TERJUMPA BOTOL GITU SAH TAK AMBIK..TAKUT..HEHEHE

Unknown berkata...

campak kat sini nur..hehe..
eh hati2 bila hanyutkan balang tu..ciri pencemaran sungai..haha

Miss Syahbanu berkata...

wahh mcm best buat gitu tp jenuh nk gi cari sungai/laut plak..nk tanam kt sini pyh nk jumpa tanah mklumlah rumah flat kang semua org heran apalah yg budak tu buat dok korek tanah lak hehe

nanieydotcom berkata...

Jom pakat ramai2 buat misi cari botol blogger nur :)
Best jgk kan tanam2 botol. Biarkan apa yg terluah tertanam dlm hati

Liyana Anuar berkata...

cantik botol tu cik nur..huhu~

letaklah no tepon skali :P

Mrs Velentine berkata...

ehm mcm2 hobi nur yea.tp MV pun dulu sukabuat bintang pastu letak dalam botol

Si Matatajam berkata...

Akak nak pi korek la lps ni. Habaq lekaih tanam tang mana..hak hak hak

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

hehehe hobi nur ni ok gak kan kalau buat...

Shida Radzuan berkata...

wahhhh lain macam jerh heheee :D kat mna nk cmpak tu shida nk pi cari ^_^

Nurul Says berkata...

kapsul masa

9n0L4 berkata...

ni satu lagi pelik. hehe. comel pun ade. ;)