Selasa, 4 Jun 2013

Home » , , , , , » Review Novel | Kampung Girl

Review Novel | Kampung Girl



547 MukaSurat


SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu…mummy jangan paksa Ash!” – Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan Abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke Bandar nak cari calon suami?” – Ashraf Khairi.

Dan nada sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur Naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa…kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” – Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diatur merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh?” – Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya.

Kesudahannya…Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki Bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

**********

ULASAN AKU:

Bagi aku, boleh tahan hasil karya Umi Kalsom ni.  Ashraf seorang lelaki Bandar yang sangat ego. Dia dengan Ainnur sebenarnya sepupu. Maka dari kecil lagi memang Ashraf tak pernah suka Ainnur. Berlainan pula dengan Ainnur, yang sememangnya dari kecil lagi sukakan Ashraf. Jadi tak hairanlah kenapa Ainnur setuju dengan perkhawinan ini. Bagi Ainnur, dia akan curahkan segala kaseh sayang dia pada lelaki yang dicintainya walaupun dia tahu, lelaki itu mungkin tidak akan mencintainya.

Ashraf yang sejak kecil lagi suka berlagak selalu beranggapan budak kampung kolot, pelajaran tak tinggi. Hanya layak duduk dapur je. Kerja kilang atau kerja-kerja kampung. Dan disebabkan pemikiran cetek Ashraf itulah dia memandang Ainnur tak ubah seperti apa yang dia fikirkan. Padahal, ada sesuatu yang ashraf tidak tahu. Siapa Ainnur sebenarnya.

Pelbagai cara jugalah ashraf buat untuk elak dari berkahwin dengan Ainnur. Siap upah orang untuk jadi kekasih dia lagi. Tapi itulah, segala apa yang dirancangnya tak menjadi. Punyalah nak lari, lagi dekat apa yang dirancang mummynya akan menjadi reality. Nampak je Ashraf ni macam keras kepala, tapi bila berdepan dengan mummy dan daddy, dia akur dengan segalanya.

Okey, dalam novel ni, tak banyak adegan sweet bagai. Sebab Ashraf dengan Ainnur asyik bergaduh je bila berjumpa. Tapi namapun lelaki kan,  EGO tetap ada. Sejak Ainnur bawa diri, dan sejak Ashraf ternampak Ainnur berborak mesra dengan seorang lelaki, hati Ashraf mula tak keruan. Almaklumlah, selama ni kan dia layan Ainnur kasar. Jadi sedikit sebanyak tergugatlahkan.

Nak tak nak, Ashraf kena rendahkan sedikit EGO dan BELAGAKnya demi isteri tercinta. Walaupun dia cinta, tapi dia tak mengaku. Nama pun EGO kaaaann..! Dan walaupun nampak tak sweet, tapi Ashraf cuba, untuk memenangi hati Ainnur semula.

“Abang Ash, kenapa pelik sangat ni? Kut ya pun nak mencuba, janganlah drastic macam ni. Ain takut terkena lemah jantung saja! Cuba rasa ni…”

“Kalau suami Ain memang sejak azali lagi suka expose sikap penyayang dia, tak adalah jantung macam ni. Tapi Abang Ash ni special case. Selalu berlagak sinis, tiba-tiba nak jadi romantik. Macam pelik bunyinya.”

Nampak, isteri pun terkejut suami yang belagak gila vavi tetiba jadi romantik. Hahaha. Pengajaran apa yang dapat aku kongsikan dalam novel ni Cuma satu. Iaitu jangan pandang rendah dengan kebolehan semua orang. Tak kiralah dia budak kampung ke, budak Bandar ke budak pekan ke, jangan menilai orang sebelum kita kenal mereka. Bak kata pepatah omputih "Don't judge a book by its cover". Jadi, tak semestinya orang kampung tak baguskan. Dan tak semestinya budak kampung kena duk dapur je. Ingat, semua orang ada kelebihan masing-masing.

Dalam review-review sebelum ni, aku selalunya akan mengimaginasikan siapa yang akan bawa watak utamakan. Tapi untuk novel ni, aku tak perlu susah payah nak imaginasikan sesiapa. Sebab novel ni akan di adaptasikan menjadi drama. Pengambaran sudah dijalankan. Dan mungkin akan ditayangkan pada bulan September nanti.




Watak Ashraf Khairi dipengang oleh Akim AF, manakala watak Ainnur, Nad Zainal. Rasanya sesuailah kot. Sebab sepanjang aku baca novel ni, aku idok pula menimaginasikan sesiapa pun. Jadi pada yang malas baca novel, kalian boleh tunggu drama ‘Kampung Girl’ tidak lama lagi ya..!


P/s : Drama yang diadaptasikan dari novel sekarang ni macam cendawan tumbuh. Cendawan pun tak tumbuh selebat ni sekarang, almaklumlah sekarang kan jarang hujan..Kehkehkeh.



Kata Hati : Kalian ada nak cadangkan novel best-best tak dekat Nur..??
.

34 ulasan:

Abang Karu berkata...

nnt aku nk buat cerita kampung boy pulak lah hehehee

Zaza Iman berkata...

bila zaza baca menarik juga jalan ceritanya.. =)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

mcm best lg bc novel dr tgk tb..hihih..

Mrs Velentine berkata...

wah bestlah cetanya nur

dear anies berkata...

cerita mcm ni pd sy da byk diketengahkan..tp barangkali gaya penyampaian penulis tu memberi exra mark bg novel..btw sy akn tggu drama ni kelak... ;_

Unknown berkata...

lagi sekali nur gigih taip sinopsis ye.. hahahahaha.. wahh lagi drama adaptasi.. depa ni dah takde idea sgt ke..? huhu.. tp bgs jugak utk penulis novel tu.. dpt income lebih..kalo dah kuar iklan, maknanya x lama lagi la nk habis teduhan kasih.. deqla suka sgt drama tu..rasa mcm nk beli novel dia jek.. kohkoh.. novel yg nak dicadangkan? erkk.. xtau sbb bkn peminat novel..sebaiknya nur pegi kedai buku cari sendiri mana yg berkenan..baca sinopsis belakang kulit buku tu jek...pas tu jgn lupa gigihkan jari jemari taip blk sinopis tu masok entri ye.. kohkohkohkohkohkoh... ;p

hazwan hairy berkata...

sekarang byk kan drama adaptasi..tp semua yg best2..suka teduhan kasih ja..sbb pernah bca novel tu..klo yg ni xpernah..hehe

Puan Siti berkata...

Lama x jenguk kawan2... Sihat Nur?

Deq's Qienz berkata...

best ke cik nur??cm best saja :)

HanisLazimAndTheShaklee berkata...

Macam best! kena cari novel nih :)

now a days semua cerita adapt dari novel kan

Tie HT berkata...

review yang nur tulis ni menarik, ralit je akak baca..
tapi topik dia biasa sangat kan lelaki bandar dan gadis kampung..

Unknown berkata...

novel tu pon Mieya dah khatam baca. Best sangat!

LYAfrina berkata...

dah baca gak novel ni..

owhhh... di dramakan jugop...

Cikrosecute berkata...

Macam seronok jer...jalan citernya...

Unknown berkata...

wow..menarik sinopsis novel ni
lama x layan novel..nak beli tp kedek sgt..haha
x sbar tggu drama tu ditayangkan

whitecappuccino berkata...

cam menarik je..akak ada beli Gadis Edisi Terhad-Rin Ahmad dan My Precious Iris-Melur Jelita., tapi tak baca lagi..simpan entah bila nk baca sbb novel yg beku sebelum tu pun belum baca lg.

Nastyna berkata...

Rajin sungguh Cik Nur menovel, well done u ;) Sorry saya tak dapat mencadangkan apa2 novel, sebab sendiri pun dah lama tak sentuh.

nanieydotcom berkata...

Best lak baca review nur ni. Da mcm xyh baca buku da. Da tau citer die :)
Nani da lme xbacanovel jdi xthu nk suggest apa. Beli pun x sbb harap pinjam kt library n baca adik punye hehe

are_lin@yu berkata...

mcm best ja..hehe..nad plk pndai jgk berlakon.

Cendol berkata...

apa kesudahannya cik nur ? cepat la cite cendol malas la bace novel tebal2 . hee :D

macam best je cite ni.Ainnur tu sape sebenarnya?

apa yg teruk sgt kalau budak kampung punn. biar la budak kampung asal fikiran tak kekampungan.kalau duk bandar pun tapi fikiran kekampungan lagi takk guna :D

dya nasir berkata...

Dya jrg baca novel. Xthu nk suggest novel apa. Heh

Unknown berkata...

bagus..tahniah..banyak membaca luas ilmu..

Tedi {interpretZZ} berkata...

drama Melayu, bila 1 citer buat pasal kena kawin paksa, yang lain ikut cari novel pasal kawin paksa... bila 1 drama meletup dgn cinta berlandas agama, yg lain pun pakat tiru... jadinya sungguh boring...

Ayue Rejaluddin berkata...

Macam best je cite ni Nur....

Miss Syahbanu berkata...

novel yg beli ritu x habis baca lgi hihi lama x baca novel hehe wah dah nk diadaptasi ke drama plak..hihi hope best laa bila dh jd drama

caliph shuriken berkata...

nama penulis novel tu mcm nama kenalan sy wktu zman study dulu laa ^^

Liyana Anuar berkata...

alaa, sy bayangkan watak utama hensem dan macho..xnak tgk la drama tu.hehe~ :p

dah baca isteriku saiz xxxl? Santai je baca~

RIZZNA berkata...

byk plak novel di drama/filem kan. bukan jer lelaki kampung yg dh nk pupus smpi kena masuk bandar utk cari calon, penulis skrip pown dh pupus agknya sampai kena masuk book store utk cari story...

drama aku isteri dia pown best gak sdg main tv3 skang.

CiM tunggu kot2 laaaa klau novel Gelak Tegolek nk di drama/filemkan. mesti gelak smpi tergolek2. Nur pernah baca novel tu?

Chic Na berkata...

wahh ada drama ye nanti. mcm best jugak.. suka nad zainal..

Si Matatajam berkata...

Makin banyak drama diadaptasi dari novel kan Nur..

QasehnyaRania berkata...

dua2 tak tahu.
tak baca. tak tgk.
sinopsis mcm menarik ni

mummyrinazone beauty berkata...

suka sangat skang nie banyak sanat cerita yang di adaptasi drp novel=)besh2 ceritakan??

Shida Radzuan berkata...

mcm best jer tgk nur rajin membaca :)

Tanpa Nama berkata...

Tahu tak apa persoalan novel kampung girl?? Terima Kasih :)