SINOPSIS
BELAKANG BUKU.
Alisa bukanlah anak gadis
yang nakal mana pun. Tapi bila mak
dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke
Mekah.”
Yang menjadi masalah
buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan
salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir
hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak
dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula
dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu
sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada
aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah
ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’
sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak
fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya
apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang
hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak
lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir.
Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni
sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap,
everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya
setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat
si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban
hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
ULASAN AKU.
Hasil tulisan dari Hannah Dhaniyah ini tersangatlah BEST..!! Walaupun
sama macam novel-novel sebelum ni, berkisahkan ‘kawin paksa’. Cuma kali ni
berbeza sikit, budak perempuan yang kena paksa kawin tu baru berusia 17 tahun.
Belum habis sekolah lagipun dah di suruh kawin. Atas alasan, tiada siapa yang
akan menjaganya sepanjang pemergian kedua orang tuanya ke Tanah Suci Mekah.
Alisa, pada mulanya memanglah tak setuju seratus peratus
dengan keputusan kedua orang tuanya. Nak-nak pula kena nikah dengan Ustaz
Sendiri pulak tu..! Tapi memandangkan tiada pilihan lain, dia terpaksa akur.
Biasalah gadis meningkat dewasa, pengaruh kawan-kawan ni kuatkan. Diatas
pengaruh kawan-kawan itulah yang membuatkan hati orang tuanya risau mahu
tinggalkan dia. Mana taknya, mak ayah ada dirumahpun, belum pukul 2 pagi, tentu
dia tak akan balik. kalau mak ayah tak ada, entah apa jadilah..
Diawal perkahwinan ni, Alisa memang tak dapat terima Hafiz
merangkap abang sepupu dan ustaznya di sekolah, sebagai suami. Jadi perasaan
yang ada dalam hati Alisa tu, hanya sebagai abang je tak lebih. Berbanding pula
dengan Hafiz, yang sedari kecil lagi sukakan Alisa ni. Oh yaa..! Perkahwinan
Nur Alisa dengan Ustaz Mohd Nur Hafiz di rahsiakan dari rakan sekolah.
Termasuklah kawan baiknya sendiri iaitu Wati, Johan dan Pa’an. Cuma orang-orang
tertentu saja yang tau.
Nasiblah, beristerikan gadis muda yang berusia 17 tahun. Belum
menduduki peperiksaan SPM lagi. Nakalnya, tuhan sajalah yang tahu. Teruji juga
Hafiz bila mahu membentuk isterinya yang sedikit keras kepala ni. Nak-nak pula
bila dapat tahu, Johan salah seorang rakan baik Alisa sememangnya ada hati
dengan isterinya. Lagilah menjadi-jadilah cemburu Ustaz Hafiz ni.
Dan disebabkan satu accident yang tidak disengajakan,
barulah kawan baik Alisa, Johan dan Cikgu Liana tahu bahawasanya Alisa dan
Ustaz Hafiz duduk serumah. Cikgu Liana yang sememangnya ada hati dengan Ustaz
Hafiz ni dah mula fikir bukan-bukan, macam tu jugalah dengan Johan. Tapi bila
Ustaz Hafiz jelaskan perkara sebenar, memang terkejut beruklah Cikgu Liana
dengan Johan. Berubah air muka cikgua Liana dan Johan. Patah hati beb…!
Dan lepas je Johan tahu perkara sebenar, Johan terus
menjauhkan diri dari Alisa. Sikap Johan betul-betul buat Alisa terasa.
Sebenarnya Johan boleh terima kalau Alisa sendiri bagitahu dia. Sebab
diorangkan kawan baik. Tapi Alisa ni, takut sangat. Bila dah jadi macam ni,
kawan mana yang tak kecil hatikan. Itu belum Wati dan Pa’an tahu..!
“Hah! Baguslah, tu!
Kau mengaku dekat semua orang, kita orang kawan baik kau. Best Friend forever
kononnya. Tapi benda besar macam ni, sorang pun tak tahu. Ini yang kau cakap
best friend, Lisa? Pergi matilah dengan BFF kau tu!”
“Kau ingat aku suka
sangat ke bila kena paksa macam ni? Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak
ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku, tau! Kau pernah tahu apa yang aku
rasa? Kau pernah terfikir apa yang akan jadi pada aku kalau satu sekolah tau?
Dengan SPM entah lagi berapa minggu. Apa pandangan dia orang bila dengar cerita
ni? Semua benda ni mengarut, kau tahu tak? Kau tak pernah berada dekat tempat
aku, Joe. Jadi tak adil kalau kau nak judge aku macam ni je. Kau ingat aku nak
sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku suka sangat ke dekat dia? Aku
langsung tak terfikir semua benda ni tahu!”
Perghh..sentap terus bila Hafiz dengar pengakuan Alisa. Gila
tak sentap bila isteri sendiri kata macam tu. Sejak pada itu, Alisa cuba
belajar mencintai suaminya sendiri. Dan sehinggalan Alisa Berjaya melanjutkan
pelajarannya ke menara gading. Biasalah bila duduk berjauhan. Nak pula Alisa ni
muda, mestilah ada dugaankan. Walaupun tak banyak, hati Alisa tergugat juga
dengan kehadiran seorang lelaki.
Okay, sepanjang aku baca novel ni,istimewanya banyak ilmu yang aku dapat. Buku ni ada pengisiannya
tersendiri. Banyak faedah dan penuh dengan bab-bab sejarah islam yang kian kita
lupa ada dalam buku ni. Contohnya perang Badar, peperang pertama masa zaman
Rasulullah s.a.w. Kuasa Allah Rasul kita Berjaya dalam peperangan Badar,
walaupun cuma seramai tiga ratus tiga belas sahaja orang Islam yang turun
berperang menentang seribu orang kafir. Disebabkan kecintaan pahlawan-pahlawan
terhadap Islam, Alhamdulillah, mereka berjaya. SubhanaAllah.
Sebenarnya banyak lagi sejarah-sejarah islam yang
diceritakan dalam novel ni. Sumpah memang tak jemu baca. Sedikit sebanyak
memang bertambahlah ilmu sejarah islam yang kian kabur di dada. Tapi bila
disampaikan secara santai begini, penerimaan tu lain. Dan dalam novel ni
terlalu banyak tip-tips. Suka betullah aku baca, best sangat..!
SUMBER : Google
Ermm..sepanjang aku baca novel ni, memang dalam kepala otak
ni duk terbayangkan Adi Putra dan Nora Danish je. Al-maklumlah novel ini juga
sudahpun menjalani pengambaran untuk di adaptasikan. Sekarang ni tinggal editing je. Tapi bukan di adaptasikan
menjadi drama ye, sebaliknya akan di adaptasikan menjadi filem. Dan seperti
yang aku bayangkan, watak Johan sesuai sangat dipegang oleh Izzue Islam. Sekali
aku search dekat google, betul beb..! Waahh..memang kenalah dengan Izzue, watak
nakal-nakal..sesuai..! Watak Wati dengan Pa'an, aku tak pasti siapa yang bawa.
Alisa Dan Johan | KREDIT
Okay, rasa macam dah panjang sangat review ni. Pada yang
hantu novel, sila-silalah dapatkan novel 'Suami Aku Ustaz' di pasaran. Pada yang tak suka
membaca, boleh tunggu filem ni. Tapi memang tak rugilah kalau tak beli, sebab
setiap apa yang diceritakan dalam novel ni, pasti akan diselitkan dengan sampingan islam yang santai. Dan dari situlah terasa minda sedikit
terbuka dengan apa yang kita lakukan setiap hari.
Dan pendapat akulah, orang yang dah kawin sangat-sangat
sesuai tau baca buku ni. Pada yang baru nak kawin pun sesuai baca, dan pendek
kata semualah yang mahu tambah ilmu elok sangatlah baca.
InsyaAllah, ada masa aku review novel lain pulak yea..!
Kata Hati : Nur tahu, mesti Deqla ketawakan…hahaha…!
.
38 ulasan:
best citer nieyh
sy pun dah bace novel ni..
bestkn..hehehe
hehehe..menarik x sabar tunggu adapatasinya pulak...
ni yang buatkan x sabar nak dapatkan novel ni...
dah baca jugak novel ni..
suka sangat2! tak sabar nk tengok dlm btk filem pulak. hrp2 lg best.. =)
nice.. pas ni nak order cite ni plak :)
Ha skang mmg trend cerita kawen2 paksa kan.. sweet kisah2 camni. Kira 2 in 1 la novel ni kan, belajar ambil berhibur.
saya un dah baca novel nihh!! :) huhuhu~~ suka novel ni ^^
amboi amboii siap mention nama deqla! kohkohkohkoh..mmg tgh gelak pun.. skali terpana sekejap tgk nama deqla kat situ! hahahahaha...tp gigih tau deqla baca sinopsis belakang tu mcm mana gigihnya nur taip balik sinopsis..hahhahahaa..
yes! yes! mmg dah tau psl novel ni akan didramakan.. mmg terbaik la pilihan pelakon dia.. suka adi putra!! hihi.. izzue islam tu xpela nur minat la sorg2.. mls nk berebut ngan nur..hahahahaa.. (bini izzue baca ni mesti dia tepok dahi!) ;p
compom best nih..tgk hero n heroin la..hehee skg tgk hot cite teduhan kaseh..papa adam tuh..sweet :D
mcm nak p beli ja novel ni..
xpernah lagi baca...pernah nmpak kt book store....tpi xde org request...so xbli lah.....
sy menunggu filem nyer
cumil nora danishkan?suka dia ngan adi putra
kang klo baca pelik pulak..tggu drama ja la..haha
rajinye cik Nur baca novel ni...
nur..pinjam novel ehe..cam best jer citer nih
BOLEH JUGAK BELI NI NNT..:)
yumida pulak yg rasa geram nak beli novel tu
terbaik la nur buat sinopsis
bikin hati tergoda nak beli sekali
slalu baca tajuk ni kat fb...
ooo..berbaloi la beli camtu..hari tu tgk je, tak beli sbb takut tak best..huhu~
mcm penah bace je salah satu novel Hannah ni,
tapi tu la ingat2 lupa..
lamaaaaaaaaaa da x baca novel...
dulukan Nur,
mase gile2 bace novel,
saya selalu berangan n mengharapkan novel best2 yang saya baca dibuat drama..
Rupanya skrgni mmg byk sgt2 da cerita novel difilemkan..tapi feel tgk tv ngan baca novel mcm x sama pulak..ehehehe
rajin nur baca novel :)
Tak sabaq nak tengok Cerita ni tau..asyik tengok IG Nora Danish ja dok hapdet pasai shoot Suamiku Ustaz ni..
ooooo... nak difilemkan bkn drama... kehkehkeh.....
wahhh trgin nk tgu drama dia..xklr lagi kan..
pemilihan watak yg bersesuaian laa..mmg terbaik nty filem ni..bab teduhan kasih pun dh xleh nk miss skang ni..semua gara2 papa adam yg sweet..heheehhe...
wah bestlah ceta dia...belanja MV novel ni satu boleh??hahaha
kena tgk ni.
nampak macam padan je nora dan adi digandingkan
x abis2 ngan Izzue dia tu..kehkehkeh
erkk..mintak pinjam?
x sbr tgu citer dia
jaa xbeli lg novel ni....
tp bila baca sinopsis mmg sgt best!
saya pun nak suami ustaz.. haha.. boleh?
Cikna, boleh apa salahnya...
Tapi bukan Cikna dah dapat Ustaz ke..??
^_^
Wahhh tebal tu.. :) mesti xtido malam nk habiskan baca novel ni. Mata mmg xngntuk la :)
best2!
4/5 ★
4/5☆
4/5☆
Catat Ulasan