
SINOPSIS BELAKANG BUKU:
Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak
menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang
disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak
mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu…mummy jangan
paksa Ash!” – Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan Abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan
kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika
Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai
kau kena ke Bandar nak cari calon suami?” – Ashraf Khairi.
Dan nada sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur Naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa…kerana
mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur
merupakan titik tolak ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” – Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang
diatur merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka,
tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada
‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa
menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have been thinking, doing such thing to me? Nak
bagi aku nampak macam orang bodoh?” – Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi
Ainnur dengan helahnya.
Kesudahannya…Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri?
Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki
Bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
ULASAN AKU:
Bagi aku, boleh tahan hasil karya Umi Kalsom ni. Ashraf seorang lelaki Bandar yang sangat ego.
Dia dengan Ainnur sebenarnya sepupu. Maka dari kecil lagi memang Ashraf tak
pernah suka Ainnur. Berlainan pula dengan Ainnur, yang sememangnya dari kecil
lagi sukakan Ashraf. Jadi tak hairanlah kenapa Ainnur setuju dengan perkhawinan
ini. Bagi Ainnur, dia akan curahkan segala kaseh sayang dia pada lelaki yang
dicintainya walaupun dia tahu, lelaki itu mungkin tidak akan mencintainya.
Ashraf yang sejak kecil lagi suka berlagak selalu
beranggapan budak kampung kolot, pelajaran tak tinggi. Hanya layak duduk dapur
je. Kerja kilang atau kerja-kerja kampung. Dan disebabkan pemikiran cetek
Ashraf itulah dia memandang Ainnur tak ubah seperti apa yang dia fikirkan.
Padahal, ada sesuatu yang ashraf tidak tahu. Siapa Ainnur sebenarnya.
Pelbagai cara jugalah ashraf buat untuk elak dari berkahwin
dengan Ainnur. Siap upah orang untuk jadi kekasih dia lagi. Tapi itulah, segala
apa yang dirancangnya tak menjadi. Punyalah nak lari, lagi dekat apa yang
dirancang mummynya akan menjadi reality. Nampak je Ashraf ni macam keras
kepala, tapi bila berdepan dengan mummy dan daddy, dia akur dengan segalanya.
Okey, dalam novel ni, tak banyak adegan sweet bagai. Sebab
Ashraf dengan Ainnur asyik bergaduh je bila berjumpa. Tapi namapun lelaki
kan, EGO tetap ada. Sejak Ainnur bawa
diri, dan sejak Ashraf ternampak Ainnur berborak mesra dengan seorang lelaki,
hati Ashraf mula tak keruan. Almaklumlah, selama ni kan dia layan Ainnur kasar.
Jadi sedikit sebanyak tergugatlahkan.
Nak tak nak, Ashraf kena rendahkan sedikit EGO dan BELAGAKnya demi
isteri tercinta. Walaupun dia cinta, tapi dia tak mengaku. Nama pun EGO
kaaaann..! Dan walaupun nampak tak sweet, tapi Ashraf cuba, untuk memenangi
hati Ainnur semula.
“Abang Ash, kenapa pelik sangat ni? Kut ya pun nak mencuba,
janganlah drastic macam ni. Ain takut terkena lemah jantung saja! Cuba rasa
ni…”
“Kalau suami Ain memang sejak azali lagi suka expose sikap
penyayang dia, tak adalah jantung macam ni. Tapi Abang Ash ni special case.
Selalu berlagak sinis, tiba-tiba nak jadi romantik. Macam pelik bunyinya.”
Nampak, isteri pun terkejut suami yang belagak gila vavi
tetiba jadi romantik. Hahaha. Pengajaran apa yang dapat aku kongsikan dalam
novel ni Cuma satu. Iaitu jangan pandang rendah dengan kebolehan semua orang.
Tak kiralah dia budak kampung ke, budak Bandar ke budak pekan ke, jangan
menilai orang sebelum kita kenal mereka. Bak kata pepatah omputih "Don't judge a book by its cover". Jadi, tak semestinya orang kampung tak baguskan. Dan tak semestinya budak kampung kena duk dapur je. Ingat,
semua orang ada kelebihan masing-masing.
Dalam review-review sebelum ni, aku selalunya akan
mengimaginasikan siapa yang akan bawa watak utamakan. Tapi untuk novel ni, aku
tak perlu susah payah nak imaginasikan sesiapa. Sebab novel ni akan di
adaptasikan menjadi drama. Pengambaran sudah dijalankan. Dan mungkin akan
ditayangkan pada bulan September nanti.
Watak Ashraf Khairi dipengang oleh Akim AF, manakala watak
Ainnur, Nad Zainal. Rasanya sesuailah kot. Sebab sepanjang aku baca novel ni,
aku idok pula menimaginasikan sesiapa pun. Jadi pada yang malas baca novel,
kalian boleh tunggu drama ‘Kampung Girl’ tidak lama lagi ya..!
P/s : Drama yang diadaptasikan dari novel sekarang ni macam
cendawan tumbuh. Cendawan pun tak tumbuh selebat ni sekarang, almaklumlah
sekarang kan jarang hujan..Kehkehkeh.
Kata Hati : Kalian ada nak cadangkan novel best-best tak
dekat Nur..??
.








