Berlari-lari anak aku menuju ke kelas. Yea..aku sedar aku
dah lambat ni. Baru saja mahu mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua,
terdengar sayup-sayup nama aku di panggil. Sudahlah nak cepat, ada pula yang
panggil-panggil. Kacau betullah..! setakat merungut dalam hati je la.
Puas jugalah aku cari dari mana datangnya suara tu.
Rupa-rupanya suara ustaz yang setia menunggu di depan pintu kelas bawah tangga.
Manalah aku nak nampak. Haishh ustaz ni, cubalah tonjolkan diri sikit. Ini
tidak..!
“Pinjamkan saya jam. Hari ni saya tak pakai jam laa..”
Terkedu seketika aku dengan permintaan ustaz ni. Kenapa pula
dengan jam aku, mintalah dengan orang lain. Jam aku ni baru beli kot. Itupun
abah yang hadiahkan semperna ulangtahun kelahiran aku. Takkan tiba-tiba nak
bagi ustaz pinjam kot. Haishh…
“Waktu akhir nanti saya kan masuk kelas awak, saya pulangkan
la..”
Tapiii……
“Saya pinjam je, janji tak calarkan”
Err…orang tua ni macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
Ustaz tu tak adalah tua sangat. Kecik-kecik je orangnya, dia tinggi sikit dari aku. Ingat lagi kali
pertama dia mengajar aku ditingkatan 2. Dia merupakan guru baru disekolah tu.
Sebelum ni aku lebih selesa diajar oleh ustazah sebelum dia. Entah kenapa ada satu aura membuatkan aku tak
senang dengan ustaz ni.
Tapi makin lama dia mengajar, makin kenal dan cara dia buat
aku jadi senang. Jangan kata aku, kawan-kawan lain pun sama. Tapi aku lebih rapat
sikit la dengan ustaz. Mungkin sebab aku ni suka buat bising kot dalam kelas.
Hahaha.
“Boleh tak?”
Seraya aku menanggalkan jam dari pergelangan tangan aku. Pantas
ustaz menyambut jam tangan tersebut bila aku hulurkan. Dan cepat-cepat dia
besarkan sedikit saiz jam tersebut. Almaklumlah, pergelangan tangan lelaki dan
perempuan kan tak sama besar. Bila selesai memakai, aku cuma memerhatikan je
jam tu terletak elok dipergelangan tangan kiri ustaz.
“Balik nanti saya pulangkan. Dah cepat masuk kelas”
**********
Waktu akhir kelas kami hari tu ialah mata pelajaran
pendidikan islam. Aku pula boleh terlupa pasal jam tangan aku tu. Iyelah, sebab
sibuk sangat studykan. Kononnya laa..Hahaha. Bila ustaz masuk ke kelas, memang
aku tak ingat langsung pasal jam tu, sampailah ustaz panggil aku ke meja guru.
“Ni, saya beri balik. Terima kaseh tau. Cuba pakai tengok
muat ke tidak”
Waktu ustaz buka dan hulurkan jam tangan tu lah baru aku
teringat pasal jam aku. Ishh..memang pelupa sungguh aku ni. Aku ikut je arahan
ustaz, tapi bila aku pakai jam tu longgar. Ikut aku tak kisah pun, janji tak
lucut. Tapi bila ustaz nampak, terus dia minta balik dan betulkan saiz yang
sesuai dengan pegelangan tangan aku. Dah macam gaya boiperen aku je ustaz ni. Bila
selesai, aku bangun balik ke meja aku. waktu ni lah dengar suara-suara yang
menanyakan soalan yang pelik.
“Kenapa ustaz bagi jam tangan ustaz, dekat dia?”
“Hadiah hari lahir
dia..”
Bila jawapan itu keluar dari mulut ustaz, spontan berpuluh pasang mata tertumpu pada aku. Walaupun jawapan ustaz
dalam nada bergurau, tapi aku tetap malu. Ya malu siot..! Reaksi aku waktu tu
hanya mampu angkat bahu je. Bila kawan sebelah tanya soalan yang sama, aku
cerita benda betul detail-detail. Tapi malangnya diorang bukan nak percaya.
Almaklumlah jam tu baru, memang kelihatan berkilat. Normal barang baru.
Sejak pada tu, apa-apa mengenai ustaz, aku jadi rujukan.
Jangan kata satu kelas, habis cikgu-cikgu semua tahu. Aku tak gelabah sebab aku
tengok ustaz okay je. Jadi aku pun okay je lah. Ingat lagi bila aku wakil dari
kelas kena dengar taklimat mengenai apa tah dekat bilik tayangan. Kebetulan aku
orang paling lewat sampai. Jadi nak masuk tu terasa malulah juga. Sebab aku
yakin aku akan jadi tumpuan bila masuk dalam tu. Jadi, aku hanya mampu tercegat
di luar bilik tu je sambil berkira-kira nak masuk ke tidak.
Rupanya ada seorang cikgu perempuan yang sedar kewujudan aku
di luar bilik tu. Dialah yang pelawa aku masuk. Tapi aku ni kan degil, geleng
kepala je la. Seganlah. Itu je aku mampu cakap. tak lama lepas tu, muncul pula
ustaz sebelah cikgu tu. Terkejut beruk juga aku, mana tak nya, aku tak tahu pun
ustaz ada dalam ni.
“Haa..awak, ingatkan tak datang. Lama saya tunggu. Mari
masuk..”
Entah macam kena rasuk dek jin apa, laju je aku masuk
kedalam bilik tayangan tu. Belum sempat aku dapatkan kerusi kosong tingkat
paling atas, kedengaran suara lantang cikgu perempuan tu berkata…
“Dia nak abang dia juga yang jemput, baru dia nak masuk
rupanya..”
Errr…sumpah aku malu. Lagi malu bila pandangan semua terarah
pada aku. Terasa berinci-inci ketebalan kulit muka. Sempat juga aku curi
pandang muka ustaz waktu tu, tenang je aku tengok. Dan sepanjang berlangsungnya
taklimat tu, aku sikit pun tak berani pandang muka cikgu perempuan tu.
Kenapa tiba-tiba aku cerita semuanya disini? Sebab tadi
aku ternampak ustaz aku ni dekat trafik light. Terburai segala kenangan tahu..!
Nak tegur terlalu jauh, jadi aku tengok aje lah.. Yess..ustaz masih segak
seperti dulu….!
Oh yea, sampai habis sekolah tau kawan-kawan ingat ustaz
hadiahkan aku jam. Hehehe.
Kata Hati : Bila bercerita macam ni, buat aku rindu sekolahhhh…waaaa..!!
.
34 ulasan:
nur, bila nk hepi ending? hikk...
kekekekeke
oooo dulu2 bcinta dgn ustaz ekk..pandai pilih,rupanya ustaz yg kasi,ckap abah dia yg kasi,auta lah ni..xde2,ai pcaya jam tu ustaz tu yg bagi.lalalalaalala
Rindu sekolah....fuyooo...ustaz tu suka tuan blog x?hehehe...jengah lew skulah...bleh jmpa ckgu ckgu lamer...
pandai ustaz tu bergurau . haha
kisah benarla ni ea..hihi.
Kenangan mengusik jiwa ;) zaman sekolah mmg zaman yg sukar dilupakan :)
wah ingat cerita novel tadi...ade bakat tulis novel ni...kusyuk akak bace tau..:) kenangan terindah!!
fuhh fuhh.. semput.. pjg sgt.. hehe..
baiknya ustaz tu.. kalo cikna dah kejar dia sampai dapat.. rindu kan lama xjumpa.. ada lagi tak jam tu? ;)
hehe...ape cer pastu? mcne gn ustaz? dah kawin ke? aloooo...nak ending dye....hehe
hihi.buat ciksu pula yg tersipu2 malew..
salam ciknur..akak terbuai buai baca citer ni...kadang2 terasa cam novel cinta pon ada..pandai ciknur olah ayat dalam entry..akak suka..:))
anak akak nak raya hari tue..asyik mintak jam tangan jer...
kenangan lalu mengusik jiwa..hehe
ooo gitu citernya.. kiranya waktu tu ramai yg fikir ciknur berskandal ngn ustaz la ekk... alahai ustaz tu pun pandai gak dia melawak yer.. hihi...
p/s : maaf baru sempat terjah ke blog ciknur!
specialnye dpt hadiah dari ustaz., btuah sungguh :D
nur ni mmg berbakat dlm bidang penulisan :-)
suke betul kalau baca cerita nur ni.... macam baca novel tau takk!! haha... best cerita jam tangan ni ye.. teringat kenangan silam ye.. ke ade2 ape hati ngan ustaz tu hehe gurau2 jangan marah yeh..
pastu ustaz tu dah kawen ke nur sekarang ni..soklan tiba-tiba :p
Kenangan di zaman sekolah yang paling sukar nak dilupakan.
As salam Nur...
singgah sini...tak baca lagi..=)
nanti mai singgah baca sungguh...=)
bila nak mai raya umah..=)
sama ar...boleh jadi budak2 semula.
Mati2 ingatkan tengah baca sinopsis novel tadi.. Rupanya kisah benar.. Boleh buat novel nih.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
Ok...baru dapat fokus baca. ...
Bestnya...sweet ja knangan tu♥♥♥
Nur....lama2 admire tak kat cikgu tu. .ehehe
Dulu mase saya sekolah mmg keje minat2 ja kat sipolan2 tu ...hehe
pergghhh cinta monyet nur dgn si uztaz rupanya... hahahaha.... kemain lagi taste nur eh..pandai berlawak jenaka la pulak ustaz nur tu eh.. kalo ustaz nur ternmpk nur hari tu, agak2 apa pulak yg dia nak pinjam dari nur?? kehkehkeh..
Owhhh sweet sweet story. Alaaa kenapa Nur tak tegur ustaz tu, jerit jer lambai2 panggil, mesti dia happy dapat jumpa Nur balik. (eh pelik pulak bila I tak ber"Cik" dengan U).
Hehe.. Part best ble ustaz ckp hadiah hari jadi tu. semua memandang. Amekkaw.. Mesti ada ygjeles. Hehe
wahwahwah haah la boleh buat ala2 novel dah cite nur nih hehe
"Sebenarnya Aku Ex-Student Ustaz"
ok kot tajuk cenggini ? hehe
special dri ustaz.. hehe..
Mcm ada tajuk novel suamiku ustaz..huhuhu..eh adake?huhu
Ha ha...ustaz tuuuuu...kim salam ustaz yek kalau jumpa lg...
ustaz masih segak.hihihihi..kenangan sekolah mengamit perasaan yer :)
wahhh.....srius bertuahnya.
tetiba jugak teringat novel Suami Aku Ustaz yg masih kt gobok belum dibaca
hihi.. kenangan.. ala2 novel suami ku ustaz ni..
wahwah mcm novel lah
Catat Ulasan