Isnin, 28 Oktober 2013

Home » , , , , » Malaysia Masih Aman

Malaysia Masih Aman



Sumber : Google


Assalammualaikum.

Peringatan : Entry ini tiada berkaitan dengan mana-mana parti politik. Harap maklum!

Bila tengok tajuk entry ni, pasti ada ramai yang cakap sendiri, ya..Malaysia kita masih aman..! Padahal, kita pasti sedar tahap ketebalan keamanan negara kita sekarang ni, semakin menipiskan. Buktinya, sebagaimana kita semua tahu, saban hari kita akan dengar kes-kes yang melibatkan nyawa. Tak rompak bunuh, tak bunuh rogol. Boleh nak dikatakan setiap harilah.

Terbaru, kes rompakan dalam bilik kebal di sebuah bank. Rasanya baik di Facebook, twitter mahupun blog dah kecoh pasal kes ni kan. Dan rakaman cctv kes ni pun dah tersebar secara berleluasa. Sehari selepas tu, juga kes bunuh di stesen LRT. Dan esoknya pula aku difahamkan melalui status kawan-kawan di mukabuku, ada kes tembak sekitar kawasan Simpang Taiping. Dan dekat dah dengan rumah aku ni.  

Bila kita saksi sendiri rakaman cctv atapun kita dengar berita-berita pasal bunuh-bunuh ni, automatic kita akan nampak nak cabut nyawa manusia tu macam petik suiz on off je. senang gila..! Dengan manusia yang makin pupus sifat berperikemanusiaannya maka memang makin berleluasalah kes-kes ni.  Dan sekarang ni, tempat yang kita sangka selamat pun dah tak selamat sebenarnya. Agak sukar untuk kita terima, tapi percayalah kat mana-mana kita berdiri satu perkara je yang perlu kita ingat. JAGA DIRI.

Bila dunia dah makin sampai ke penghujung ni, orang yang kita percaya pun tiba-tiba boleh jadi musuh kita. Mungkin kita tak dapat faham apa yang orang yang berpengalaman lalui. Tapi cubalah ambil iktibar. Jangan sampai dah terkena batang hidung sendiri baru nak berjaga-jaga. *Peringatan untuk aku jugak ni. Pokoknya dalam entry ini, Negara kita merdeka cuma pada nama. Keamanan yang diwar-warkan pun Cuma sekadar perkataan.

Hakikatnya kita harus sedar, nyawa kita terancam setiap kali kita bernafas. Yea, kalau dah tiba ajal, kita semua pasti pergi jugak. Tapi tak salahkan kalau kita lebih berhati-hati untuk orang tersayang dan diri sendiri. Jom kita cegah se;agi mampu dan berdoa moga Allah sentiasa lindungi Kita semua…InsyaAllah….



Kata Hati : Mohon sama-sama jada diri….

.

24 ulasan:

ayut berkata...

tp skrg mmg...dlm umah pon dh tak selamat..kat luar lg la..mmg kena byk berdoa slalu keluar masuk umah...tu jela senjata kita...klu mmg dh ajal...redha...

Chic Na berkata...

tak berapa nak aman dah.. main2 je nak tembak orang zaman sekarang ni.. dlm seminggu yg lepas je ada 3 kes jenayah & 4 kematian kan.. memang menakutkan..

Unknown berkata...

masa baca tajuk entri ni, deqla ckp dlm diri.. " errr... aman lah sangat.. " hoho.. hakikatnya.. manusia makin hari makin kejam lebih daripada binatang..nyawa kita ni ibarat di hujung tanduk je.. hukhuk.. apapun moga kita sentiasa dilindungiNya.. aamiin..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

moga kt sama2 terhindar dari perkara sbegini...

aminn..

Tanpa Nama berkata...

aman yg macam mana kite carik?

ye kan....?

t.a.t.a berkata...

saya langgan Metro. setiap hari memang ada je cerita yang menyeramkan dilaporkan.

tapi kerajaan masih kata Malaysia masih aman. statistik jenayah menurun.

Zaza Iman berkata...

mudah mudahan kita dijauhkan dengan perkara begini.. amin..

are_lin@yu berkata...

btl tu nur..mna2 sja kta dgr kes bunuh..mmg spa2 blh jd mngsa main rambang jaskrg ni..mtk di jauhi lah dr kita..

Chuu Muqhlis berkata...

jage diri pn still rase x selamat. huhu cmne tuh

Nastyna berkata...

Tu la I ternampak news, merisaukan jugak keadaan sekarang. Yer..jag diri sebaik mungkin, selagi mampu. And jaga laku diri jangan buat orang.

Solehah Shamsuddin berkata...

Walaupun negera kita xberperang, tapi negara kita terdedah dgn aktiviti jenayah yang dahsyat. itu maksudnya bukan aman, tapi negara berbahaya. takut je dh duk Malaysia ni.kena hati2

Unknown berkata...

syukur malaysia masih aman .. hati ni tak aman ..kan ?

Unknown berkata...

sebelum keluar baca doa dulu :D

Unknown berkata...

Itulah..kalau nak di katakan aman tidak juga..sering ja berlaku jenayah..membunuh..macam xda undang2 gak kan..kalau psl politik,,sy memang mls nak ambil tahu sangat..

Unknown berkata...

mmg kena sll berwaspada....malaysia masih aman....tapi lambakan warga asing merimaskan...

Cik Tieka berkata...

susah nak ckp psl benda ne sbb terlalu banyak yg nak dikupas. huhu ayat mcm YB je aku ne.tp memang setuju, aman hanya pd nama..hakikatnya kta sndiri nampak depan mata hakikat aman tu :)

Unknown berkata...

moga kita sentiasa dlm perlindunganNya
di mana2 ada bahaya, barisan keselamatan n pertahanan juga sentiasa ada, berwaspada di mana kita berada
isi tabung nuffnang sini-cinema thor

jaakechik berkata...

sekarang ni bahaya ada dimana-mana, kita semua perlu lebih berhati-hati... risau sekrang ni sbb penjenayah di sekeliling kita jer..

Aine Ainun berkata...

Suka sgt2 ngan n3 nur ni
Sjk 2 3 hr ni mmgpikir pasal ni ja
YA JAGA.DIRI
Mmg boleh katakan.kita taktau sapa baik sapa jahat dsekeliling kita
Huhu....

Xdgar kes tembak kt simpang tu Nur

QasehnyaRania berkata...

ya betul tu ciknur
ciksu yang dok area kl ni lagi la rasa debarannya.dah la pengguna LRT jugak.
sama2 kita jaga diri
thanks di atas peringatan ini

Cik Ai berkata...

huhu takut kan..kawan Ai 2 ari lps kena ragut lps kuar dr bank..seyes mmg negara kita aman cuma dr dasar nama nya sj tp hakikatnya pembunuhan..pergaduhan...di merata2..hanya aman dr segi peperangan! erkkk dah komen mcm luahan hati lak kan..huhu

Ruse Sulaiman berkata...

Jenayah ada di mana-mana. Tp kesilapan yg berlaku dlm bank tu mmg susah nak terima. Betapa mudahnya ambil pekerja. Bankkan boleh kesan cap jari guna ic. Harap lebih beringat lepas ni. Ambil iktibar.

lelamaisara berkata...

YaAllah lindungila kite dari ancaman jahat...takut kan...

QasehnyaRania berkata...

nur, kepah sedap lagi dari lala.
isi kepah besar sikit dari lala.
lala nk lagi sedap buat masak serai je kot lagi satu kelemahan lala ni kalau tak cuci betul2 byk pasirnya.
kepah tak da la sangat pasir