Memaparkan catatan dengan label Malaysia Masih Aman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia Masih Aman. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

Malaysia Masih Aman



Sumber : Google


Assalammualaikum.

Peringatan : Entry ini tiada berkaitan dengan mana-mana parti politik. Harap maklum!

Bila tengok tajuk entry ni, pasti ada ramai yang cakap sendiri, ya..Malaysia kita masih aman..! Padahal, kita pasti sedar tahap ketebalan keamanan negara kita sekarang ni, semakin menipiskan. Buktinya, sebagaimana kita semua tahu, saban hari kita akan dengar kes-kes yang melibatkan nyawa. Tak rompak bunuh, tak bunuh rogol. Boleh nak dikatakan setiap harilah.

Terbaru, kes rompakan dalam bilik kebal di sebuah bank. Rasanya baik di Facebook, twitter mahupun blog dah kecoh pasal kes ni kan. Dan rakaman cctv kes ni pun dah tersebar secara berleluasa. Sehari selepas tu, juga kes bunuh di stesen LRT. Dan esoknya pula aku difahamkan melalui status kawan-kawan di mukabuku, ada kes tembak sekitar kawasan Simpang Taiping. Dan dekat dah dengan rumah aku ni.  

Bila kita saksi sendiri rakaman cctv atapun kita dengar berita-berita pasal bunuh-bunuh ni, automatic kita akan nampak nak cabut nyawa manusia tu macam petik suiz on off je. senang gila..! Dengan manusia yang makin pupus sifat berperikemanusiaannya maka memang makin berleluasalah kes-kes ni.  Dan sekarang ni, tempat yang kita sangka selamat pun dah tak selamat sebenarnya. Agak sukar untuk kita terima, tapi percayalah kat mana-mana kita berdiri satu perkara je yang perlu kita ingat. JAGA DIRI.

Bila dunia dah makin sampai ke penghujung ni, orang yang kita percaya pun tiba-tiba boleh jadi musuh kita. Mungkin kita tak dapat faham apa yang orang yang berpengalaman lalui. Tapi cubalah ambil iktibar. Jangan sampai dah terkena batang hidung sendiri baru nak berjaga-jaga. *Peringatan untuk aku jugak ni. Pokoknya dalam entry ini, Negara kita merdeka cuma pada nama. Keamanan yang diwar-warkan pun Cuma sekadar perkataan.

Hakikatnya kita harus sedar, nyawa kita terancam setiap kali kita bernafas. Yea, kalau dah tiba ajal, kita semua pasti pergi jugak. Tapi tak salahkan kalau kita lebih berhati-hati untuk orang tersayang dan diri sendiri. Jom kita cegah se;agi mampu dan berdoa moga Allah sentiasa lindungi Kita semua…InsyaAllah….



Kata Hati : Mohon sama-sama jada diri….

.