Isnin, 2 Disember 2013

Home » , , , , , , » November Di Disember

November Di Disember





November 2013

GEDEGANGG!!

Terasa kenderaan yang dipandu aku terlajak sedikit kedepan. Hujan renyai yang sedang membasahi Bandar Warisan semakin lebat. Perlahan aku melangkah keluar. Sebelum lihat belakang kereta yang disodok lori, aku sempat pandang pakcik yang sedang mengemudi lori tersebut.

“Teruk ke?” 

Soal aku tanpa periksa belakang kereta. Walhal, dalam hati aku ni, penuh rasa debar yang teramat sangat. Apa yang aku gambarkan ketika itu Cuma kemekan yang teramat teruk. Serius, aku rasa nak nangis…!

“Tak teruk sangat, pecah bumber sikit je.”

SIKIT? Yea, sedikit lega bila ayat tu keluar dari mulut pakcik tu. Seraya aku memberanikan diri menoleh kea rah belakang kereta. Ohh…memang tiada langsung kemekan pada bonet kereta. Lega..! Dan bila aku lihat pecah lebih kurang sebesar tapak tangan kanak-kanak, rasa lega makin bertambah. Sekurang-kurangnya tidak ada kecederaan yang serius.

“Kenapa berhenti mengejut?” Soal pakcik tu tiba-tiba.

“Kereta depan saya tadi, dia pun tiba-tiba berhenti mengejut”

“Ini pun pakcik sempat tekan brek. Pakcik pun tak sangka terkena juga. Kalau pakcik tak tekan brek tadi, entahlah” 

Lancar pertuturan pakcik tu, sampai membuatkan aku gerun bila fikir seandainya dia tidak langsung tekan brek..! Yea..pasti bahagian belakang kereta akan hancur.!!


September 2009

PRANGGG.!!

Bunyi hentakkan dan kaca berderai dari sisi kanan belakang kereta mengejutkan aku yang sedang minum didalam kereta. Satu badan rasa panas..! Rasanya kereta aku berada dalam keadaan yang betul. Berhenti di simpang tiga sambil menunggu kereta dari kata lepas. Yea..kereta aku betul2 berhenti.

“Hoii..!! Buta kee??”

Jerkah aku pada lelaki yang masih terduduk di sisi kereta, sambil aku periksa apa yang pecah tadi. Bukan lampu kereta aku yang pecah, tapi lampu motor dia.

“Pekak ke!!” kali ni, lebih tinggi dari sebelum tadi.

“Bukan salah saya cik, salah kereta tu, tiba-tiba nak masuk kiri..saya nak elak tak sangka ada kereta”

Pelahan suara lelaki itu,sambil menunding jari kea rah kereta yang hampir melanggar dia. Yea aku tahu, dia sedang menahan kesakitan. Tapi entah kenapa, waktu tu, aku langsung tak ada rasa kasihan. Mungkin aku sangat-sangat terkejut kot.

“Ko ni dari mana nak ke mana!!” 

Soal aku dalam nada yang teramat marah. Yea, aku yang banyak menengking berbanding lelaki tu.

“Nak ke Tapah..”

“Dah tu, belajar mana potong kiri!!”

Sebelum keadaan bertambah panas, dan sebelum aku naik berang, mak tarik aku masuk kereta. Abah pula berurusan dengan pemandu kereta yang tiba-tiba bagi isyarat ke kiri dan lelaki yang bermotorsikal.

**********

Berbeza bukan? Yea..dulu aku dalam kategori panas baran. pantang silap sikit, dengarlah suara aku. bukan sekadar usia memantangkan kita, malah keadaan sekeliling juga mendidik kita secara tidak langsung sebenarnyakan..!

Bila diingat kejadian 4 tahun sudah, sampai sekarang aku malu sendiri. Malu bagaimana aku boleh bertubi-tubi menengking lelaki yang sedang dalam kesakitan. Haishh..kalau ade rezeki jumpa lelaki tu, aku nak minta maaf banyak-banyak ke dia…huhuh.

Erm..oklah, malas nak ingat..! Daaa….



Kata Hati : Bontot kereta dah okay, melayang $$$…!

.

17 ulasan:

Nour Adieb berkata...

hee, kesian kat lelaki yg ditengking tu :)

Nastyna berkata...

Berdebar jugak saya baca takut pakcik drebar tadi jadi Mr Arrogant u pulak. :p

Yer..pengalaman dan anjakan usia mematangkan kita, merubah diri sedikit sebanyak. Kesian mat motor tu...

Unknown berkata...

amboiii bekengnye nur dulu.. hihi..takot deqla.. kesian pulak kat lelaki tu.. tp bgs la , nur yg dulu bknlah yg sekrg.. haha.. yelah, makin berusia makin matang la kan.. kena lebih byk bersabar & bertendang.. ehh.. bertenang.. in shaa Allah pasti ada jln penyelesaian yg baik. kalo mrh2 jer pun x guna nur.. penyakit darah tinggi nanti.. huhu

intanfirdaus247 berkata...

saLam ciknur...pengalaman mengajar kita erti pengalaman kan

t.a.t.a berkata...

itu hari yang aku cerita dalam blog pasal kereta yang hampir nak cium bontot aku sebab aku tak faham bahasa lampu dia, aku doa pada Nya nak jumpa balik driver kereta tu, nak minta maaf. tapi smp laa ni belum jumpa lagi. tak pe sabar, satu hari nanti kalau baik niat aku ni, kalau baik untuk semua pihak, jumpa la aku dengan dia.

insyaAllah.

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

jauh bezanya kan =)

QasehnyaRania berkata...

tak pa la.nk buat camna ciknur
bontot keta tak pa kan..
salam isnin

Aine Ainun berkata...

HIHI
BACA SEBIJIK MACAM CERPEN

APA KABA NUR?
LAMA X SINGGAH SINI...=)

Tanpa Nama berkata...

takpe la nur...

belajar dr kesilapan...

Unknown berkata...

kalau yang dilanggar @ terlanggar tu bersikap sopan mungkin urusan boleh jadi baik. tapi kalau maki2 memang kaki makan dia kan :D

ayut berkata...

Klu brubh tu mkna ye kita blhar drpda pgalaman..tu btu btul klu xbrubah tu yg xptt...:)

Tie HT berkata...

pengalaman hidup banyak mengajar kita.

hazwan hairy berkata...

kena lebih berhati2...beberpapa hari lps kena juga hentam ngn keta yg berangan main hp smbil bawa keta mmg kena hentam kaw2 lah mamat skema tu..hahaha...

nursuriani berkata...

cik nur, kita kategori sama...hihihihi emosi bila benda2 mcm neh,..adoii kita tak langgar org, org langgar kita. huhuhu

Ruse Sulaiman berkata...

Aku yg dulu bukanlah yg skrg ;) bagus lelaki tu ya.. sabar je dia. Pakcik tu pun baik.

Tiada rezekilah tu.. yg penting cik nur takde apa2

Chic Na berkata...

garangnya nur.. macam tak caya je.. huhuhu..

Cik Ai berkata...

Kah3..gila pnya garangg daaa..nasib baekk skrg dh lembut..erkkk lembut ke.hahaha