Isnin, 3 Mac 2014

Home » , , , , , , , , , , , » CATU

CATU





Assalamualaikum.

Bila sebut pasal catu, pasti orang terus fikir krisis air. Al-maklumlah, ada beberapa negeri di Malaysia ni catuan air dah mula beroperasi semalam.  Sebelum tu, aku nak minta maaf awal-awallah yea, kalau-kalau ada yang mencari jadual catuan air dikawasan mereka tersesat kat blog ni. Sebab CATU aku ni, CATU lain…bukan CATU AIR. Tapi, untuk tidak menghampakan mereka yang TERmasuk ke sini, kalian boleh KLIK SINI UNTUK JADUAL CATUAN AIR bagi kawasan yang terlibat. Harap dapat membantu..!

Okay. Seperti mana dalam penjelasan perenggan pertama, ya..! aku tidaklah nak bercerita pasal catuan air tu, tapi ini mengenai catuan lain. Aku akui, tak ramai yang tahu segala apa yang terjadi. Seandainya ada yang tahu pun, kita-kita ajelah harapnya yea. Bukan tak nak kongsi detail kat sini, tapi biarlah ianya berlalu macam tu je. Harapnyalah..!

Awal januari 2014, bagai ada satu batu besar memhempap tepat atas kepala aku. belajar terima kenyataan, hakikatnya sukar untuk aku percaya. Bila masuk bulan kedua bagi tahun 2014, kenyataan yang susah aku untuk aku terima, aku hadap pelan-pelan. Walaupun perit, aku kena hadap jugak. Nak tak nak aku kena terima kenyataan. KENA KUAT..!

Bulan ketiga 2014. Pejam celik dah masuk bulan kedua. Alhamdulillah, aku mula terima segala takdir yang ALLAH dah tetapkan. Aku mula belajar bernafas dalam ritma yang selesa. Mula senyum, mula ceria. Hakikat sebenarnya aku masih ditahap ZONE MERAH. Bahaya..! itulah hakikat sebenarnya..

Untuk dapatkan prestasi terbaik, aku kena lagi kuat. Tapi untuk kuat dalam masa yang terdekat ni, aku tak mampu. Banyak sangat dugaan-dugaan yang perlu aku tempuh. Berapa banyak peluang yang aku lepaskan macam tu je. Keadaan tak mengizinkan, mungkin bukan tiba masanya. Jadi aku kena redha…

Hebat atau tidak dugaan yang ALLAH berikan pada kita, hanya orang yang lalui saja tahu. kadang-kadang kita fikir, kitalah yang paling terus. Tapi untuk muhasabah diri, kita kena lihat manusia-manusia yang lagi hebat dugaannya dari kita. Maka bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas, tersenyum dan berbakti pada mereka yang kita sayang.

Eh..panjang pula entry ni. Maaflah pada yang kurang ngerti apa yang aku taip ni. Sebab aku banyak skip perkara-perkara yang aku rasa tak perlu untuk dikongsikan kat sini. Pada yang faham tu, kita-kita ajelah yea. Kenapa aku menaip entry ni, sebab aku tak mampu laksanakan dengan apa yang telah aku janjikan….





Kata Hati : Maafkan kaklong…..! T_T

.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap2 krisis ni dpt di selesaikan scpat mgkin
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

hazwan hairy berkata...

situasi yang sama..hehe

QasehnyaRania berkata...

walaupon tak dpt nk menyelam ke dasar hati ciknur tapi ciksu tetap doakan smga segalanya dipermudahkan buat ciknur.aamiin

Unknown berkata...

laa.. kenapa ni nur..?? x nak share ngan deqla ker? huhu.. ni ada kaitan x psl kenduri kawen adik nur tu eh.. baca kat kata hati tu.. apapun, moga nur kuat & trs kuat!

Cik Ai berkata...

Catu dalam segala hal kan..Catu tu bekalan masa depan..in shaa Allah :)

**chaiyok2..fighting Kak Long!!

Deq's Qienz berkata...

aha xrapa paham..xperlah asalkan cik nur rasa tenang bkongsi di sini :D

Solehah Shamsuddin berkata...

err maksudnya pe ye ni kak? maaf solehah xpaham

Unknown berkata...

ingatkan catuan air. rupanya catuan lain. aah bersyukur dgn apa yg kita ada. nikmat dariNya. ada lg yg diuji lebih tinggi dugaannya dari kita

Unknown berkata...

mujur JB masih mempunyai air. :)

Chic Na berkata...

whatever happen, life must go on okeyh.. ganbatte kudasai!

are_lin@yu berkata...

walau ayu tak tau apa yg nur hadapi inshaallah ayu doakan semua nya baik2 sja ya nur,.kuatkan semangat mu..

Liyana Anuar berkata...

nape cik nur? kuatkan semangat ok! :)

Cendol berkata...

Macam mendalam je maksudnya. Huhh. Apa pun sabar ye cik nur♥

ayut berkata...

Xsemua pkra kita blh lkukn dgn sempurna...xpela...Allah ada.Allah tahu apa yg kita hadapi..truskn pjuangan ea