Memaparkan catatan dengan label Kulim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kulim. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

Januari Dan Kenangan




Amaran Entry ini terlalu panjang untuk dibaca. 
Jika kalian mempunyai sindrom malas membaca mohon klik BUTTON MERAH
Sekian Terima Kaseh..!
Assalamualaikum.
Ikutkan semalam patutnya ada entry baru. Tapi disebabkan sakit kepala yang berterusan. Tak jadi terus. Aku cuba sempat blogwalking je, itupun tak habis. Rasanya dah dua minggu lebih aku sakit kepala. Sakit kepala ni bukan sakit keseluruhan tau, tapi cuma sebelah je. Kadang-kadang tu terasa macam nak terkeluar biji mata ni. Punyalah berdenyut. Dan aku syak ini serangan migrain yang dah lama tak menyerang. Nampak tak gambar minyak cap kapak kat atas tu, haaa...itulah peneman aku buat masa ni. Usung je kemana-mana..Haishh...!
Jumaat lepas, dalam ENTRY NI aku ada bagitahu kan yang aku dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semualah, itulah pertama kali aku naik bas seseorang keluar Perak tau. Selama ni nak pegi mana-mana biasanya drive je. Jadi disebabkan teringin nak naik bas, aku beranikan diri jugaklah. Dan hasilnya best kot naik bas..rileks je. 
Dan yang moleknya, sepanjang keberadaan aku di Kulim dan Pulau Pinang idok pulak aku sakit kepala. Alhamdulillah sangat sebab dapat hangout dengan jayanya. Yelah..time tu memang stress free tau. Tak fikir hal-hal lain melainkan happy and fun together. Bila bayaran parking di charge rm4.50 per hour pun, still tak stress. Kalau tak parking tak adalah edisi jimba-jimba dekat Bazar Chowrasta kan..! Jadi redha akan aje. Memang dok stress. Hahaha.!

Untuk pengetahuan semua, perjumpaan kali ni adalah perjumpaan pertama aku antara Jaa Kechik dan Shu ni tau. Macam Jaa tu memang patutlah pertama kali jumpa sebab Jaa ni ore Kelate. Tapi dengan Shu ni memang tak patut sebab kami sekampung hokey..! Antara Taiping dan Bagai Serai tu, alahai sekangkang kera je pun. Tapi itulah nak bersaksikan Pulau Mutiara juga perjumpaan pertama kami ni.
Lepas sesi jalan-jalan, makan-makan kami terus ke hantar Jaa ke USM balik. Kalau nak tahu kenapa Jaa tak dapat nak join kami berjimba lagi, kalian BACA SINI. Dalam entry tu, Jaa ada jelaskan kenapa. Keluar dari USM, jenuh duk mikior nak kemana. Pening jugak fikir sebenarnya. Iyelah, ini bukan pertama kali aku ke Pulau Pinang ni, jadi kebanyakan tempat semuanya dah pergi. Cuma satu je yang belum jejak, iaitu Balik Pulau. Kalaulah hari tu dah lewat. kami tak jejak kot Balik Pulau tu. Iyelah, berdasarkan cerita Jaa hari tu, cukup buat bulu roma aku merinding tahu..!

Dalam perjalanan balik dari Balik Pulau tu pulak, ternampak pula papan tanda Tropikal Fruit Farm. Dan dalam masa yang sama, Kakak ni pulak cerita pengalaman dia minum air yang betul-betul pior dari buah-buahan. Aku yang tengah drive ni, terus tanya samada nak singgah ke tidak. Sebab niat sebenarnya nak pegi minum air kelapa tepi pantai. Jadi memikirkan bukan senang nak sampai ke sini, kami putuskan untuk singgah..!

Pening jugaklah nak pilih minum apa. Sebab semuanya sedap dan ada jugak yang macam pelik untuk dibuat jus. Last-last kami amik sama jenis je semua. Manggo Jus..! Segelas Rm6.00, memang pior mangga, pekat melekat dan tersekat sebab betul-betul kaw lah mangga dia. Rasanya boleh tahan. Tapi kalau cairkan sikit mesti lagi sedap..!

Lepas puas round island dan hantar shu balik, kami bertiga terus pegi cari tempat makan. Almaklumlah kalau balik rumah terus dah kompemlah malas nak.keluar balik jadinya kena terus menapak Puncak Mutiara untuk dinner malam tu. Yang ajaibnya, walaupun tempat ni jauh kedalam kawasan kampung tapi orang tak putus beb...memang menakjubkanlah..! Dan disebabkan puas makan nasi, malam tu masing-masing pilih westen food untuk perut masing-masing. Selesai makan apa lagi balik laa....!
Bila kenyang, mata pun apa lagi mulalahkan..! Tup..tap..tup..tap...sedar 2.45 pagi bila Kakak kejutkan aku suruh masuk bilik tido. Tak sangka pulak boleh terlena depan tv. Dan bila jaga esok paginya pula, time inilah kepala aku mula rasa berdenyut. Almaklumlah nak balik dah ni fikiran tu mulalah fikir masalah-masalah dunia. Itu yang kemain sakit kepala tu. Hahaha.
Selesai hantar Chic Na balik USM, Ai bawak lepak dekat Bagan Ajam kejap. Lepak sambil makan kek yang Chic Na belikan dekat Secret Resepi. Dalam pukul 3,terus gerak ke stensen bas Butterworth. Atas bas aku terlelap kejap-kejap. Makin parah sakit kepala makin menjadi-jadi. Sampai Kamunting tengok mak abah dah siap tunggu dekat stensen bas.
Selesai percutian kali ni. Lepas ni entah bila lagilah nak dapat peluang macam ni. Sebab lepas ni, susah sikit kot nak berjimba-jimba gini. Aku mungkin akan sibuk, dan lepas tu risau aku tak punya masa macam mana aku punya masa sekarang.
Apa-apapun, Terima kaseh tak terhingga buat Cik Ai, Chic Na, Jaa Kechik dan Shuhada sebab sudi luangkan masa bersama. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi yea..! Buat rakan alamaya yang lain, InsyaAllah sampai masa kita pasti berjumpa.

Heh..panjang giler entry ni..!


Kata Hati : Dimulakan dengan manis, kemudiannya pahit berganti manis dan seterusnya.....

.

Isnin, 8 Julai 2013

Percutian Spontan





Assalamualaikum.

PENAT. Hanya itu saja kot yang dapat digambarkan sekarang. Alhamdulillah aku selamat sampai rumah pukul 8 malam tadi (7/7/2013). Sedaya upaya hadap lappy sebab nak up entry ni. Memandangkan aku penat, aku cuba up entry seringkas mungkin okay..! Konon-kononnya ringkas la nii...Kononn..!

Nampak gambar diatas? Diambil pada hari sabtu lepas, atas haiway BKE. Sebenarnya tak ramai yang tahu pun pemergian aku ke Kedah baru-baru ni. Sengaja malas nak heboh-heboh. Walaupun dah lama merancang, tapi tetap nak kata PERCUTIAN SPONTAN sebab aku nak juga BERCUTI sebelum Ramadhan tiba.. Nak jugakk..!! Mula-mula, niat hati mula-mula nak ke Cirebon, tapi apakan daya flight tersangkut kat Kedah. Hahaha.

Sampai Kulim dalam pukul 12 lebih kot. Lepas dapat arahan dari Makcik Lavender, aku follow aje lah segala keterangan dia. Walaupun terlajak tak sampai 100 meter, tapi aku tetap anggap diri aku hebat kot, sebab cepat cam kereta makcik tu dekat carwash. Beriya tau dia cuci kereta. Grrrr....!




Selesai semua, cepat-cepat gerak ke Hotel 5 Bintang dekat Taman Mahsuri. Lepak kejap, lebih zohor kami terus gerak ke Auto City. Makcik Lavender bawa makan dekat Seoul Garden. Nampak gambar dekat atas, itu antara satu gambar yang sempat aku amik sebelum phone aku kehabisan bateri. Grrrr....!

Bayangkan kami sampai dekat Seoul Garden tu hampir pukul 2, kami keluar pukul 4.30 petang. Ya Rabbi...! punyalah kenyang tak hengatt...! Sampai kembang-kembang hidung nak habiskan makanan. Kalau ikutkan hati nak hadap lagi. Tapi..tangki dah penuh sangat-sangatt...buktinya sampai kemalam kami kenyang..Hahaha.




Lepas kenyang, Makcik Lavender nak bawak aku jalan-jalan Pulau Pinang. Tapi jangan tak tahu weeeiii...! Disinilah bermulanya penderaan yang tak disangka-sangka. Bayangkan masing-masing dah kenyang tahap gila vaveng, tiba-tiba Makcik Lavender serah kunci kereta. Katanya "Nur drive..!" aku waktu tu blur kejap. Errr...aku..?? "Tapiiiii...Nur tak tahu jalan...!" sambil buat muka kesian beb, kot-kot la dia nak melting kann.. Tapi hampehhh, jawapan dia "Takpa, ikut je arahan Ai..!" Errrr......

Dalam kereta, dekat 15 minit jugaklah kami keras dalam tu, serius makan tak hengat dunia. Selagi boleh makan, kami makan. Bila aku mengeluh, alasan orang sebelah "Tak pa, kalau Nur dah rasa selesa baru kita jalan" Jawapan tak boleh blahhh...Grrr....!

Sedia maklum, petang sabtu kelmarin Pulau Mutiara memang sesak gila-gila. Niat nak round Island terpaksa dibatalkan. Akhirnya kami pergi Batu Feringgi je. Dan ini bukanlah pertama kali aku ke Batu Feringgi, aku cuma dah lama tak main tepi pantai. rendam kaki dalam air masin tu. Mula-mula malas turun, tapi dah alang-alang sampaikan, turun kejaplan main ombak, bukan selalukan.




"Nampak tak bekas kaki yang Nur jalan dekat tepi pantai tu? Itu ibarat hati Nur yang berbekas. Bukan senang ombak nak hilangkan bekas tu.."

"Jangan risau ainya akan hilang, cuma makan masa..."

Serius sakit tapak kaki bila berkaki ayam berjalan di gigi air tu. Nak-nak pula aku gigih berdiri lama-lama atas batu yang penuh karang sebab nak tengok laut puas-puas. Walaupun permandangannya tak begitu jelas disebabkan jerebu, tapi cukup puas bagi mata aku menjamah disetiap pelusuk laut. Puas sangat...Lepas dendam tauu..!

Okay, lepas puas lepak Batu Feringgi, kami terus gerak jalan-jalan Penang. Kali ni bukan aku yang drive okay, sebab sebaik je sampai Batu Feringgi aku serah kunci dekat tuan empunya. Aku nak duduk sebelah pulak.Hahaha.

Ohh Pulau Pinang...! Tersangatlah sesak hokayy. Nasiblah kereta manual. kejang kaki. Bila ronda, asal nampak Kedai Mamak, mesti ingat Bintang. "Haa..ni kalau ada bintang mesti dia sukakan...!" Senyum je bila terpandang Kedai Nasi kandaQ. Nur tak lupa Bintang...!

Dan tanpa disangka-sangka tiba-tiba orang sebelah tanya "Kita balik baik Feri nak..??" aku apa lagi, tak pernah kot naik Feri dekat Pulau Pinang tu. Memang terujalah beb..! Bila dah ada atas Feri tu, ingatkan nak keluarlah dari kereta hirup udara laut, tapi tak jadi. Sebab kereta kami dibelakang sekali, dekat dengan motor-motor. Segan ahh aku nak turun..! Aku kan pemalu. Walaupun begitu, hanya tingkap saja diturunkan. Okaylah dapat juga angin laut campur bau minyak diesel. Hahaha.




Tak cukup lepak dekat Batu Feringgi, Makcik Lavender terus bawak aku ke Bagan Ajam. Tempat dimana Makcik ni selalu lepak kalau hatinya gundah gulana. Serius memang cantik panorama malam Pulau Mutiara pada waktu malam. Lembut angin malam menampar pipi. Sejuk, tenang dan cantikkk..!!

Yea..memang dah lama aku merancang nak tengok panorama malam ni, bila diberi peluang memang aku tak lepas peluanglah. Bila dengar deruan ombak yang menampar ganas tepian pantai tu, bagai ada satu kekuatan dalam hati aku. Serius aku sebakk...!

Lepas puas, kita orang gerak ke satu tempat. Tak salah nampak tempat tu Perda kot. Dua jam kitaorang lepak kat situ. Gila perit tekak kot. Dapat rehat pun bila tiba-tiba "KERO" keluar. Dah masing-masing tunding jari. Dia tunjuk aku, aku tunjuk dia. Hahahaha.

Tup-tup 11.30 kami gerak balik. Singgah Seven Eleven, beli kudap-kudap. Lepas mandi, layan movie dekat tv3. Pukul 2.30 baru terhegeh-hegeh masuk tidur. Tapi tak ada maknanyalah nak tidur lagi. Gosip-gelak-gosip-gelak, 3.30 baru senyap kott..!




Habis cerita semalam, tapi kenyang semalam tak juga habis-habis. Dapat bayangkan tak kami melantak macam mana. Serupa ada bela...Hahahaha. Pagi tadi, siap-siap semua, layan popstar dekat chanel 611 kejap, pastu baru gerak pegi lunch. Kali ni Makcik tu bawak dekat Kedai Nasi Ayam Periuk Besar, asli dari Kedah.

"Nur drive dulu tau, nanti balik Ai drive pula" Pasrah je aku dengar. Iyo-yo ooo...Grrr..!

Kata Makcik Lavender, ada tiga jenis Nasi Ayam dekat situ, Nasi Ayam Madu, Nasi Ayam Panggang dengan Nasi Ayam DotMy. Tapi tadi hanya tinggal Nasi Ayam Madu je. Yang rempah-rempah tu kami minta. Hehehe. Rasa nasi ayam ni, sedap dan puas hati. Tak kedekut nasi beb..memang kenyanglah makan..!

Lepas makan, kami ronda-ronda. Ada satu lagi destinasi terakhir yang aku ingin tuju sebelum balik Taiping. Bebekalkan ingatan aku yang tak pernah lupa, akhirnya aku jumpa juga tempat tu. Kawasan yang dulunya hijau, kini sedikit terang. Almaklumlah dah kaut hasil kot.




Tempat jatuh lagi dikenang, lagi pula tempat yang indah-indahkan. Jelas nampak tempat yang pernah aku berteduh satu ketika dulu. Masih terbayang dua insan yang sedang berbual. Segala-galanya jelas dan segar terlayar di minda ketika tu. Aku sedar, aku menangis air mata darah sekali pun, masa tak akan berputar. TAK AKAN...TAHU...!!

Mula-mula aku ingat nak letak gambar. Tapi tak jadi. Sebab kehadiran aku kesana bukan untuk menagih atau jadi penangih, sekadar mengimbas je. Walaupun aku sedar, keperitan tu ada, tapi aku okay. Cukuplah tadi kali terakhir aku lihat apa yang aku lihat, dan cukup sekadar aku tahu tempat itu masih ada.

Bila aku dah puas, kami gerak balik. OTW balik singgah Lunas beli Laksa Sotong. Lepas tu cari ABC. Kalau boleh Makcik Lavender ni nak jugak aku rasa Laksa Sotong. Tapi aku makan tak letak kicap tau, dia letak kicap, sampai naik hitam kuah dia. Maaf tak sempat nak ambik gambar laksa sotong tu, makan pun laju-laju sebab hari dah petang, aku kena gerak balikk..!




Lebih kurang dalam pukul 6 suku aku gerak dari Taman Mahsuri. Follow Makcik Lavender. Nak harap aku ingat jalan balik, memang taklah...! Hahaha. Kebetulan Makcik Lavender kerja malam, Kami terpisah di simpang tiga. Dia ke Kulim Hi-Tech, manakala aku ke Haiway BKE. Gambar di atas ni, suasana petang petang yang sempat aku ambil di atas Haiway BKE. Tak lama lepas tu kereta dari arah bertentangan bagi isyarat lampu. Rupa-rupanya ada sekatan jalan raya lepas keluar tol BKE ni. Selamatlah aku ni pemandu berhemah kaannnnn...!! Hahaha.

Nampaknya panjang jugak weii entry ni. Aku rasa dah sehabis ringkas kot aku menaip ni. Kalau ikut cerita detail lagi panjang tahu. Tapi cukuplah sampai sini aje. Tapi dalam banyak-banyak cerita aku selalu kena buli dengan orang sebelah. Bayangkan, tengah drive laju-laju lepas tu boleh orang sebelah main-main jerit "polisss" apa lagi gelabahlah aku tarik seat belt. Banyak kali tauuu...! Pastu ayat paling tak menahan, "Ehh...kenapa Nur tak pakai seat belt". Dan ayat yang paling tak boleh blah, "Alaa....nak jerit polis pun tak boleh, sebab Nur dah pakai Seat belt" Err....boleh..?? Grrrrr...!

Saja tau Makcik tuu...!

Errm..okaylah beb..rasanya panjang dah ni. Sampai disini saja kisah percutian aku. Ini pertama kali aku gerak sendiri dari rumah. Berkat doa mak abah, sepupu, bintang dan bulan yang percayakan aku, alhamdulillah, misi bawa jiwa yang luka ni berjaya juga. Serius tak tipu, aku tersangat-sangat puas..!

Dan diatas kesempatan ini, Nur ingat ucapkan rbuan terima kaseh pada Cik Aini a.k.a Makcik Lavender atas jasa baik yang diberikan buat Nur. Layanan Ai tersangatlah baik. Sabar layan karenah Nur yang entah macam hapa-hapa ni. Memang tak dinafikan, Cik Aini seorang kakak yang baik...! ^_^


"Sebaiknya aku pergi darimu, Dan coba untuk melupakan semua tentangmu, Dan coba utuk menerima cintamu kini bukan untukku"


Kata Hati : Sebenarnya Nur ada mengaku something dekat Ai waktu di Batu Ajam tu, Tapi mungkin Ai tak perasan...Jangan ditanya apa dia, sebab Nur bukan astro, tak ada siaran ulangan..Itulah sibuk dengan handphone lagi...Kahkahkah...! Apapun, Terima kaseh sekali lagi Cik Ai..!!


.