Assalamualaikum.
Ikutkan semalam patutnya ada entry baru. Tapi disebabkan sakit kepala yang berterusan. Tak jadi terus. Aku cuba sempat blogwalking je, itupun tak habis. Rasanya dah dua minggu lebih aku sakit kepala. Sakit kepala ni bukan sakit keseluruhan tau, tapi cuma sebelah je. Kadang-kadang tu terasa macam nak terkeluar biji mata ni. Punyalah berdenyut. Dan aku syak ini serangan migrain yang dah lama tak menyerang. Nampak tak gambar minyak cap kapak kat atas tu, haaa...itulah peneman aku buat masa ni. Usung je kemana-mana..Haishh...!
Jumaat lepas, dalam ENTRY NI aku ada bagitahu kan yang aku dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semualah, itulah pertama kali aku naik bas seseorang keluar Perak tau. Selama ni nak pegi mana-mana biasanya drive je. Jadi disebabkan teringin nak naik bas, aku beranikan diri jugaklah. Dan hasilnya best kot naik bas..rileks je.
Dan yang moleknya, sepanjang keberadaan aku di Kulim dan Pulau Pinang idok pulak aku sakit kepala. Alhamdulillah sangat sebab dapat hangout dengan jayanya. Yelah..time tu memang stress free tau. Tak fikir hal-hal lain melainkan happy and fun together. Bila bayaran parking di charge rm4.50 per hour pun, still tak stress. Kalau tak parking tak adalah edisi jimba-jimba dekat Bazar Chowrasta kan..! Jadi redha akan aje. Memang dok stress. Hahaha.!
Untuk pengetahuan semua, perjumpaan kali ni adalah perjumpaan pertama aku antara Jaa Kechik dan Shu ni tau. Macam Jaa tu memang patutlah pertama kali jumpa sebab Jaa ni ore Kelate. Tapi dengan Shu ni memang tak patut sebab kami sekampung hokey..! Antara Taiping dan Bagai Serai tu, alahai sekangkang kera je pun. Tapi itulah nak bersaksikan Pulau Mutiara juga perjumpaan pertama kami ni.
Lepas sesi jalan-jalan, makan-makan kami terus ke hantar Jaa ke USM balik. Kalau nak tahu kenapa Jaa tak dapat nak join kami berjimba lagi, kalian BACA SINI. Dalam entry tu, Jaa ada jelaskan kenapa. Keluar dari USM, jenuh duk mikior nak kemana. Pening jugak fikir sebenarnya. Iyelah, ini bukan pertama kali aku ke Pulau Pinang ni, jadi kebanyakan tempat semuanya dah pergi. Cuma satu je yang belum jejak, iaitu Balik Pulau. Kalaulah hari tu dah lewat. kami tak jejak kot Balik Pulau tu. Iyelah, berdasarkan cerita Jaa hari tu, cukup buat bulu roma aku merinding tahu..!
Dalam perjalanan balik dari Balik Pulau tu pulak, ternampak pula papan tanda Tropikal Fruit Farm. Dan dalam masa yang sama, Kakak ni pulak cerita pengalaman dia minum air yang betul-betul pior dari buah-buahan. Aku yang tengah drive ni, terus tanya samada nak singgah ke tidak. Sebab niat sebenarnya nak pegi minum air kelapa tepi pantai. Jadi memikirkan bukan senang nak sampai ke sini, kami putuskan untuk singgah..!
Pening jugaklah nak pilih minum apa. Sebab semuanya sedap dan ada jugak yang macam pelik untuk dibuat jus. Last-last kami amik sama jenis je semua. Manggo Jus..! Segelas Rm6.00, memang pior mangga, pekat melekat dan tersekat sebab betul-betul kaw lah mangga dia. Rasanya boleh tahan. Tapi kalau cairkan sikit mesti lagi sedap..!
Lepas puas round island dan hantar shu balik, kami bertiga terus pegi cari tempat makan. Almaklumlah kalau balik rumah terus dah kompemlah malas nak.keluar balik jadinya kena terus menapak Puncak Mutiara untuk dinner malam tu. Yang ajaibnya, walaupun tempat ni jauh kedalam kawasan kampung tapi orang tak putus beb...memang menakjubkanlah..! Dan disebabkan puas makan nasi, malam tu masing-masing pilih westen food untuk perut masing-masing. Selesai makan apa lagi balik laa....!
Bila kenyang, mata pun apa lagi mulalahkan..! Tup..tap..tup..tap...sedar 2.45 pagi bila Kakak kejutkan aku suruh masuk bilik tido. Tak sangka pulak boleh terlena depan tv. Dan bila jaga esok paginya pula, time inilah kepala aku mula rasa berdenyut. Almaklumlah nak balik dah ni fikiran tu mulalah fikir masalah-masalah dunia. Itu yang kemain sakit kepala tu. Hahaha.
Selesai hantar Chic Na balik USM, Ai bawak lepak dekat Bagan Ajam kejap. Lepak sambil makan kek yang Chic Na belikan dekat Secret Resepi. Dalam pukul 3,terus gerak ke stensen bas Butterworth. Atas bas aku terlelap kejap-kejap. Makin parah sakit kepala makin menjadi-jadi. Sampai Kamunting tengok mak abah dah siap tunggu dekat stensen bas.
Selesai percutian kali ni. Lepas ni entah bila lagilah nak dapat peluang macam ni. Sebab lepas ni, susah sikit kot nak berjimba-jimba gini. Aku mungkin akan sibuk, dan lepas tu risau aku tak punya masa macam mana aku punya masa sekarang.
Apa-apapun, Terima kaseh tak terhingga buat Cik Ai, Chic Na, Jaa Kechik dan Shuhada sebab sudi luangkan masa bersama. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi yea..! Buat rakan alamaya yang lain, InsyaAllah sampai masa kita pasti berjumpa.
Heh..panjang giler entry ni..!
Kata Hati : Dimulakan dengan manis, kemudiannya pahit berganti manis dan seterusnya.....
.



















