Memaparkan catatan dengan label Mood Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mood Blogging. Papar semua catatan

Isnin, 3 Jun 2013

Sekadar Bebelan





Assalamualaikum.

Ehem-ehem. Testing satu dua tiga. Tiga dua satu. Testing-testing. -_-

Haa..nampak, inilah namanya ambil mood.Tengok gambar kat atas, boleh bayangkan tak tahap kemalasan aku? Hahaha. Terus teranglah weh, sejak selesai majlis pertunangan adik aku baru-baru ni, mood aku nunnn menjauh..! Tak larat nak kejar dah. Tetap menjauh. Segala mood entah kemana. Mula-mula ingat nak up review novel yang dah aku baca. Tapi tak ada moodlah nak bercerita. Sebab bagi aku, PERASAAN kena ada kalau kita nak review sesuatu. Sebab apa yang kita nak review tu adalah pengalaman dari kita. Dari sudut pandangan kita. Bukan orang lain. Jadi kalau menaip tak ada PERASAAN, baik tak payah review langsung.

Sebenarnya, mood malas ni, kalau dilayan memang akan menjadi-jadi. Silap hari bulan bungkus terus blog ni tahu…! Cuma, bila difikir-fikir betapa sayangnya aku pada blog ni, maka sekarang ni tengah merajin-rajinkan diri untuk menghasilkan entry bebelan merapu ni. YaAllah…aku tak main-main weh, memang blur kepala hotak aku sekarang ni. Ni pun jenuh nak susun ayat ni..! Nak siapkan satu perenggan pun payah..Haisshhh..Parahh…!

Ohh yeaa…! Disebabkan mood aku yang merewang entah kemana hala sekarang ni, aku terus jadi lupa nak buat entry susulan yang kebanyakkannya kalian tak faham. Salah satunya entry Percuma Yang Sia-Sia tu. Lupa terus nak jelaskan pada yang tak faham. Tapi insyaAllah, mungkin bulan depan kot aku up entry pasal percuma yang telah di sia-siakan. Itupun kalau mood aku rajinlahh…!

Ehh..bila sebut pasal mood ni, aku nak tanya kalian. Ada ke di antara kita yang BERBLOGGING TANPA MOOD…? Maksud aku walaupun tak ada mood tapi dia still boleh berblogging seperti biasa, up entry seperti biasa. Ada keee..?? Sebab bagi akulah kan, bila aku taip entry dikala mood aku tengah kelaut, hasilnya cengginilah. Terang lagi bersuluh yang entry ini sangat merapukan..! Kira nak hasilkan ayat yang berbunga-bunga tu tak ada. Elekk..!

Jadi jika betullah wujudnya manusia diantara kita yang boleh berblogging tak kira apapun mood yang sedang melanda, Serius wehh..aku salute..! Hebat gilalah kalau gitu. Sebab aku tak boleh buat apa yang kalian buat. Kalau aku nak hasilkan jugak entry waktu mood aku yang entah hapa-hapa, hasilnya memang  entah hapa-hapalah. Dan apa yang aku cuba sampaikan tu tak sampai. Sebab itu bagi aku mood itu penting. Itu akulah. Mungkin cara kalian lain.

Erm..okaylah. rasanya macam terpanjang pulalah entry ni. maaflah yea, entry ni cuma entry merapu je. Sekadar tak nak biarkan blog ni sunyi. Dan pada yang baca sampai habis, terima kaseh yea sebab sudi baca bebelan ni. Kunjungan kalian amat Nur hargai… ^_^




Kata Hati : Sesape ada mood lebih, bak la share sikitt..hehehe.
.