Assalamualaikum.
Perghh..tajuk kemain lagi ehh..! Tapi percayalah entry ni
tak ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan rempit pun. Hahaha. Entry ni
sekadar cerita. Hanya berkaitan aku tapi bukan dia, apatah lagi kamu. Langsung
tak terkait hokayy..!
Sedia maklum, InsyaAllah berbaki 9 hari saja lagi kita akan
menyambut hari kemenangan. Jadi, di akhir-akhir Ramadhan ni faham-faham jelah tentang
kemeningkatan kenderaan diatas jalan raya meningkat sekali ganda rasanya. Boleh
nak dikatakan, tiap-tiap petang jalan pasti sesak. Ditambah pula keadaan cuaca
dekat kawasan tadahan hujan ni tak menentu. Tengah elok panas terik, kejap lagi
tiba-tiba je hujan. Situasi macam ni kerap kali jadi dah.
Jadi untuk langkah berjaga-jaga ramailah yang memilih kereta
untuk ke tempat kerja masing-masing ye dak. Bila dah semua pakat naik kereta, petang je, jalan raya automatik jadi padat gila. Keadaan ini tidak
normal seperti hari biasa. Sebab apa aku kata tak normal? Selalunya aku Cuma
makan masa 15-20 minit je dari tempat kerja ke rumah. Tapi sejak puasa ni makan
masa 45 minit atau lebih untuk sampai kerumah. Grrrrr….situasi ini sangat-sangat
me-nensyen-kan aku..!
Maka, di bulan yang penuh kemuliaan ni aku begitu selesa
kalau merempit je ke tempat kerja. Bukan saja jimat masa, tapi yang paling best
boleh cilok-cilok. Selain cilok-cilok kelebihan bila naik motosikal adalah
boleh ikut jalan pintas. Tak perlu ikut jalan jauh, tak kena tempuh bazar Ramadhan
yang saban hari aku tengok padat betul dengan lautan manusia. #setakat ni aku
belum jejak Bazar Ramadhan.
Tapi, aku naik motosikal tak selalu. Sebulan seminggu je.
Lagipun abah memang tak galakkan aku naik motosikal, katanya bahaya. Pada aku
tak adalah bahaya mana. Tapi disebabkan abah pernah ternampak kelibat aku satu
masa dulu, terus abah tak bagi aku naik motosikal, kata abah aku bawak
gila-gila. Sejak pada tu, kalau aku nak naik moto, abah mesti bising.
Err..padahal cilok mencilok tu normallah kann. Kalau naik moto tapi ikut je
belakang bontot kereta , baik tak payah naik moto…Hehehe.
Pesan aku, pada anda diluar sana, kalau naik merempit ke
tempat kerja tu hati-hatilah. Menunggang cara berhemah. Aku faham, tahap
kesabaran kita sentiasa diuji pada bulan mulia ni. maka, banyak-banyakkanlah
bersabar. insyaAllah, kita sentiasa dilindungiNYA..
Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Sekian, terima kaseh.
Kata Hati : Aku pernah tinggalkan motosikal hampir 3 tahun. Bila aku mula nak naik motosikal balik, aku rasa macam takut giler..!
.






