Rabu, 25 Januari 2012

Home » » .:: KENCING TIKUS ::.

.:: KENCING TIKUS ::.

.


Masih mood cuti raya cina kan? Rasa macam malas je nak gerak pergi kerja kan? Yang syok, boleh sedap terlena, sedar-sedar….! Tanjat datin maimon..!

Pening kejap kepala, sebab rasa-rasa terlelap sekejap je. Tak puas hati, tengok jam handphone pula, sama masa yang tercatat di dinding kaku. Huh..! apa lagi….bagaikan halilintar lerrr…!

Okeyh..!

Malas dah nak merepek, dah selamat sampai tempat kerja dah pun. Cuma hari ni, sedikittt je sibuk. Tapi masih berkesempatan nak update belog. Entry panjang gileww..! Heeee.. ^__^

Seperti yang kita tahu, minggu lepas, Malaysia di kejutkan dengan permergian Izwan Pilus, penyanyi yang lahir dari bintang RTM. Hospital mengesahkan Izwan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius. Sebelum itu arwah pernah dimasukkan ke hospital pada November lalu selepas demam berpanjangan dan doktor mengesahkan jangkitan kuman dalam darah.

Tahun lepas penyampai radio HotFM iaitu Fara Fauzana, juga pernah di sahkan doktor virus yang sama. [ BACA SINI ]

Nampaknya  virus kencing tikus ni, makin lama makin berluasa menyerang tanpa kita sedar. Al-maklumlah, demam sikit-sikit yang berpanjangan. Telan panadol sebiji dua, okay kejap. Nanti malam demam lagi, telan panadol lagi. Okay balik, kejap nanti demam balik…macam tulah seterusnya.

Di mana bila kita ingat itu hanyalah demam biasa..! padahal kita tak tahu, virus-virus sedang menari-nari dalam saluran pendarahan kita.

Bila kita sebut KENCING TIKUS, mesti kita ingat, seseorang yang terkena jangkitan kuman itu makan di warung-warung di tepi jalan, kedai makan yang kotor-kotor kan? Sebenarnya, bahaya itu ada di mana-mana. Percaya tak?


KLIK UNTUK LEBIH BESAR

Jelas tak? Banyak lagi barang-barang makan yang kita boleh kaitkan dengan virus ni. Bukan saja makanan ya..! benda-benda bukan makanan pun mungkin boleh terdedah bahayanya virus. Ianya akan merebak sekiranya kita langsung tidak menitik beratkan kebersihan.

Yang penting, ingat…! Basuh tangan setiap kali selesai melakukan sesuatu tugasan. Rajin-rajin cuci dengan sabun yang mengandungi antibacterial. Kita tak Nampak apa yang melekat pada tangan kita. Kerana apa yang ada pada tapak tangan dan hujung jari kita, akan masuk ke dalam mulut dan seterusnya menjelajah tubuh badan kita tanpa rela dan paksa..!

Tapi, kalaulah kita nampak apa yang ada pada tapak tangan, nak-nak pula bacteria tu sebesar-sebesar lipas..! iiieewww…! Berebut-rebut kot orang nak basuh tangan kan? #emm..ce bayangkan..!


KLIK UNTUK TUMBESARAN

Jadi, lepas ni kena rajin-rajinlah basuh tangan ye. Tak susah pun kan? Sayang nyawa, kena rajin-rajinlah ye..! Dan sekiranya ada di antara kita yang mengidap demam berpanjangan, janganlah malas nak pergi jumpa doktor. ketepikan rasa takut itu jika kalian sayangkan nyawa..! cepat-cepat jumpa doktor ya..!



Kata Hati : Al-Fatehah buat arwah Izwan Pilus tak lupa juga buat mereka-meraka yang telah tiada.


.

9 ulasan:

Unknown berkata...

AL-FATIHAH....

dya nasir berkata...

lepas ni kena berjaga-jaga lah.. bahaya kencing tikus ni.. kalau tak dirawat dgn cpt boleh membawa maut..

Miss N™ berkata...

dya , betul tu, kalau demam jgn amik mudah..

Mak Usu berkata...

memang bahaya.. orang kat kampung Mak Usu pun meninggal disebabkan kencing tikus ni..

Petak Hitam berkata...

bahaye kencing tikus :'|

Lady Milo berkata...

sebab tu.., saya kalau beli air tin, basuh dulu.., tak terus teguk., takut-takut kat kilang air tu tikus ade kencing atas tin tu ke kan... siapa tahu.... kalau nak termalang.... erm... :-/

Iffika | Ruslan berkata...

takut gak bila dengar ramai sangat kena jangkitan ni

Al Fatehah :((

Miss N™ berkata...

Lady milo, betul tu, basuhlah tgn dan apa saja benda yg akan msuk dlm mulut kita..malang tu xbbau..

Miss N™ berkata...

iffika, hati2 ye...kena rajin cuci tgn.. :)