Assalamualaikum.
Perghh..tajuk kemain lagi ehh..! Tapi percayalah entry ni
tak ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan rempit pun. Hahaha. Entry ni
sekadar cerita. Hanya berkaitan aku tapi bukan dia, apatah lagi kamu. Langsung
tak terkait hokayy..!
Sedia maklum, InsyaAllah berbaki 9 hari saja lagi kita akan
menyambut hari kemenangan. Jadi, di akhir-akhir Ramadhan ni faham-faham jelah tentang
kemeningkatan kenderaan diatas jalan raya meningkat sekali ganda rasanya. Boleh
nak dikatakan, tiap-tiap petang jalan pasti sesak. Ditambah pula keadaan cuaca
dekat kawasan tadahan hujan ni tak menentu. Tengah elok panas terik, kejap lagi
tiba-tiba je hujan. Situasi macam ni kerap kali jadi dah.
Jadi untuk langkah berjaga-jaga ramailah yang memilih kereta
untuk ke tempat kerja masing-masing ye dak. Bila dah semua pakat naik kereta, petang je, jalan raya automatik jadi padat gila. Keadaan ini tidak
normal seperti hari biasa. Sebab apa aku kata tak normal? Selalunya aku Cuma
makan masa 15-20 minit je dari tempat kerja ke rumah. Tapi sejak puasa ni makan
masa 45 minit atau lebih untuk sampai kerumah. Grrrrr….situasi ini sangat-sangat
me-nensyen-kan aku..!
Maka, di bulan yang penuh kemuliaan ni aku begitu selesa
kalau merempit je ke tempat kerja. Bukan saja jimat masa, tapi yang paling best
boleh cilok-cilok. Selain cilok-cilok kelebihan bila naik motosikal adalah
boleh ikut jalan pintas. Tak perlu ikut jalan jauh, tak kena tempuh bazar Ramadhan
yang saban hari aku tengok padat betul dengan lautan manusia. #setakat ni aku
belum jejak Bazar Ramadhan.
Tapi, aku naik motosikal tak selalu. Sebulan seminggu je.
Lagipun abah memang tak galakkan aku naik motosikal, katanya bahaya. Pada aku
tak adalah bahaya mana. Tapi disebabkan abah pernah ternampak kelibat aku satu
masa dulu, terus abah tak bagi aku naik motosikal, kata abah aku bawak
gila-gila. Sejak pada tu, kalau aku nak naik moto, abah mesti bising.
Err..padahal cilok mencilok tu normallah kann. Kalau naik moto tapi ikut je
belakang bontot kereta , baik tak payah naik moto…Hehehe.
Pesan aku, pada anda diluar sana, kalau naik merempit ke
tempat kerja tu hati-hatilah. Menunggang cara berhemah. Aku faham, tahap
kesabaran kita sentiasa diuji pada bulan mulia ni. maka, banyak-banyakkanlah
bersabar. insyaAllah, kita sentiasa dilindungiNYA..
Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Sekian, terima kaseh.
Kata Hati : Aku pernah tinggalkan motosikal hampir 3 tahun. Bila aku mula nak naik motosikal balik, aku rasa macam takut giler..!
.
34 ulasan:
sbnarnya memang bahaya bagi pompuan nek moto ni sis . sebab beg tangan tu 1 . lagi 1 keselamatan diri tu . kalau kereta ada dilindungi pintu :)
bahaya tue...cilok mencilok hihihi
memang masa bulan puasa,start pukul 5 keatas jalan jadi jem n sesak..mmg mguji kesabaran gitu..pernah gak sampai umah dekat2 nk maghrib..hehe sabar jelaa kan..
yui ni ha dah jadi rempit sejati plak..huhuh
me-nensyen-kan?? perghhh perkataan baru! hahaha.. bahaya la nur naik motor.. lebih terdedah kpd eksiden..huhu.. amboihh nur merempit! padan la abah x bagi bawak..haha.. ni mat rempit tgk pun mau kecut.. x jadi race.. hahahaha..normal la kan, musim perayaan mmg jammed gilos.. deqla blk keja pun berdpn ngan situasi cam tu..mmg la deqla dok saje.. tp dok saje dlm bas tu pun naik lenguh jugak..sakit pinggang , dgn nak terkucilnya lagi..kohkohkoh.. deqla penah bawak motor.. tp takot2.. serius deqla mmg jenis penakot la nur.. huhuhu.. eh pjgnya komen deqla.. dah mcm buat entri..hahahaa..(saja nk tunjuk bukti deqla baca entri nur ni dari awal smpai abis.. ) ;p
Sama la ngan akak..dah lama tak bawak motor..bila try bawak ari tu, ketaq ja tangan ni..ha ha ha
Salam sayang ciknur…huhu..nur percaya tak kak intan dulu takut gila naik motor..pernah naik dengan abang firdaus mula2 dulu masa tu x kawen lagi..masa baru2 kenal..dia bawak naik moto pusing bulatan kat kl..kak intan punya gayat..keriau sakan ..dia ingat muhung..rupanya bila berhenti dia tengok ayaq mata berjujuran..hahah…tapi la dah x takut dah..kadang2 dia slow kak intan kata ish awat slow sgt nih..ekekekke
aku tak reti bawak motor.
mak ayah aku tak bagi belajar...
Senyum part abah nampak bawa motor tu :) hati2 d jalanraya ya.. kdg kita betul tp org lain yg buat silap
alah rilek arr baru 3 thn..Ai dah tggal 7 thn daaaa.tu yg skali naik aritu boleh tersenyum ats tanah tu.moto naik tuan plak...kahkahkahkah
dah lama tak naik moto
bila naik moto rasa jakun je hhahaa
lagi satu sebab orang dah mula bershopping. tu yang sesak lain macam tu..
MV tak reti bawa motor
ganas jugak ya nur..haha..sempat lagi cilok mencilok
salam ciknur... maaf bau sempat terjah sini...
jaa dah lama tak bawak motor sejak dah pandai drive kete sendiri ni cik nur... hihi... bukan x sudi naik, tp rasa pyah nak naik sbb takut terselak kain dan susah nak kendong handbag... tu yg jaa mls nak naik tuu... nak gi kedai runct pun jaa drive kete... heeee!
Bulan2 puasa ni memang elok naik motor pun gi keje. Senang nak cilok mencilok. Dulu time keje pun bawak motor gak. Pantas! haha!
lama tak merempit sebab moto masuk bengkel. wuuuuul...lingkup poket naik kereta gi keje. hmmm
haha...zaza pun belum jejak lagi bazar ramadhan..nur kalau bwa motor jgn rempit tau..hihi
jtnik ikea.
akak lansung tak reti bawak moto ada lesen kete jer..takut bawak moto or naik moto ni..tp x semestinya naik kete selamat cuma % nya lebih safety sikit je :)
ayu dh 2 thun ni rmpit tegar ke kerja nur.haha
lya sndiri pon agk tkut sikit naik motor.. sbb kdg2 kt dah tlalu bhati-hati.. tp kenderaa2 lain tu.. selalu perlekehkan penunggang motor.. kbykan y jd mangsa kecuaian kderaan besar adalah motor.. tp ye la.. mde2 naik apa pon klo nk jadi, jd je kan.. cuma kt kna stiasa bhati-hati & boda mogaslamat
bagi saya naik moto mmg sangat bahaya la cik nur..mak saya pun mmg tak bg adik beradik pmpn saya blaja moto..lesen pun xde..skang ni nak bwk moto pun sy takut..huhu~
muja ada lesen motor,, tapi sampai sekarang takut naik motor, ekeke
kali terakhir merempit adalah 2007. Lepas tu dah memang tak berapa konfiden nak bawa motor sebab dah biasa bawa kereta dan rasa bawa kereta lebih selamat.. Kenangan merempit terlalu banyak zaman study. Tayar pancit kat highway, enjin mati tiba-tiba dan jadi superman sbb eksiden.. hehe..
kesimpulannya, dah takut nak naik motor sekarang ni.. hihi
Makan masa boleh kenyang tak? hehehe (joke boroboro) ;P eh I lagi lama kot tak naik motor, dekat 8 tahun jugak la sejak eksiden.
Cik Nur,!!! rindu..... ♡
jgn merempit, ibgatla org yg trsayang.
CiM tk bemoto gi keje pun ttp merempit. tp klau gi bazar or shoping kt tmpt yg sesak, mmg kena bemoto gk.
cuak juga bawak motor sebenarnya. rasa lebih selesa kalau berkereta... feel more secure.
Nani first time blaja motor terus accident smpai cacat motor tu.. Lepas tu serik dan tkut nk belajar motor. Dlm hati konon berangan nak naik ninja kawasaki. Cehhhh.
busyra reti naik motor. cuma tak dak lesen ja. hehe
ayut klu nek motor bila mood bek mmg slow jer..follow je bontot kete..tp klu tgh mood tak bek mmg cilok mencilok adlh sesuatu yg perlu :D...
akak pun same nur. takut nak naik motor. huhu.
cikna dah lama tak rempit ni. last time aritu je. gian dah ni. hihi..
wani dh lama xbw motor...klu nek kt jalan raya rasa ketaq2 juga hihi
Catat Ulasan