Assalamualaikum…
Terciptanya entry ini disebabkan WW #71 semalam. Dan dari
situlah TERCIPTANYA KENANGAN TERINDAH antara saya, awak dan dia…
Hamboii...Intro, kemain ehh…! Ehh...sebelum tu..Kepada Kakak berdua, Izinkan Nur teruskan cerita ini yea...Hehehe ^_^
*Jom Baca Versi ChicNa DISINI dan Versi Cik Ai DISINI
*Jom Baca Versi ChicNa DISINI dan Versi Cik Ai DISINI
Sebenarnya dah lama tau aku teringin nak jumpa dengan
blogger yang duk tengah-tengah dalam gambar WW #71 semalam. Selama ni telefon je yang menjadi penghubung antara kami berdua.
Berbicara tanpa suara pun boleh buat kami rapat tau. Gelak tawa, dan segala
rahsia, Selain Bulan dengan dialah selalunya aku bercerita. Dan bila dah
terlalu akrab, memang keinginan nak berjumpa tu membuak-buak hokayy..! Walaupun
sesaat pun jadilah, yang penting wajib bertentang mata. Itu sudah memadai.
16 Ogos 2013. Jumaat lepas, dengan senang lenangnya tepat
9.30 pagi aku gerak ke Kulim, Kedah. Lepas jemput Kak Ai, kami terus bertolak ke USM,
Penang. Lebih kurang dalam 12 lebih sikit macam tu, barulah 3 pasang mata
bertemu.
Sebenarnya berbulan kot
merancang pertemuan ni. Sebelum puasa lagi. Ingat tak Percutian Spontan bulan
lepas? Ikut perancangan awal memang plan nak terbang ke Kelantan. Tapi tak jadi
sebab buzy kerja. Dan sebelum Percutian Spontan lagi memang kami dah tahu,
blogger tu memang nak mai utara. Dan dari situlah mulanya perancangan kami
bertiga…
Ada ke yang dah tahu siapa blogger yang aku maksudkan? Sebab
blogger yang aku jumpa ni Taukeh Coklat tau..! Aku pasti, siapa yang pernah
tempah coklat, atau pernah dapat coklat dari blogger ni mesti tahu tentang
kecomelan coklat-coklat yang beliau hasilkan. Sampai aku sendiri pun tak
sanggup nak gigit coklat-coklat tu tau….comel sangatt..!
Bila dah sebut pasal coklat ni, tentu ramai dah tahukan,
siapa blogger yang aku maksudkan…! Siapa lagi weii..Dah tentulah Chic Na…Ratu
Coklat…!!
Perasaan dapat bertentang mata dengan Chic Na? Tentulah besttt…!
Antara nak tak nak percaya je bila Chic Na dah menyelinap masuk dalam kereta.
Nak curi-curi pandang cermin pun aku malu tauu..! <-- Ayat minta penampo
Chic Na….Hahaha.
Kami spend masa tak lama. Sebab Chic Na rushing nak balik
Kelantan. Tapi masa 2 Jam lebih kami bersama rasa macam kejap sangat. Kami Cuma
bawa tempat yang Chic Na request je. Tempat pertama yang kami tuju adalah kedai
makan. Chic Na nak makan Nasi Kandaq. Nak pergi Line Clear macam jauh sangat, Jadi
kami pergi Restoran Nasi Kandar Nasmir area Jelutong. Dekat restoran inilah ada
satu insiden spontan yang berlaku. Sampai sekarang kalau ingat balik akan buat aku ketawa
sesorang. Hahahahahaha…
Lepas dah kenyang, kami gerak terus ke Bazar Chowrasta. Untuk
pengetahuan semua, Bazar Chowrasta boleh nak dikatakan dalam town jugaklah.
Jadi, risiko terlibat dalam kesesakan lalu lintas tu lumrahlah. Nak tak nak
kena tempuh. Tapi alhamdulilah la, hari tu parking senang pulak, walaupun main
letak sesuka hati je kann..Hahaha.
Gambar candid dekat atas ni, semuanya ihsan dari Kak Ai. Terima
Kaseh Kak Ai…! Boleh nampak tak betapa khusyuknya Chic Na memilih. Aku tukang
menyibuk je. Hehehe. Lepas dah selesai dekat sini, kami kena gerak hantar Chic
Na balik ke USM balik. Alahai, kejap betul rasanya. Memang tak puaslah.
Bila dah sampai USM, kami berfotogedik kejap. Lepas dah
selesai nak tak nak kami kenalah lepaskan Chic Na pergi. Serius berat hati tau
nak bagi Chic Na naik hostel. Ai dah
masuk dalam kereta, aku tak masuk-masuk lagi.Hahaha.
Lepas hantar Chic Na, aku ajak Ai pekena ABC tepi laut. Jadi
kami terus gerak ke QueenBay. Tapi hampehh..satu gerai pun tak buka lagi.
Yelah, belum petang lagikan. Jadi kami terus ke Butterworth cari jeruk. Ikutkan
dekat town pun ada, tapi tak sanggup nak tempuh jammed weii…!
Lepas selesai shopping jeruk, terus gerak balik. Singgah
kejap beli ABC dan Cucur Udang. Sampai rumah Ai, lepak sambil makan dan hirup
ABC. Lepas tu terus siap-siap balik Taiping. Bertolak dari rumah Ai dekat pukul
6 macam tu, Aku sampai rumah dalam lagi 15minit pukul 8 malam. Lambat sampai
sebab aku singgah R&R Alor Pongsu. 20 minit jugaklah aku menapak dekat
R&R tu. Semuanya gara-gara mengantuk yang tahap gaban..!
Apapun, Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Ai pun dah
selamat sampai, Aku pun dah selamat sampai, Chic Na pun dah selamat sampai
Kelantan. Dan bersyukur sangat-sangat segala perancangan dipermudahkan olehNYA.
Tanpa Izin DIA tak mungkin kami dapat bertemukan..
Harap lepas ni Chic Na tak serik jumpa aku lagi. Hehehe…
Kata Hati : Pengakuan jujur dari aku, Chic Na orangnya
sangat sweet tahuu….!
.
43 ulasan:
Waaa! Bestnya. Cik nur dah sampai kampung yana ni, hihi!
bestnya dapat jumpa ratu coklat..hehehe. ada minta coklat sikit tak??hehehe
seronok berjumpa rakan2 blogger ne kan....eca baru jumpa 2 org je.hehehe..insyaallah, klu dpt jumpa ciknur d KL bulan 11 nanti :D
terus sambung citer tu... huwaaaaaa... saje bikin org jeles tau cik nur ni... syok le kan korang.. smpai ke penang berdating.. tp nape x ajak miss banu skali? kan ke dia dok penang.. kesian miss banu disisihkan.. hakhak...sambung jeles lagi la... huwaaaaa.. ;p
wahh dating smpi ke penang jmpa shbt blogger... pnglmn menarik n seronok..!
sonoknya dpt jumpa..
dgn yui bila lg? hihi..
best dapat kawan dengan blogger kan..heww
eee jels btul lah ngn hampa 3 ni..haha..tdak blh jmpa sama.huhu..next plan jom g kelantan.haha..
ok!
kata hati - penggunaan kata "kakak Ai" tu sgt la x sesuai..berbulu ja kaki baca.hahhaha
harap noted lps ni ye!
erkkk mesti insiden kat ns kandaq tu yg awk teringat JIM kan..kan..kan..ngeeeeee
cantik lah nur edit edit gambar tu .. fiza tak sabar nak g penang lagi..waaa januari ni:)
lma x mellui jmbtn p.pinang...
dah agak semalam tu cik na...best nye dapat jumpe cik na...teringgin nak jumpe cik na jugak...entah bile la dapat jumpe ..;)
wahh..bestnya g jumpa chic na..nk jumpa jugk!! hehe
akak familiar dengan bloger ni nur, blogger yang frenly :)
good luck.
cantik gambar2
huhu..bestnyer korang..siap leh jumpa2 lagi.. lya ni susah la kalo jauh2..
td baru jengah entry cik ai
beznye u olls..berjimba sakan
gegirl ayu2 semuanya
Cik naaa rupanya....
Yela..tiga2 sweettttt♥♥♥♥
Pasni Blela nur bawak cik ai. Cik na mai taiping...n singgah umah irfan. .heheheee
krim slam dgn che na.
tempat2 menarik akak pergi. seronok habis >.<
ni chic na yg buat cokelat tu kn? kt usm rupanye. chuu ex-usm. salam kenal cik nur :)
alaaaa...tengok pic nur ni rindunya nak balik penang....waaaaa...
saje je nk komen arini.. serius rindu hari ni seminggu yg lalu.. sweet moment itu.. huhu..
wah. bahagia.
sedapnya makan abc.. =) p.pinang antara tmpt yg zaza teringin nak pergi.. xpernah jejak lagi..huhu
Wah2...seronoknya jumpa chic na...hihihi
eh lupa nk tanya.. yg kes plan sebelum percutian spontan tu ape hei? cikna xtau pun..
dtg penang ker awat x habaq hihi den dok kat ayer itam penang.
Salam aidilfitriiiii
Assalamualaikum nur
maaf lama xsinggah sini
wah best la nur dgn ai dpt jumpa chicna..jeles sat haha
Tumpang happy.. Ada juga keinginan jumpa kenalan blog.. tp malu ;)
dah dye buat cekelat kira logikla orgnyer sweet....hehehe...kuling2
mmm. ni yg jeles ni.nape tak ajak ciksu sama.. huhu
cikna, cik ai, chicna dah jumpa.dengan ciksu bila lagi.hihi
wah bestnya..semoga perhubungan nur dan cik ai dan cikna berkekalan hingga ke jannah..termasuk perhubungan dengan akak dan blogger blogger lain..amin
percaya tak kalau jaa cakap masa gambar ww#71 tu jaa dah tahu yg gambar tgh tu adalah chicna, sbb jaa mmg cam sgt2 muka dia... hihihi..
cuma tak komen jer masa tu, jaa jadik silent reader sbb rushing x punya byk waktu utk bw, singgah baca kejap2 aje...hihi..
syok la dapat jumpa chic na.. nanti bulan januari depan datang la Usm lagi... boleh jumpa jaa jugak... kekeke...
p/s : tak jumpa ayu ke masa tu? bukan ke dia pun buat pjj usm?
Dalam gambar tu ChicNa ker? Yayyyyyy finally dapat tatap rupa ChicNa, even I wasnt there, tapi tetiba rasa macam pengubat rindu pulak baca entry u ni (overdrama tak me?) hehehe serius ni, I pulak excited.
Sumpah jeles >.<
wah bestnya.....first time nampak gambar chic na
Aiseh skangnikan malu kalau nurul nak jupe sesiapa sbb mak aii badan dah demok.kne kurus semulani.huhu..besh korang
Huwaaaa jeles lg bila baca kat sini...
pegi penang...best yer.senang je kan nk rapat dgn kawan baru bila mmg sekepala :)
huwarghhhhh.....kamu bertemu, daku cemburu!!!
seronoknye~~~
Catat Ulasan