Assalamualaikum…
Terciptanya entry ini disebabkan
WW #71 semalam. Dan dari
situlah
TERCIPTANYA KENANGAN TERINDAH antara saya, awak dan dia…
Hamboii...Intro, kemain ehh…! Ehh...sebelum tu..Kepada
Kakak berdua, Izinkan Nur teruskan cerita ini yea...Hehehe ^_^
*Jom Baca Versi ChicNa DISINI dan Versi Cik Ai DISINI
Sebenarnya dah lama tau aku teringin nak jumpa dengan
blogger yang duk tengah-tengah dalam gambar
WW #71 semalam. Selama ni telefon je yang menjadi penghubung antara kami berdua.
Berbicara tanpa suara pun boleh buat kami rapat tau. Gelak tawa, dan segala
rahsia, Selain
Bulan dengan dialah selalunya aku bercerita. Dan bila dah
terlalu akrab, memang keinginan nak berjumpa tu membuak-buak hokayy..! Walaupun
sesaat pun jadilah, yang penting wajib bertentang mata. Itu sudah memadai.
16 Ogos 2013. Jumaat lepas, dengan senang lenangnya tepat
9.30 pagi aku gerak ke Kulim, Kedah. Lepas jemput
Kak Ai, kami terus bertolak ke
USM,
Penang. Lebih kurang dalam 12 lebih sikit macam tu, barulah 3 pasang mata
bertemu.
Sebenarnya berbulan kot
merancang pertemuan ni. Sebelum puasa lagi. Ingat tak
Percutian Spontan bulan
lepas? Ikut perancangan awal memang plan nak terbang ke
Kelantan. Tapi tak jadi
sebab buzy kerja. Dan sebelum
Percutian Spontan lagi memang kami dah tahu,
blogger tu memang nak mai utara. Dan dari situlah mulanya perancangan kami
bertiga…
Ada ke yang dah tahu siapa blogger yang aku maksudkan? Sebab
blogger yang aku jumpa ni Taukeh Coklat tau..! Aku pasti, siapa yang pernah
tempah coklat, atau pernah dapat coklat dari blogger ni mesti tahu tentang
kecomelan coklat-coklat yang beliau hasilkan. Sampai aku sendiri pun tak
sanggup nak gigit coklat-coklat tu tau….comel sangatt..!
Bila dah sebut pasal coklat ni, tentu ramai dah tahukan,
siapa blogger yang aku maksudkan…! Siapa lagi weii..Dah tentulah
Chic Na…
Ratu
Coklat…!!
Perasaan dapat bertentang mata dengan
Chic Na? Tentulah besttt…!
Antara nak tak nak percaya je bila
Chic Na dah menyelinap masuk dalam kereta.
Nak curi-curi pandang cermin pun aku malu tauu..!
<-- Ayat minta penampo
Chic Na….Hahaha.
Kami spend masa tak lama. Sebab
Chic Na rushing nak balik
Kelantan. Tapi masa 2 Jam lebih kami bersama rasa macam kejap sangat. Kami Cuma
bawa tempat yang
Chic Na request je. Tempat pertama yang kami tuju adalah kedai
makan.
Chic Na nak makan
Nasi Kandaq. Nak pergi Line Clear macam jauh sangat, Jadi
kami pergi
Restoran Nasi Kandar Nasmir area Jelutong. Dekat restoran inilah ada
satu
insiden spontan yang berlaku. Sampai sekarang kalau ingat balik akan buat aku ketawa
sesorang. Hahahahahaha…
Lepas dah kenyang, kami gerak terus ke Bazar Chowrasta. Untuk
pengetahuan semua, Bazar Chowrasta boleh nak dikatakan dalam town jugaklah.
Jadi, risiko terlibat dalam kesesakan lalu lintas tu lumrahlah. Nak tak nak
kena tempuh. Tapi alhamdulilah la, hari tu parking senang pulak, walaupun main
letak sesuka hati je kann..Hahaha.
Gambar candid dekat atas ni, semuanya ihsan dari
Kak Ai. Terima
Kaseh
Kak Ai…! Boleh nampak tak betapa khusyuknya
Chic Na memilih. Aku tukang
menyibuk je. Hehehe. Lepas dah selesai dekat sini, kami kena gerak hantar
Chic
Na balik ke USM balik. Alahai, kejap betul rasanya. Memang tak puaslah.
Bila dah sampai USM, kami berfotogedik kejap. Lepas dah
selesai nak tak nak kami kenalah lepaskan Chic Na pergi. Serius berat hati tau
nak bagi Chic Na naik hostel. Ai dah
masuk dalam kereta, aku tak masuk-masuk lagi.Hahaha.
Lepas hantar Chic Na, aku ajak Ai pekena ABC tepi laut. Jadi
kami terus gerak ke QueenBay. Tapi hampehh..satu gerai pun tak buka lagi.
Yelah, belum petang lagikan. Jadi kami terus ke Butterworth cari jeruk. Ikutkan
dekat town pun ada, tapi tak sanggup nak tempuh jammed weii…!
Lepas selesai shopping jeruk, terus gerak balik. Singgah
kejap beli ABC dan Cucur Udang. Sampai rumah Ai, lepak sambil makan dan hirup
ABC. Lepas tu terus siap-siap balik Taiping. Bertolak dari rumah Ai dekat pukul
6 macam tu, Aku sampai rumah dalam lagi 15minit pukul 8 malam. Lambat sampai
sebab aku singgah R&R Alor Pongsu. 20 minit jugaklah aku menapak dekat
R&R tu. Semuanya gara-gara mengantuk yang tahap gaban..!
Apapun, Alhamdulillah semuanya selamat sampai.
Ai pun dah
selamat sampai, Aku pun dah selamat sampai,
Chic Na pun dah selamat sampai
Kelantan. Dan bersyukur sangat-sangat segala perancangan dipermudahkan olehNYA.
Tanpa Izin
DIA tak mungkin kami dapat bertemukan..
Harap lepas ni Chic Na tak serik jumpa aku lagi. Hehehe…
Kata Hati : Pengakuan jujur dari aku, Chic Na orangnya
sangat sweet tahuu….!
.