Assalamualaikum..
Errr…serius kering idea sekarang ni. Blog pun dah berapa
hari tak buka. Normal bagi aku, bila tak ada idea, terus jadi malas nak buka
blog. Dan idea untuk entry ni pun sebab terbaca sesuatu tadi. Ehh..bukan pasal
minyak ehh yea, sebaliknya merdeka. Iye, pasal Merdeka. Kita baru je kan sambut
Merdeka hari sabtu lepas.
Dan bila aku terbaca komen Cik Aini dalam entry INI, terus
datang satu idea untuk aku kupaskan isu MERDEKAKAN HATI ni. Bila sebut pasal
Merdekakan Hati, pasti orang akan ingat tentang pengaruh-pengaruh hati dan
minda dengan budaya barat, k-pop dan sebagainyakan. Jadi untuk entry ni aku tak
nak cerita kearah itu, tapi nak twist sikit. Jangan tak tahu, merdeka ni
skopnya luas. Bukan hanya pada negara, malah pelbagai hokay.
Bila sebut pasal Merdeka Hati, sejujurnya hati aku sendiri
pun belum Merdeka. Iyea, untuk lupakan seseorang yang pernah kita sayang dan
suka bukan senangkan. Dan rasanya selagi aku begini, selagi itu kot aku akan
fikir dan ingat. Merdekanya hati, mungkin disaat sahnya aku sebagai isteri
kepada Hamba Allah yang belum tahu dimana keberadaan dia. Itu aku..kalau kalian
boleh merdeka awal, kira baguslahh..!
Hati perempuan ni lembut. Soft kalah teddy bear gituw. Tak
kiralah dengan siapa pun kita jatuh sayang, pokok pangkalnya kita mesti kuat.
Perit tu dah pasti, tapi percayalah semua rasa itu hanya sementara. Cuma kena
ingat, jangan lupa segala perit yang pernah kita lalui. Jadikan luka perit yang
kita tempuhi tu sebagai pengalaman untuk diri sendiri. Ingat, pengalaman yang melibatkan hati ni tak
semua sama. Lain orang, lain pengalamannya. Kalau sama, mungkin tak seratus
peratus sama. Cuma luka perit yang kita rasa itu adalah sama.
Macam mana pun perit kita rasa, kita kena terus melangkah.
Jangan disebabkan itu kita terus jatuh tak bangun-bangun. Haa..macam ni tak
naklah. Bina balik jalan untuk terus kita melangkah dan terus melangkah. Anggap
saja Allah sedang menguji hati hambaNYA. Orang yang diuji, adalah orang yang
paling dekat dengan Allah. Dan setiapa apa yang diuji olehNya, pasti aka nada hikmahnya..
InsyaALLAH…!!
Walaupun aku rasa entry ni macam lari tajuk, tapi aku harap
sedikit sebanyak entry ni dapat redakan hati yang sedang dilanda kegelisahan.
Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Jangan sedih-sedih, sebab
setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan..kan..!
Apapun jom Merdekakan Hati dan jom kita senyum selalu…
Fighting…Caiyokkk..!!
Kata Hati : Ini isu hati, bukan isu minyakkk..ehh..!
.
29 ulasan:
Merdeka!! I pun lepas baca entry Cik Nur ni, baru tersedar yang hati I pun belum merdeka sepenuhnya. Bukan hanya pasal sayang kepayang, tapi juga pasal isi dan pendam. So.. I nak lupakan perkara yang tidak perlu disimpan dalam hati. Mari lah kita. Chaiyok.
redha dgn ikhlas atas ketentuannya
redha terasa mudah dilakukan
tp bila membabitkan keikhlasan..sememangnya sukar
hanya Dia Maha Mengetahui apa yg tersirat di lubuk hati kita
oooh..rs menyimpang jauh pulak..hehe
aah..kenangan yg pernah menjadi milik kita, pasti sentiasa menghantui kita..rs resah..gelisah..
moga nur menemui jodoh terbaik dariNya
Admit that.. Part hati & perasaan ni mmg payah sikit nak merdeka.. Cuba dan terus cuba walaupun kdg-kdg sendiri makan hati.. Kt luar senyum, gelak.. tp dlm hati menangis sendiri.. Apepun, Fighting!!
Kalau sorang dah sakit.. kalau dua, tiga, empat?? :'(
Tetiba emo,
Ms Eleven
untuk merdekakan hati dari konsep dan isu yang dikupas ni, memang akan take time.... dan semangat kena jitu dan kental untuk fight...
kan..kann
sgt penting tu..Merdeka kan hati,bebaskan hati dr dibelenggu..bebaskan dr kemusnahan yg beradu..kekeke plg penting Merdeka kan hati kita dr penjajah2 luar,sakit hnya sementara,biar parut kekal selamanya :)
chaiyok2..
ehh ai suruh kita merdekakan perasaan , bknnya hati la nur.. hahahaha..eh tak sama kan..?? ;p
apapun setuju dgn entri ni nur.. sekali gagal, tak bermakna gagal selamanya.. pengalaman mendewasakan... ;)
ye nur.. terus senyum ye..
insyalalh.. lepas ni hati akan tenang
jom ..mari2 merdeka kan perasaan masing2...hehehe
jom cikna kta merdekakan hati ;-)
aha, merdekakan hati..bagus tu, akk pun ada sesuatu yang membelenggu di hati ni ..hurmm
betul tu nut hidup kena teruskan dan kita kena melangkah dari hari ke hari...tabahkan hati..Allah S.W.T xkan menguji kita melebihi tahap kemampuan kita
jom kita merdekakan perasaan dari rasa iri dan benci kepada orang lain.
mari kita tenangkan hati.
Salam Merdeka Cik Nur yang cute! Hehehe..
WE ARE HIRING!^_~
betul tue hati perempuan ni lain..sekali sayang mmg payah nak lupakan
betul kan cnur..merdekakan hati... mendalam maksud tu =)
boleh kot.. inshaAllah.. cikna nak merdekakan fikiran sekali.. heheh..
selamat ulangtahun kemerdekaan :-)
merdeka..yg tak berapa nak merdeka masih tersekat
merdeka!!!!!!
dah merdeka pun...toksah dok pikiaq sangat ah...hehe
Mendalam komen cik ai tu.. :)
Nani nk merdekakan diri yg masih dibelenggu benda2 yg xpatut
Aja aja fighting Nur...
klau isu minyak naik 20sen.. isu hati naik brapa ekk? hikk...
hati kita....siapa lagi yg nak jaga kalau bukan kita.
tapi kalau rasa hati bagai di penjara, haaa eloklah merdekakan ia, cari lah bahagia di luar sana.
Hari2 akak merdekakan hati supaya tenang hihihi
Merdeka kan hati menuju Tuhan...
Semoga dipermudahkan...
Bila syg pasti terkenang2... apa pun pasti ada yg lebih baik Allah nak bagi. Masa tu baru kita sedar...
betul tu..
merdeka, merdeka!! selamat hari malaysia jugak!!
caiyok2~
insya'Allah ada jodoh tu depan mata, kena buka mata je~~~ :)
Catat Ulasan