Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan semua, ketika aku mula menaip entry ini,
waktu yang tertera pasa skrin lappy tepat pada pukul 2:22 pagi. sedia maklum,
ketika waktu ini, majoriti besar sedang lena diulit mimpikan? Dan tak lupa juga
ada yang baru selesai berwuduk untuk menyempurnakan Tahajud pada Maha Pencipta.
SubhanaAllah..!
Dan aku ketika ini, baru selesaikan mukadimah di atas. Ya..!
terasa kekok, janggal dan segala macam rasa untuk mulakan bicara tanpa suara
disini. BLOG. Sesuatu yang aku gilakan waktu ketika dulu. dan kemudiannya
bertukar menjadi biasa. Seterusnya sedang-sedang saja. Dan 8 januari lalu, semuanya
hilang macam tu je. Hilang tanpa rasa bersalah….
Sakitnya aku, bila mata ingin tertutup sementara. Peritnya aku,
bila bersendirian. Semuanya buat aku rasa takut. Takut memikirkan siapa aku
pada hari esok dan akan datang. Mampukah aku untuk terus hidup dalam duniawi
yang penuh cabaran ini. Ini semuanya merunsingkan aku…
Muhasabah. Itu yang selalu aku lakukan. Setiap apa yang
berlaku pasti akan ada hikmahnya. Redha atas apa yang terjadi. Ikhlaskan segala
apa yang telah aku lalui. Walaupun sukar, aku tetap akan cuba belajar terima
apa yang sudah pun terjadi. Cuba walaupun perit…
Waktu yang terpapar pada skrin lappy kesayangan sekarang ni,
tepat pukul 2:47 pagi. rasanya eloklah aku habiskan entry ni. Terima kaseh pada
kalian yang sudi singgah ke teratak ini. Kunjungan kalian amat dihargai. Dan
terima kaseh buat Ciksue, yang
tertanya-tanya kemana hilangnya Nur. Ade je, Cuma kemalasan je sekarang ni.
Hehehe.
Harap ini lepas ni akan ada entry ceria menyusul. Walaupun aku
sendiri tak pasti sampai mana aku mampu bertahan.
Oklah, aku habiskan penutup macam ni je yea..! InsyaAllah,
jumpa di lain entry…!
: 3:08 Pagi - PUBLISH
Kata Hati : Aku insomnia…!
.
12 ulasan:
Saya setuju dengan kata-kata yang dalam gambar tu. Dalam al-Quran pun ada kata "... bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
ada pun NUR,
moga teruskan berblog macam dulu2
take care :)
hehehe...tu la kan cnur..zaza pun kadang kemalasan... tak mcm dlu2... semangat..hehe
erkk npe tajuknya ragut? hehe igtkan nk cte psl len td.
ala, ciknur ni buat ciksu tanda tanya lagi... mmmm, ciksu doakan smga ciknur diberi semangat kerajinan kembali..aamiin :)
ceria2 sokmo ciknur.. jaga diri k :)
Nur Ok?
siapa yg ragut nur?? hehe..
jgn putus asa, ni semua hitam putih kehidupan.. kalau putih je tak syok la kan.. hihi.. :)
jam 3 pagi nur menghadap blog...wooo...klo yumida sure ngantuk keesokkannya. hope mood nur kembali lg berblog. rindu nak baca celoteh nur
ingatkan citer psl kena ragutlah tadi.haihh. suspen sungguh..ciksue mmg perihatin kan.. ngan deqla pun dia tanya.. hmm mood berblog mgkn dah x mcm dulu kot.. nk komen2 entri lps pun x smpt..
ceria2kan diri selalu cik nur! you can do it! :)
nur kalo dah start bhenti susah nk kembali nur..so buat biasa2 je nur :) kite seimbangkn yg mna patut k :)
nur kalo dah start bhenti susah nk kembali nur..so buat biasa2 je nur :) kite seimbangkn yg mna patut k :)
Catat Ulasan