Sabtu, 9 Ogos 2014

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » Tidak Seperti Dulu

Tidak Seperti Dulu





Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang selalu datang sini dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, pasti perasan perubahan drastik dekat teratak usang aku ni. Maksud perubahan tu, bukanlah tukar baju baru ke hape. Takk…! Tapi dari segi entry. Kalau dulu, boleh nak dikatakan saban hari ade je entry baru kan..! tapi sejak awal tahun 2014, semua tu jadi hambar…kurenggg..!

Rujuk gambar kat atas tu. Memang nampaklah perubahan tu kan. Kalau buat carta, memang jatuh merudum beb..! jangan kata merudum, sebaliknya tersungkur, tersembam segala ter lah yang ada. Hahaha.

Kalau tengok dalam gambar kat atas tu, bermula dari tahun 2010 sampai ke 2014, tahun 2012, boleh nak dikatakan aku ni bercinta dengan blog je. 391 entry dalam masa setahun. Nak kata hebat tu taklah, tapi waktu tu, blog segala-galanya.  Tahun 2013 pulak, masih berates entry tapi dah kureng sikit dari sebelumnya. Tapi tetap ada masa dengan BLOG.

Dan keadaan mula berubah, bila masuk 2014. Sendiri tengok, sendiri nilai. Bulan February je yang paling banyak entrynya. Untuk bulan Jun, langsungggg..! Julai, adalah satu entry. Ogos, entry ni baru entry ke-3. Mungkin ini entry terakhir bulan ni? Tak siapa tahukan..!

Sebenarnya perubahan ni, aku dapat rasakan. Yelah, sendiri punya hati, sendiri tahulah kan. Tapi aku tetap nafikan segala apa yang aku rasa. Iyelah, waktu dulu blog dan aku macam tak dapat dipisahkan kot. Kat office dulu, blog aje yang aku selalu hadap. Kiranya dah macam sebahagian daripada kehidupan.

Bila dah jadi macam ni, siapa aku nak menafikan semua ni. Aku dengan blog memang dah jauh. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, apa saja blog. Dari blog aku cari rezeki walaupun tak sehebat orang lain. Dan kerana blog ni jugaklah aku lepas drive ke Melaka untuk raikan gathering GSFian yang pertama. Tak lupa dari blog jugalah aku kenal sahabat maya. Walaupun tak pernah bersua muka, kalian memang daebak..!

Tapi semua tu dulu. Nak kembali macam dulu-dulu tu rasanya susah dah kot. Sebab bagi aku, masa aku sekarang ni terlalu terhad. Macam sekarang ni, aku hanya mampu up entry je. Nak blogwalking macam dulu, memang aku tak mampu. Jaedi mohon maaf buat semua, akalu tak tak kunjung balas ke teratak kalian. Maafkan akuu…!

Kadang-kadang tu, aku terasa jugaklah dengan perubahan ni. Tapi aku redha. Mungkin rezeki aku dengan blog ni sampai sini saja. Macam aku cakap, siapa aku nak menidakkan takdir. Kalau suatu hari nanti keadaan nak kembali seperti dulu, aku dengan lapang dada terima kembali untuk seperti dulu. InsyaAllah….!




Kata Hati : Hari ni birthday Acu..! Happy birthday Acuu..! Kaklong sayang acu 100juta kali..muahh..!


.

17 ulasan:

NusrahYahya berkata...

As salam amani....

akk sendiri pun dah lama tak menjengah blog sendiri apalagi nak blogwalking...

Smga amani sihat selalu..happy2! :)

Tie HT berkata...

akak pun macam dah kurang dengan blog, instagram pun..fb pun..tah ke mana diri ni pergi huhuk

Nastyna berkata...

tu la..dah la lama menghilang, pastu entry skerat dua jer. Takper la Cik Nur, u know better whats the best for u kan, tapi kalau ada masa, kami dengan sukahati nak tau perkembangan cik nur dari masa ke semasa, so up up la entry yer.

Unknown berkata...

wah hebat cik nur..tahniah ya..setia berblog melontarkan info yg kadang dari tikaman minda sendiri..itu organilitinya tu..bagus

Cik Ai berkata...

kan..kan!
sama lah kita..dah hambar siap tawar plak tu.huhu rinsu mcm dulu kan!

**Acu tu pun syg kak long more then 100 juta kali tau!ingt tu..muahhh :)

Unknown berkata...

Same like me. Mieya pon dah kurang nak ada masa untuk up entri. Blogwalking pon setakat 2-3 blog sahaja.

Deq's Qienz berkata...

selamat hr raya cik nur :)

inche hlovate berkata...

all the best dalam ape jua yg nur lakukan :)

Azian Elias berkata...

salam kenal..

sama je lah macam akak.. lembam je.

Si Matatajam berkata...

Moga dgn wajah baru ni, Mood Nur berbelog pun baru dan makin bersemangat lps ni... Miss u Nur...

Liyana Anuar berkata...

busy ye skang cik nur? takpe slow2 aje..asalkan tak hilang terus dahla..hehe :)

Kamsiah yusoff berkata...

akak pun sama...cuba paksa diri utk buat entri...tp tak menjadi..malas..takde mood...

Tanpa Nama berkata...

Tetap Semangat Aja ya ^_^
Anizan Alternatif Google Adsense
http://mas-aldi.org/2014/09/08/anizan-alternatif-google-adsense/

Wak Lat berkata...

Salam. Hee tidak mengapa.

Hermanbagus berkata...

salam cik nur

Unknown berkata...

deqla tgk entri deqla pun sedih..makin lama makin skit.. huhuhuh...

QasehnyaRania berkata...

normal la ciknor bila dh kja kat aeon gitu le.
blik kja dh penat.layan pnat la.dr segalanya.
masa dijb ciksu kja dngan aeon juga, bahagian HR :)
aeon tepen dh buka kan.. balik kuale boleh le singgah.