Memaparkan catatan dengan label GSF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GSF. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Ogos 2014

Tidak Seperti Dulu





Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang selalu datang sini dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, pasti perasan perubahan drastik dekat teratak usang aku ni. Maksud perubahan tu, bukanlah tukar baju baru ke hape. Takk…! Tapi dari segi entry. Kalau dulu, boleh nak dikatakan saban hari ade je entry baru kan..! tapi sejak awal tahun 2014, semua tu jadi hambar…kurenggg..!

Rujuk gambar kat atas tu. Memang nampaklah perubahan tu kan. Kalau buat carta, memang jatuh merudum beb..! jangan kata merudum, sebaliknya tersungkur, tersembam segala ter lah yang ada. Hahaha.

Kalau tengok dalam gambar kat atas tu, bermula dari tahun 2010 sampai ke 2014, tahun 2012, boleh nak dikatakan aku ni bercinta dengan blog je. 391 entry dalam masa setahun. Nak kata hebat tu taklah, tapi waktu tu, blog segala-galanya.  Tahun 2013 pulak, masih berates entry tapi dah kureng sikit dari sebelumnya. Tapi tetap ada masa dengan BLOG.

Dan keadaan mula berubah, bila masuk 2014. Sendiri tengok, sendiri nilai. Bulan February je yang paling banyak entrynya. Untuk bulan Jun, langsungggg..! Julai, adalah satu entry. Ogos, entry ni baru entry ke-3. Mungkin ini entry terakhir bulan ni? Tak siapa tahukan..!

Sebenarnya perubahan ni, aku dapat rasakan. Yelah, sendiri punya hati, sendiri tahulah kan. Tapi aku tetap nafikan segala apa yang aku rasa. Iyelah, waktu dulu blog dan aku macam tak dapat dipisahkan kot. Kat office dulu, blog aje yang aku selalu hadap. Kiranya dah macam sebahagian daripada kehidupan.

Bila dah jadi macam ni, siapa aku nak menafikan semua ni. Aku dengan blog memang dah jauh. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, apa saja blog. Dari blog aku cari rezeki walaupun tak sehebat orang lain. Dan kerana blog ni jugaklah aku lepas drive ke Melaka untuk raikan gathering GSFian yang pertama. Tak lupa dari blog jugalah aku kenal sahabat maya. Walaupun tak pernah bersua muka, kalian memang daebak..!

Tapi semua tu dulu. Nak kembali macam dulu-dulu tu rasanya susah dah kot. Sebab bagi aku, masa aku sekarang ni terlalu terhad. Macam sekarang ni, aku hanya mampu up entry je. Nak blogwalking macam dulu, memang aku tak mampu. Jaedi mohon maaf buat semua, akalu tak tak kunjung balas ke teratak kalian. Maafkan akuu…!

Kadang-kadang tu, aku terasa jugaklah dengan perubahan ni. Tapi aku redha. Mungkin rezeki aku dengan blog ni sampai sini saja. Macam aku cakap, siapa aku nak menidakkan takdir. Kalau suatu hari nanti keadaan nak kembali seperti dulu, aku dengan lapang dada terima kembali untuk seperti dulu. InsyaAllah….!




Kata Hati : Hari ni birthday Acu..! Happy birthday Acuu..! Kaklong sayang acu 100juta kali..muahh..!


.

Isnin, 21 Januari 2013

Khabar Dari Big Boss GSF





Sebelum tu, Mama Arina kirim salam rindu buat semua ya....!

Khas buat Family GSF, ini adalah pesanan dari Pengasas GSF. Mana yang bukan GSF pun jika kalian kenal Pemilik Blog Bunga Hati Mama ni, Harap entry ini terjawab kemana hilangnya Big Boss kami tu<--Ayat bikin konterabesi...Hahaha..!

Mesej ni diatas aku terima semalam, hari ni baru sempat sampaikan buat semua. Maaf atas kelewatan. Sila hayati mesej tu pelahan-lahan ye. Sekiranya sudah baca dan hayati, harap mesej tersebut jelas apa yang Big Boss sampaikan.

Jadinya buat masa sekarang ni, Big Boss tak dapat mengudarakan dirilah, sebab tak ada liputan untuk line P1 Max di Sabah.

Dan untuk Kak CiM, Big Boss mohon maaf sangat. Kata Boss, nanti dia pos baju tu ye. Dan Mama mohon maaf sebab tak dapat jumpa Kak CiM.

Dan pada Family GSF yang lain, Big Boss sampaikan salam rindu buat kalian semua..! 

Yang pasti, kita pun Rindu 150,000,00 kali dekat Boss kannnn...!


Kata Hati : Terungkai segala misteri...heeeee... :)
.