Memaparkan catatan dengan label Tersalah Orang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tersalah Orang. Papar semua catatan

Khamis, 25 Julai 2013

Tegur





Assalamualaikum.

Ehem..ehem. 
Nak bagitahu satu rahsia ni. 
Kaklong sayaaaaaangggggggg Mak...!
Itu je rahsianya.
Sekian..Heeee. 
^_^ 

Ehem..sambung entry. Ermm.. pejam celik – celik pejam,  kita sudah pun berada di kemuncak Ramadhan. Kalau sebelum ni kita mendaki, tapi lepas berada di kemuncak kita semua akan mula turun dari pendakian. Kenapa aku kata menurun? Sebab selalunya lepas 15 Ramadhan, masa akan berlalu tanpa kita sedar. Tup-tup tinggal 3 hari lagi je nak raya. Percayalah..!

Hokey…! Entry kali ni bukanlah nak sembang pasal raya. Sebab aku belum rasa lagi mood nak raya tu. Walaupun sekarang ni lagu raya sedang ligat diputarkan di radio, tapi aku tetap tak rasa lagi bahang nak raya tu, setakat dengar je la. Feeling tu belum ada. Entah kenapa aku tahun ni tahh..!

Untuk entry ni aku Cuma nak cerita, kejadian  malam 14 Ramadhan lepas, iaitu hari isnin malam selasa. Entah cemana aku TERnampak seseorang dalam masjid. Kebetulan hari tu aku dapat saf paling depan. Dan kebetulan pula kain langsir yang memisahkan bahagian jemaah lelaki dan perempuan terselak sedikit. Dari situlah aku TERperasan kelibat seseorang dalam masjid tu. Rasa macam tak percaya, sebab masjid yang aku pergi ni, jauh dari rumah dia. Aku siap tunjukkan mak lagi apa yang aku nampak. Bukan apa untuk kepastian, kot la aku tersalah orang. Tapi mak cakap, iyea..itu memang dia..

Bila dah TERlihat tu, automatik perasaan tu jadi TERkejut. Lama kot tak jumpa Hamba Allah tu. Kali terakhir jumpa pun aku lupa bila. Dan bila dah nampak tu, perasaan nak tegur tu memanglah ada, tapi malulah kalau tiba-tiba aku nak panggil dia dalam masjid tu. Tak pasal kena sekeh dengan mak. Hahaha. Tapi tawakal je lah, lepas terawih ada rezeki jumpalah kami. Malangnya, memang tak ada rezeki nak jumpa. Tak apalah..nak buat cemana kannn. Redho... ^_^

Oh yea..Hamba Allah yang aku jumpa tu, BFF aku. Aku pernah cerita pasal dia dalam ENTRY NI.

Dan kejadian 14 Ramadhan pula, seawal 8 pagi aku keluar rumah bawa mak shopping barang dapur. Tengah syok-syok angkut barang masuk troli, tiba-tiba je datang sorang perempuan yang dari jauh lagi memang duk senyum ke arah aku. Sebelum tu, aku buat tak tahu je, sebab aku fikir dia senyum kat orang lain kott. Tapi bila makin dekat dan nak pulak bahagian tu cuma aku dengan mak je yang ada, aku pun balas je lah senyum dia. Nanti tak balas orang kata sombong pulak ye dak..!

Bila dia berhenti betul-betul depan aku, aku jadi pelik. Sambil tu, aku beri laluan pada dia, kot lah aku ni menghalang laluan dia. Rupanya tidak, dia memang nak jumpa aku. Yang tak tahan, siap pegang kedua-dua belah tangan aku ni, ala-ala jejak kaseh gitu. Muka aku time tu memang berkerut gila dah. Sempat aku pandang arah mak, tengok mak nak tergelak, tapi tahan. Tak lama, orang tu tanya aku

“Tak kenal ke?

Errr..memang tak dinafikan, waktu dia tanya tu, aku memang blur gila. Dalam hati tertanya-tanya, siapa pula ni...! nak kata tak kenal karang kecik hati pula. Kalau kata kenal aku memang langsung tak kenal. Lama jugalah aku diam sambil duk tengok muka dia. Manalah tahu kalau-kalau dia ni client aku yang dulu-dulu. Almaklumlah, aku ni kan pelupa.

Bila dah lama diam, nak menipu aku tak sampai hati. Jadi jujur aku tanya dia siapa. Sebab otak aku dah tak boleh ingat siapa dia. Bila aku ajukan soalan, muka dia tiba-tiba berubah. Err…tak niat tau nak kecikkan hati dia, berterus terang lebih baik dari menipukan. Soalan aku di jawab dengan soalan. Dia tanya nama aku pula. Sekali lagi aku jujur bagitahu nama penuh aku. Yang nak tergelaknya, lepas tahu nama penuh aku terus dia minta maaf. Katanya salah orang. Pelanduk dua serupa rupanya. Kata dia aku betul-betul seiras dengan kawan dia, tapi nama lain. Hahaha. Haishh…lawak pulak aku rasa.

Dah 5 minit berlalu,bila difikir-fikirkan balik, aku kagum kot dengan perempuan tu. Dia ada keyakinan yang tinggi. Kalau kita tentu teragak-agak nak tegur seseorang yang dah lama kita tak jumpakan. Contoh terdekat macam aku laa, memang sah orang tu aku kenal, tapi nak tegur segan. Hahaha. Tapi perempuan tu tidak, dengan penuh yakin dan muka penuh keterujaan, dia siap pegang  dan gengam tangan aku ni. Kalau kita, berani ke nak buat macam tu tiba-tiba? Hahaha. Dan Selamatlah di perempuan, kalau lelaki kompem aku menyorok belakang mak. Hahaha.




Kata Hati : Dalam dunia ni, ada 6 lagi muka yang sama macam kita….
.