Rabu, 1 Februari 2012

Home » » .:: SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI ::.

.:: SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI ::.

.








Segmen pertama, di hari pertama bulan kedua bagi tahun 2012.

Ambil keputusan untuk join segmen yang di anjurkan oleh blogger terkemuka di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari atau nama manjanya, abang ketak-ketak. Heee…! 





Kalian Nampak tak cermin mata di mata di atas tu? Cantik tak?

Cantikkan?  Aku memang rabun jauh. Tapi tidak gemar bercermin mata putih kerana  runsing, seolah-olah ada benda yang menghalang penglihatan aku.

Tapi kalau cermin mata bergaya bak kata abah aku, dengan gediknya, aku selalu jugalah mengayakannya.

Nak pula waktu bila mana matahari betul-betul terpacak tegak di atas kepala, memang cermin mata bergaya amat diperlukan ketika menunggang motosikal ataupun memandu kereta.

Tapi untuk cermin mata di atas, sedia maklum ya, itu adalah cermin mata khas Edisi Ben yang hanya boleh di miliki oleh seorang yang bertuah di Malaysia ini. Siapa lagi orang tu kalau bukan aku. #aicehhh…bangga japp..! Heeeee…. ^____^

Istimewanya cermin mata ini ialah reka bentuknya yang sangat unik. Selain menjadikan si pemakainya cun serta merta, cermin mata ini juga turun berfungsi sebagai pelindung di kala mata lebam seperti panda akibat tak cukup tidur.

Tapi jangan risau, ada fungsi yang terselindung di sebalik cermin mata ini. Ianya boleh  mengurut biji mata secara perlahan tanpa meninggalkan rasa sakit pada si pemakai. Tahu-tahu bila buka mata jadi segar bugar malah segala lebam turut sama hilang. Lihat mata aku, bebas dari lingkaran hitam. Hebat o..!

Dan yang paling menakjubkan, cermin mata ini dapat melangsaikan segala hutang-hutang yang ada pada kita JIKA, pemakainya memakai 30 hari berturut-turut tanpa tanggal walaupun dalam tidur, mahupun mandi ataupun waktu nak pergi buang ukk-ukk.

Sebaik sahaja cermin mata itu di tanggalkan pada hari yang ke 30, segala loan bank, ptptn, loan rumah, loan kereta, segala macam loan akan langsai SERTA MERTA…!!

Dan sekarang dengan memiliki cermin mata Edisi Ben ini, aku hanya mampu tersenyum dengan girang setiap hari, setiap masa, setiap minit mahupun setiap saat kerana apa yang membebani aku selama ini  sudahpun selesai.

Mudah dan menakjubkan bukan? Apalagi, segera dapatkan cermin mata Edisi Ben di laman sesawang www.benashaari.com.

Ehhh…chop..chop…!!!  Maaf le…aku dah memilikinya. Ini satu-satunya cermin mata yang ada, kalau ada dua bukan Edisi Ben leww tuww. Itu tentu cetak rompak punya.  

Haa..haa.haa…tak mo pakai yang cetak rompak..! nanti mata penuh ketumbit..tak tau rrr…!

Kesian…eh..silap..SEKIAN…!! Heeeeee  [^___~]



Kata Hati : Kalaulah cermin mata dalam cerita rekaan ni wujud, saya NAK SATUUUU Bro....!!!

.

18 ulasan:

Mak Usu berkata...

haha... Mak Usu pun nk jugak la cermin mata tu..hihi

Zaza Iman berkata...

wah..cermin mata awk ni pun hbt juga..beli satu..hehe

salam kenal :)

Fatin Liyana berkata...

hye3!! yana datang dari segmen yang sama. jom baca cerita yana pulak. =)

dya nasir berkata...

dya nak cermin mata nur..xnak cermin mata palsu.. hehe

fRaMe+LenSeS berkata...

nadh nak satu. nak.. nak.. adiahkan laa. :D ehhee. limited edition. :D

Tanpa Nama berkata...

nk pnjm spek mata limited edition tu!!!!!ekekeke

kis berkata...

hehehe...hebatnya cermin mata tu, boleh mgurut lagi...

Tanpa Nama berkata...

best2 ! hihi

saffiya_aleesya @ echa berkata...

nak satu cermin mata mcm ni..leh mengurur mata tu siap pakai lama2 bila bukak leh settle hutang hahhaa

Lady Milo berkata...

cermin mata pembayar hutang.. haha

Zaza Iman berkata...

terima kasih nur atas ucapan hari jadi tu :)

Zaza Iman berkata...

terima kasih nur atas ucapan hari jadi tu :)

ecadwinkyasha berkata...

cermin mata jualan abang ben mmg popular

Ummi Alesya Sofea berkata...

hihi,snyum2 sorang2 akak bc entry awak.. :)

Ummi Alesya Sofea berkata...

hihi,snyum2 sorang2 akak bc entry awak.. :)

bebeldotsorang berkata...

Wah boleh langsaikan hutang?nak satu spek cmni hehe...best2

Najwa Zahari berkata...

Wah kalau la wujud cermin mata macam tu! Best2! sangat kreatif sekali :D

Tak rugi rasa bila baca!

Dari segmen yang sama~ Gud luck~ ^^

Miss N™ berkata...

Terima kasih semua, sudi membaca.... :)