Isnin, 27 Februari 2012

Home » » .:: Wanita Di Luar Sana, Berhati-Hatilah ::.

.:: Wanita Di Luar Sana, Berhati-Hatilah ::.

.



Alhamdulillah. Hari ini dapat lagi kita keudara secara tidak langsung di sini. Syukran YaALLAH, atas kesempatan yang telah Engkau berikan.

Selamat hari isnin semua..! Selamat berkerja, Selamat Ulangtahun pada kalian yang mungkin menyambut ulangtahun apa saja. Moga selamat semua hendakNYA..! 

Amin..!!

Okeyh. Kejadian ni seingat aku, berlaku dalam bulan ni Februari 2012. Dari Ipoh kemudian singgah di Bandar Di Raja. 

Kemudian dalam perjalanan balik ke Bandar Warisan, mak kat sebelah mengadu kata nak buang air. Ikutkan malasnya nak singgah mana-mana dah. Sebab penat sangat dah rasanya.

Tapi nak tak nak kena berhenti jugalah. Sebab mak duk bising-bising kata tak tahan. 

Kalau atas lebuh raya tu, kita semua tahu kan, tandasnya agak selesa bila nak di bandingkan dengan tandas pump minyak di mana-mana. Tapi tak semua tandas pump minyak kotor. Cuma segelintir saja.

Sampai di satu pump minyak ni, bila nampak tanda simbol tandas wanita mak cepat-cepat turun. Aku memang parking tak jauh dari tandas tu, adalah lebih kurang dalam 3 meter.

Aku cuma perhatiankan mak menuju ke tandas yang bertutup rapat pintunya. Mak baru melangkah dua tiga tapak, pintu tu tiba-tiba terbuka. Serentak dengan itu mak segera PATAH BALIK menuju ke kereta. 

Aku sendiri terkejut, dan kalau aku di tempat mak pun aku TAK MAHU masuk tandas tu. Sebab takut bercampur geli tambah dengan menyampah..!

Sebab apa..? Yang keluar dari tandas itu seorang LELAKI dengan reaksi muka senyum gatai tahap cipanzi..!

Sebelum beredar dari situ, sekali lagi aku tengok simbol di pintu tandas tersebut..! Sah memang tandas wanita. Di sebelahnya pula tandas lelaki. 

Tapi kenapa lelaki tu mengunakan tandas wanita?Tanpa pengawasan siapa-siapa di luar..? Sedangkan tandas lelaki elok je kosong..! 

Kalau ada orang yang tunggu di luar. Mungkin tak rasa takut sangat. Macam aku ke Terenganu 2 tahun lalu, Terpaksa gunakan tandas lelaki, aku minta sepupu tunggu di luar. Kita selamat, orang pun tak terkejut bila tengok kita keluar dari tandas lelaki kan..?

Tapi lelaki tu tidak..! Haiisssh..Memang geram je rasa waktu tu. Tapi dalam masa yang sama, takut jugalah.

Kalau nak fikir jahat, macam-macam kita boleh fikir. tapi tak nak bersangka buruk, mungkin dia darurat kot waktu tu..! Mungkin kan...?

Apa-apapun, bagi wanita di luar sana. TOLONGLAH berhati-hati. Tak kira cara apa sekali pun, kita kena berhati-hati. Jangan terlalu berani, dan jangan pula terlalu takut. 

Dan pada ibu-ibu, jangan biarkan anak-anak anda, tak kira lelaki atau perempuan ke tandas sendirian walaupun di mana-mana RnR. Sebolehnya temankan mereka. 

Kita cegah sebelum menjadi mangsa. Bolehkan..?


Kata Hati : Sebab lelaki tu, aku terpaksa balik ikut lebuh raya, semata-mata nak singgah tandas di RnR Bukit Gantang. 

.


30 ulasan:

Reena Sidek berkata...

kalau sy pun terkejut... tiba2 lelaki keluar tandas perempuan....

Sarah Mnasir berkata...

uish bahaya nye..

Liyana Anuar berkata...

yelah, skang ni mmg bahaya..macam-macam hal leh jadi~

Unknown berkata...

selalunya tandas di pam minyak akan berlaku begitu.Fahz pernah mengalaminya sendiri.marah sgt2,sampai ter"sound" budak tu.mereka kena hormat hak awam.kalau dah papan tanda tandas wanita jgn la masuk.tapi hakikatnya rakyat malaysia tak pernah peka tentang tu..kita cuba utk jadi rakyat yg prihatin tetapi ada segelintir masyarakat tak ambik peduli.susah2..ehh sori terlebih membebel pulak.

Ct Aja berkata...

Hihihi... apesal laki tu guna tandas prmpuan...ke pondan kot..hihi

Miss N™ berkata...

Lelaki tu bukan pondan..dia lelaki biasa...

bila kita pandang ringan, mcm nilah jadinya...kan.

M@W@R Q@SeH berkata...

kesian kt mak nur...skrg ni kt mana2 pn kena berhati2...

Putri Lagu berkata...

ohh lelaki....

aku HaniAsyira berkata...

ish2.. buat org terbabtut jela kan..

Miss Zue berkata...

bahaya..gile seks la tu..puihh.

Zaza Iman berkata...

kena berjaga2..zaza pernah tsalah masuk tnds lelaki...haha..tp time tu xde org..haiyoo..

.........cP~ berkata...

Aigoo..Ngeri je rasa.. Huhu.

mirmashi94 berkata...

mcm2 ragam manusia nie . btw , scary laa lau tjumpa lelaki mcm tue . huhu >.<

Nyue berkata...

iye ....menakutkan jer..tnds pompuan n yg kuar lelaki...bahaya sgt..

Unknown berkata...

eish. bahaye ny. takut la. cam2 bnde leh jadi skg ni.

Miss N™ berkata...

sekarang ni kita memang kena lebih berhati2 kan.. bahaya ada di mana2...

Unknown berkata...

hah.. apa laki tu buat kat toilet wanita? pelikt btol la..

ecadwinkyasha berkata...

serius mcm ne puwn ada?.ishhh.memang lelaki2 zmn skrg ne dah berani sgt...takut betul jadi cmne..

tu pasal eca xsuka nak masuk tandas yg xde pengawasan...biarlah masuk berbayar.lagi selamat...even byr 30sen!.muahahaha

dya nasir berkata...

mungkin dah darurat kot..

Liza Razak berkata...

kdg2 stesen minyak ni sengaja bukak tandas 1 shj.terpaksa jugak belasah tandas lelaki

whitecappuccino berkata...

bahaya betul! pernah singgah tandas kat stesen minyak tengah malam..tandas kat belakang sangat terpencil..serammm..apa2 boleh jadi kalau sendirian tanpa teman.

Cik Ai berkata...

ai dh byk kali kena camtu cik nur..ada dua toilet dh asing laki pompuan tp tgk suka2 je masuk kat mn2 pun..last2 tahan je =p

owh pandai cik nur TAG ai ye =)

Ayu berkata...

Ish!suka suka hati jek laki tu!btl tu mmg kne teman slalu,skg ni mcm2

akuamir berkata...

hamboi,, bahaye sangat,,haha.. selamat malam cik NUR...^_^

eh,, zaza nur iman^_^ salah masuk tandas??haha

AnakPakZohar berkata...

saye pon memang seram nak masuk tandas kat r&r or stesen minyak. melainkan ramai orang... huuu~

uncle gedek berkata...

sebab tu uncle masam... kalau uncle senyom, orang kata senyom gatal

Iffika | Ruslan berkata...

sy pun suka jugak masuk tandas laki ni cik nur . tapi dululahh , time sekolah rendah hahaha .

Mak Usu berkata...

ish..pelik2 kan sekarang.. harap2 kita dijauhkan la mcm tu...

Miss N™ berkata...

kalau tandas tepencil ni, nak guna mintalah sapa2 temankan..

lagi ramai lagi bgus.. kalau pergi sorang2 bahaya..!

Arina Shamsul berkata...

Agaknya tadi ada orang kot tandas lelaki tu sebelum dia masuk,memandangkan sudah terkeluar kepala ehem2 maka dia pun belasah je tandas perempuan tu,hahaha.

yup dear! saya setuju,kita kena sll berhati2..

CIK nur,boleh pun bawa botol berisi cili padi kisar sebagai senjata keselamatan?boleh gitewww?kekeke..