Memaparkan catatan dengan label Cerita Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Kami. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mei 2018

Dua Kosong Satu Lapan






Alhamdulillah, 
Alhamdulillah, 
Alhamdulillah.

Pertama nak ucap, syukran pada yang Esa kerana diberikan kesempatan buat aku untuk terus berceloteh tanpa suara di sini. SubhanaAllah, siapa sangka kan, hampir setahun aku hilang dan akhirnya kembali jua. Nasib baiklah aku tak lupa password. Kalau tidak entahlah…huhuhu.

Entry terakhir aku, tak silap November tahun lepaskan. Sekarang dah Mei 2018. Hampir separuh tahun, aku kembali dengan entry baru. Untuk pengetahuan kalian, ketika aku tengah menaip ni, aku sedikit mengeluh jugaklah. Almaklumlah, aku terfikir, lepas entry ni, bila pula entry baru akan menyusul. Minggu depankah? Bulan depankah? Tahun depankah? Semuanya jadi tanda tanya. HAHAHA.

Sebenarnya bukan tak rindu tau dengan blog ni. Aku rindu sangat, tapi apakan daya, kekangan waktu yang membuatkan aku tak sempat nak berceloteh apa saja dekat sini. Dan sama jugaklah seperti entry sebelum ni. aku harap dengan masa yang terluang sekarang, tambah pula dengan idea aku yang memacam ni, harap aku mampu untuk terus berbicara tanpa suara disini seperti tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah.

Kalau sepi jugak, entahlah nokkk..! memang Raja M tak mau turun pangkatlah jawabnya. Hahaha. Oklah beb, aku rasa sampai sini sajalah celoteh kali ni. InsyaAllah ada masa kita jumpa dilain waktu ya..!

Wassalam..!




Kata Hati : Banyak benda yang aku nak ceritakan, tapi entah dari mana aku patut bermula.

.

Selasa, 23 September 2014

Hati ~ Maafkan Beta...!





Assalamualaikum.

Masih ingat pada aku? Akulah, manusia yang kian pupus dalam arena blogging ni. Err...sejujurnya, aku kekok nak menaip dekat sini. Tersangat kekok okay..! Aku tak sangka pula, entry sebelum ni betul-betul jadi entry last bagi bulan lepas. walhal, time wujudnya entry tu, aku terasa macam nak endingkan satu entry yang tak tergantung macam tu je. Tapi apakan daya. Aku terlalu letih. 

Wujudnya entry ini disebabkan diri aku yang terlalu stress..! Dan bila mana aku sendiri tak dapat nak kawal apa yang aku rasa ketika itu. Tak mampu nak bendung dengan apa yang terjadi di sekeliling aku. Maaf, seandainya entry ini berat untuk difahami. Segala apa yang ada disini semuanya keluar dari minda aku.

Kadang-kadang aku amat terasa dengan keadaan disekeliling aku. Terasa dengan apa yang telah aku lalui. Terasa dengan jiwa yang kadang kalanya bergolak secara tiba-tiba. Pendek cerita, dalam semua hal, aku terasa..!

Aku faham, tak semua orang mampu jaga hati kecil kita. Sekurang-kurangnya cubalah untuk prihatin dengan jiwa kecil ini. Yea..aku akui, aku tak selesa dengan apa yang aku rasa. Sangat tak selesa. Sebab rasa yang aku rasa ni, dah berkurun tak menjelma dalam jiwa aku. Bila rasa itu muncul, kehidupan aku jadi tak menentu...!

Tenangkan jiwa rasa, Harapan aku biarkan ianya berlalu dengan angin lalu...!

Itu je...


Kata Hati : Maafkan beta wahai hati.....!
.

Jumaat, 24 Januari 2014

Perak - Kedah - Pulau Pinang






Assalamualaikum.

Pertama nak bagitahu, entry ni AUTO PUBLISH yea. Ketika kalian baca ni, aku sekarang dalam perjalanan ke Butterworth Pulau Pinang. Ingat lagi tak ENTRY INI . Jadi, plan kali ni memang lama dah dirancang. Kiranya hari kami berjumpa itulah kami merancang untuk jumpa lagi. Dan sekarang, aku dalam perjalanan ke sana.Taiping ke Butterworth tak jauh. Dalam 45-60 minit sampailah.

Oh ya..! Dekat Butterworth nanti, Kakak ni datang jemput aku. Kiranya malam ni dan malam seterusnya kitaorang akan bermalam rumah dialah. Esok pagi insyaAllah, nak ambil sorang lagi Kakak dekat USM, Penang. Dan insyaAllah, kalau ada rezeki boleh jumpa Jaa Kechik dan Fiza.

Ermmm..okaylah yea..doakan moga perjalanan dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yea..!



Kata Hati : Pelik tak kenapa aku tak drive kali ni? Ermm... panjang citernyaaa... =_="

.