Sabtu, 3 Mac 2012
Home »
INFO
»
.:: Bila Bumi Datang...Kredit Pun Lesap...! ::.
Aik..! Pelik bunyi tajuk entru ni. Kita sememangnya berada di bumi. Dan bumi apa pula yang datang ni..?
Eh..! Jangan keliru ye. Bumi yang aku maksudkan hanya datang pada telefon bimbit.
Kalian pernah dapat tak mesej yang ada gambar bumi tu..? Kenapa aku panggil gambar bumi..? Sebab mak aku selalu dan akan bising bila mesej ni masuk.
Sebabnya, bila mesej bumi tu masuk, kredit telefon bimbit mak akan serta merta hilang, sebanyak RM3.
Bagi kalian mungkin sikit, tapi tidak bagi mak mahupun aku. RM3 boleh dapat 3 ratus mesej tau..!
Mesej ni masuk bukan seminggu sekali atau sebulan sekali. Tapi dia datang setiap kali selepas topup..! Bila topup je, tak lama lepas tu datanglah mesej bumi. Lepas tu lesap duit..!
Mak punyalah putus asa,sampai terpaksa tukar nombor baru. Sebab nombor lama tu asyik lapo selalu. Kejap je kredit lesap. Siapa tahan beb..!
Ingatkan rangkaian nombor yang mak pakai je bermasalah, rupanya rangkaian lain pun sama juga. Sebaba lepas mak, abah pula kena. Tapi abah taklah sampai tukar nombor. Cuma abah ke centre, dan bebel suruh blockkan mesej yang telan duit tu.
Dan siang tadi, aku pula dapat mesej bumi tu. Bukan sekali, tapi dua kali. Dua-dua aku reject..! Tak naklah...! Aku sayang kredit aku...dan aku sayangkan nombor aku..!!
Kata Hati : Seorang RM3, 10 orang RM30, 100 orang RM300, 1000 orang RM3000...Kayo..! Kayo..! .
.:: Bila Bumi Datang...Kredit Pun Lesap...! ::.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
aku pon pnah jugak kena mcm nih. hadeh. trus lesap krdit.
aduss. parah lah lau msm tuh. abes lesap.heheh
selalu jadi mcm ni num adik dya.. lepas topup je, kdt dia hilang..last2 smpai skrg tak topup lnsung dan beli num baru..
penah jugak dapat. tapi kredit tak pernah kena tarik.. huu.. susah gak camni kan
nasib baik saya tak pernah lagu kena camtu..hp murah je..huhu~~ :p
Salam.
Banyak kan kes macam ni? Saya rasa kena ada tindakan dari semua syarikat telekomunikasi untuk elak semua ni. Sistem pertahan tak cukup bagus.
penah jugak kena macam nie..
memang sakit hati.nak menangis pun ada..kita bkn pengecop duit nak hari2 topap..kan3..tapi dah okay dah skrg ;)
menyirap,, meyirap,,hahaha,, betul tuh,,, bole 300 msg,, sumpa sayang,,
sori cik nur,, busy,, nie badan letih giler nieh,, ^^_
ayh zaza pernah kena..buat report.skg dh ok
ermm...camne erk?akak tak penah dpt sms berbentuk bumi,Nur. huhu.
alhamdulillah.
ye eh awk?? sy ad jugak dpt msej tu tp x pnah cek kedit... kne cek ni..
benda ni kdg2 kedai topup tu bersetongkol dengan pihak yg cekik duit ni..sila la jangan topup masuk.beli kad topup sndiri..
oo kalau gambar bumi cik nur dah kenal ye,takpe kejap lagi sy suru hantar gambar matahari pulak..hahahha..eeeh?tak..tak! bukan saya yang hantar bimi segala bumi tu..hahaha.
pssttt..cik nur,kak tak pernah dapat lg msg tu,mintak2 jangan dapat la ye.hahaha
Catat Ulasan