Sabtu, 3 Mac 2012

Home » » .:: Segarang-Garang aku... ::.

.:: Segarang-Garang aku... ::.





Selamat berhujung minggu semua...! Pejam celik, celik pejam dah masuk 3 Mac 2012. Kejap je masa sekarang ni kan...!

Tup-tup dah tengah bulan. Tup-tup lagi dah hujung bulan. Masa sekarang memang sangat-sangat pantas. Seperti yang sudah tertulis di dalam Al-Quran. Itu tandanya, kita sudah pun berada di akhir zaman. 

Mengenai gambar di atas, Seperti mana yang kita tahu, baru-baru ni kecoh pasal sebuah pusat asuhan kanak-kanak.Yang di katakan dua orang pekerja di situ, berlaku kejam terhadap si comel di situ.

Dan mereka telah menampal plaster di mulut salah seorang si comel di pusat jagaan itu. Kalau kalian yang dah tonton video yang tersebar luas di laman muka buku pasti dapat bayangkan.

Terus terang aku cakap, aku hanya mampu menonton hanya sekali je video yang di sebarkan. Nak tengok buat kali kedua, aku tak sanggup. Kesian weh..!!

Kanak-kanak yang tak berdosa di jadikan mangsa untuk melepaskan segala kemarahan. Haishh..memang tak patut..!

Aku akui, aku memang garang. Tapi segarang-garang aku, aku tak sanggup nak buat budak-budak kecik macam tu. 

Jangan katakan budak-budak, kalau anak kucing terbiar atau mati tepi jalan pun aku tak sanggup nak tengok..! Kesian..!!!! sedih..sebak..!!

Itulah aku, nampak je garang. Kalau marahkan sesuatu pun, taklah sampai nak lepaskan pada budak-budak yang tidak berdosa. Banyak cara lain nak lepaskan geram kan..!

Jadi fikirlah sebelum bertindak.



Kata Hati : Aku teringin nak tahu apa perasaan 2 orang yang bersikap BODOH terhadap budak-budak dalam video tu..!


.

13 ulasan:

Yana Libra berkata...

kalau tak silap saya 2 org tu berumur 20 dan 22 tahun..adakah umur macam tu masih tak matang lagi??

mmg macam xde hati perut wat budak2 yg tak bersalah camtu..camnelah kalau org lain wat kat anak dia camtu agaknye..

AiSyA LiEzA berkata...

ades... kesian budak tu.. grrr.. >.< tidak ada belas kasihan ke?? --'

^_^ Zaza Nur Iman berkata...

org sekarang...mcm2 kan..kdg2 tkt nak htr.

Shazana Hanis berkata...

rasa sgt marah 1st time tgk vid tu..kejam! xlayak dipanggil manusia..binatang pun tau sayangkan anak dia..

Cik Aini Lavender's berkata...

ntah la kan mcm mn la depa tergamak wat mcm tu?kalo lah jd kat ank depa kan.masa tu kot br nk sedaq..
opss dh terkeluar bahasa utara kita la cik nur =p

Lady Milo berkata...

ni garang ke pemalas?
dia sealer tape mulut budak tu sebab taknak dengar budak tu menangis...?

Serius perangai macam mangkuk hayun la.

dyabunga berkata...

dya tak tgk video tu..tak sanggup nk tgk.. tgk pic tu kt blog nur pun dya dah rasa kesian sgt..budak tu kecik lagi dan tak patut buat cm tu..makin menakutkan orang zaman sekarang ni

::CIK LYNN:: berkata...

2 la...kcian sgt2...diorg bknnya tau apa lg...cba bygkn kalu org lain plak wat cmtu kn ank kita...huhu

faridah nazurah berkata...

orang yang takde hati dan perasaan je sanggup buat budak kecik yang langsung tak berdosa mcm tu.

NY berkata...

org gila je yg buat keje ni sebab org gila x ada akal!x waras~

eyqa amin berkata...

bila manusia sudah semakin tiada sifat penyayang....mcm niela jadinya.....akal da mcm kt bwk tpk kaki....

Diyana Norman berkata...

siyes bongok org yg buat mende tu.. takde akal...

Arina Shamsul berkata...

banyak rupanya entri cik nur kak terlepas tangkap..huhuhu.

sy pun tak sanggup tengok video tu,kalau saya ibu bapa budak2 tu,entahlah apa tindakan saya,saya bagi gula kot pekerja sewel tu..haih..macam2,rasa cam trauma lak nak suru org lain jaga anak.isk.