Jumaat, 27 April 2012

Home » » .:: Rabiatul Adawiyah ::.

.:: Rabiatul Adawiyah ::.





Rabiatul  Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu di miliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinyahanya untukNYA.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau di culik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain ALLAH dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain ALLAH. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada kekasih hatinya.


P/S : Antara 1-10 bintang, aku bagi 10 bintang untuk buku ni. Sangat best...!


Kata Hati : 
Buku  novel sejarah Srikandi Islam ni, memang terbaik. Tak rugi beli dan tak rugi kalau baca..! Terima kaseh pada kakak sepupu yang sudi pinjamkan aku buku ini...! Terbaikkk...!

.

22 ulasan:

Yana Libra berkata...

best ye? boleh try baca ni kalau jumpa~

@ deqla manjew berkata...

deqla ada kwn nama rabiatul adawiah..cuma da lost contact.. :)

9n0L4 berkata...

mcm pernah tengok buku ni. dlm cite kat TV kot. ;)

LELAKI INI berkata...

nak kena beli jugak lah ni..

Hanamiko Sakura berkata...

memang best.. lagi2 kalau pasal pahlawan2 islam ^_^

are_lin@yu berkata...

namanya cantik..msti secantik wajahnya kan...;-)

BERT berkata...

rajinnnya membaca... selain dari mengisi masa lapang yang bermanfaat.. dapat juga ilmu yang boleh dipungut untuk kita kan.. gudgurl :))

Masz Sidek berkata...

kan ada lagu rabiatul adawiyah... suka dengar lagu tu... :)

cendol berkata...

wah bestnye ! nak cari lah buku ni :)
zaaaasssssssssss

AdilaAzmir™ berkata...

rajin nye cik nur baca buku buku ilmiah mcm nih. hee, dila buku study pun tak sempat sempat nak baca semua selain kalau dah nak final. hahah:D

saffiya_aleesya @ echa berkata...

bagus juga kan dapat baca novel srikandi islam macam ni..kita ni asyik baca novel cintan cintun jer huhuhu

zaza iman berkata...

zaza bc entry ni pun dah rasa nak cepat dapatkan buku ni..tp kt sini tak tahu mana ade kedai bku, tak bpeluang jalan2 lagi..

aku HaniAsyira berkata...

la ingatkan beli sendiri.. keh2..

Miss BaNu berkata...

wahhh buku best tuh..huhu kt sini xde member nk tukar2 buku...huhu sggh boring..

Chic Na berkata...

mcm best je nur. boleh cari nanti. cikna skrg tgh baca buku Riwayat Bidadari Syurga, tentang kisah hidup serikandi2 Islam. pun best jgk. kisah Rabiatul Adawiyah pun ada. :)

✿Gucciey Lavender✿ berkata...

dah pernah baca dah buku nie .. pinjam lah kan . tapi serious ,gagah sungguh wanita ini .

whitecappuccino berkata...

buku2 macam ni sangta elok untuk bacaan,..suka juga nasyid bertajuk sama cam tajuk buku ni

-SUPERGIRL- berkata...

mcm best jee awk cte tntg buku nehh ..

nak kne beli nih .. hehe :)

si kiut lavender berkata...

siyes nak cari buku nih

tapi tak pernah jumpa..kecewa kowt

Arina Shamsul berkata...

wah..cam kak nak cari je buku ni dik.

insyaallah kalau kak jumpa kak nak beli gak..:)

dhia adawiyah berkata...

Rabi'atul Adawiyah jenguk blog awak kat sini . hihi . urm , wieya pun ada cari juga buku ni .. tapi , still tak jumpa-jumpa pun .

Si Matatajam berkata...

Dulu Ada rang ustazah ngajaq M pun Nama Rabiatul adawiyah.. Baik sgt ustazah tu..lemah lembut..