

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi.
Kerana di berikan kesempatan untuk kita bersua secara tidak langsung di sini.
Kalian semua apa khabar? Sekarang ni ramai yang demam ye..!
Kalau tak sihat tu, cepat-cepatlah bawa diri ke klinik berhampiran.
Jangan di lengahkan, penyakit sekarang ni bahaya…!
Bila dah jumpa doctor, mesti rasa segar sikitkan badan tu.
Tapi ingat..! Jangan lupa habiskan antibiotik tu..Penting tau..!
Silalah ambil berat atas kesihatan kalian semua.
Kalau boleh, biarlah kita ni pandai jaga diri.
Jaga kesihatan tu penting. Jangan jadi macam aku.
Akibat kedegilan yang teramat-amat sangat,
Pernah satu ketika dulu, aku langsung tak boleh minum ais. Huhuhu…!
Susah jugalah nak hindarkan diri daripada minuman berais.
Sebabnya aku ni memang hantu ais..!
Sikit-sikit ais…sikit-sikit ais..! Ais sikit-sikit..! Eh..boleh ke gituw..? hihihi.
Jadi bila ikut family makan luar pun.
Air minuman yang aku order semuanya kena suam-suam.
Contohnya macam gambar kat atas. Fresh oren suam..huhuhu..!
Padahal waktu tu punyalah dahaga gila. Memang tak puas minum suam-suam ni.
Apakan daya, demi kesihatan.
Tapi sekarang ni dah boleh dah minum ais.
Cuma dalam keadaan terkawal.
Nak minum tu memang kena beringat.
Contohnya kalau minum ais secawan,
Di cover balik dengan 2 cawan air suam atau air masak.
Macam tulah hari-hari sekarang ni.
Al-maklumlah, cuaca sekarang tak menentu.
Jadi kita kenalah pandai jaga diri.
Kalau ikutkan kehendak nafsu,
Sampai bilapun tidak akan puas kan..!
Dengan, jagalah kesihatan kalian ye.
Sebelum kesihatan kalian di jaga oleh orang. ß pepatah mende niiiii…?
Kata Hati : Sayangilah diri sendiri , sebelum kita menyayangi orang lain..!
.