Hamboiiii tajuk entry..!
Boleh bikin orang meluat nak ke sini lagi tau..!
Menghitung hari bagai meroyan apa kes..?
Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa.
Fikir punya fikir, letak jelah tajuk lagu keriss ni..!
Lagipun, itu salah satu “fevered song” aku.
Syahdu je dengar lagu tu.
Tapi nak feeling lelebih idok le pulokk..!
Walaupun, bakal menjadi SEBAHAGIAN daripada orang penting tak lama lagi.
Buat cool sudah. Nanti kalau aku gelabah, dia lagilah gelabah..!
Jadi kita tenang-tenang saja ye...!
InsyaALLAH, aku sentiasa di sisi kamu..!
Jangan nak jadi macam ayam.
Baru sebiji nak riuh sekampung.
Itupun belum tentu elok, kalau jadi telur tembelang.
Buat malu jew..!
Yolah, riuhnya bagai nak rak..! Alih-alih jadi telur tembelang.
Tak ke malu..?
Makanya, jangan terlalu riuh ye.
Tapi..Tapi..Tapi……
Jangan pula menjadi terlalu berahsia,
Kerana akan menyebabkan hati orang lain terluka.
Sekali dah terkilan, sampai bila pun aku ingat..!
Kata Hati : Buat kamu , Ada masa lagi nak berterus terang ni.. cepatlah, aku bersedia..!
.
34 ulasan:
nape ni cik nur?? jadi sebahagian apa?? arghhhhhhh.. stress xtaw pe.. sob2x
puitisnya kata-kata =)
apa yang dihigtung tu cik nur.. huhu
hari apa yg nur hitungkan???
kongsi2lah... heheheh ;p
kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya singgah Malaya Bikers Is Born
Menarik di blog mimi tentang--Konvoi Terbaru @ 2012
Terima kasih
hari apa lah yang dihitung2 tu dik ye,akk pun menghitung hari juga nak tahu perkara rahsia itu..
boleh hint2 sikit tak dik?hahaha.
mendalam ayat ni "Jangan pula menjadi terlalu berahsia,
Kerana akan menyebabkan hati orang lain terluka"
heeee... Nk hitung ari jugak la!!! :)
wuuuu mghitung apa tu :D gudluck yer :)
menghitung hari untuk apa lah tu? takkan iklan nuffnang tu kot? ehehe
sis pun duk menghitung hari gak ni :) nk balik kg !
ada berapa hari lg nur? meh cik na tlg countdown kan. :)
nak blaja wat coklat ngn cik na pun boleh. :)
lagu feberet dya juga..hehe
Macam gempak je Nur..
apakah????
betul la Nur, akak setuju..
kalo masih terlalu awal nak dok mencanang pun x elok sgt kan..
akak pun selalu beringat mcmtu..
Salam Nur..
Anty tunggu berita gembira.. :)
menghitung hari, jeng2...hihi
alhai kamu..
kita suka kamu...hikhik...>_<
rahsianya. entri suspen taw. hehe
wahhh..entry mcm ada mksud tersirat jekk.. jgn terlalu berahsia iyeaa...(^_^)
menghitung hari makan nasi minyak ke Nur :)
akak jenguk jp ni...
dah nak jadi milik org ke? congratesss
owh, ada makna yg lebih dalam pada tajuk post tu, kan? :)
cewaaahhh. fisha pon tgh menghitung ari gak tau.
kau menghitung hari untuk ape wehh? ce share sikit. ;p
menghitung apa nih??? ada rahsia di sebalik kata2 nur tu...haihh.. nk tau boleh?? :p
mesti dah x sabarkan.... hehe...ari yg ditunggu pasti menjelma....
apo ni cik nur? huhu. nak berrrrtunang keee.
adakah ciknur akan jadi kepunyaan seseorang nnt? hehe! nak tau nak tau!
tunggu hari bahagia ke cik nur..cepatlah kongsi..ehehhe :)
my feberet song too CN !
hitung hari utk ape tu cik nur??
menghitung hari.. detik demi detik.. tak sabar rsanya.. apakah....
cik nur nak kawin ke..hehe
apakah itu...buat suspen aje...
menghitung hari juga ni, nak tau rahsia Nur tu...:)
berkahwin? tunggu lamaran? auchh! gua nak kad bulih? hekhek
Catat Ulasan