Khamis, 2 Februari 2012

Home » » .:: " Ramlah Ram Tua Ke Muda? " ::.

.:: " Ramlah Ram Tua Ke Muda? " ::.

.






Pernah dengar lagu baru ‘SESAAT KAU DATANG’ dendangan Ramlah Ram dan kumpalan dari singapura, iaitu Sleeq.

Best jugakan lagu tu. Ternyata vokal Kak Melah, masih lagi mantap. Vokal dua orang anak muda dari Singapura itu juga tidak kurang hebatnya. Mantap gabungan vokal yang mantap..!


Kak Melah Dan Kumpulan Sleeq - Pinjam Google


Untuk entry kali ni, bukanlah aku nak kupas kisah Kak Melah ataupun dua jejaka tampan di atas tu ye. Tapi mengenai adik bongsu aku, yang baru kenal siapa RAMLAH RAM. Itupun bila dengar lagu 'Sesaat Kau Datang'

Kejadian ini berlaku petang selasa lepas, kebetulan radio HotFm sedang menyiarkan lagu “sesaat kau datang” tu lah.

Sebelum ni, adik memang pernah tanya aku, siapa perempuan yang menyanyi lagu tu. Bila di beritahu penyanyi perempuan itu namanya  RAMLAH RAM , dia Cuma diam.

Dan lewat petang selasa tu, tiba-tiba je dia tanya mak yang ikut sama ambil dia balik dari kelas tambahan.

“Mak, Ramlah Ram tu tua ke muda?”

Hahahahahaha…!!! Oh ya..adik aku baru berusia 12 tahun. Sudah tentu dia tidak tahu siapa kak melah, berbanding kita yang mungkin tahu dan kenal siapa kak melah.

Spontan je soalan tu keluar dari mulut dia. Mak di sebelah aku cuba menahan gelak. Aku? Bantai gelak berdekah-dekah. Adik aku, muka serius menanti jawapan dari mak.

“Muda ke tua?”

Tanya adik dalam nada tidak puas hati. Spontan tu juga mak jawab,

“Tua daaahhh”




Ehsan Google

Muka adik, memang macam tak puas hati. 
Balik, buka google, search RAMLAH RAM dan tunjuk pada adik, inilah RAMLAH RAM.

Sambil senyum-senyum malu bila tengok Ramlah Ram tu tak muda macam Nora Danish, Adira, Siti Nurhaliza… #bila mak cakap tua, dia tak percaya, tengok sendiri baru tahu..hahahaha..!



Kata Hati : sabo jeee lahh haihh..!!

.

15 ulasan:

Reena Sidek berkata...

hehehe... budak2...
tak pe... nanti suruh adik tengok mentor...

Suka dengar lagu ni...

Miss N™ berkata...

Masz, a'ah ye..kak melah de jadi mentor.. :)

Lady Milo berkata...

kak melah boleh dikata pangkat nenek?? teheehehehe

Miss N™ berkata...

LM, sesuai tu..hehehe

NorFarahin@aien berkata...

ada jugak generasi muda yang minat ramlah ram ni ek..
pe pun lagu ni bes kew..
xpenah dgr pn..
em..ain lw bab2 lagu ni..
mmg lambat sket..
out of date..
hihi~~

Mak Usu berkata...

haha..tapi muke ramlah ram mmg awet muda.. dan lagu dia tu mmg best la.. mcm bkn dia je bwk..

.........cP~ berkata...

Mesti dia ingat orang muda punya suara. Kalau kak Melah dengar, mesti dia suka..kih kih.

Tanpa Nama berkata...

kak melah ni awek muda la...x nmpk kedut pn...kesan mekap kot...huhuhu..
generasi Y mmg x knl dh otai2 lme ni..

dya nasir berkata...

suara dia yang muda..tu yang adik nur tak caye tu..hehe
p/s : kawan dia tak bagi upload pic tu lah..huhu..

Miss N™ berkata...

Wafa , adik nur tnya pun sbb dengar lagu ni..hihihi

Miss N™ berkata...

mak usu, suara kak melah mantap lagi kan...

Miss N™ berkata...

CP, kembanglah kak melah bila tahu ni..hehehe

Miss N™ berkata...

Ezad, kalau kesan makeup xpelah...hehe

Miss N™ berkata...

Dya, suara muda..hehe.. :)

Tanpa Nama berkata...

Saya suka lagu awak..Sesaat Kau Datang..sayang Kak Melah..drp Mak Andih