Isnin, 5 Mac 2012

Home » » .:: Panggilan RM10,000 ::.

.:: Panggilan RM10,000 ::.





Selamat hari isnin semua. Selamat menjalani tugsa kalian seperti biasa. Bermalas-malasan di hari pertama ni normallah kan. Esok oklah ni..! #uwaaaa.. <- - menguap..! #tak senonoh..!!

Entry kali ini lagi mengenai penipuan melalui telefon bimbit. Maaf jika sudah mual, tujuan aku untuk peringatan kita semua, agar lebih berhati-hati.

Sekiranya apa yang aku cerita ini terjadi pada kalian, kalian dah tahu apa tindakan yang harus di lakukan.
Penipuan melibatkan duit ni selalunya kita selalu terima melalui SMS kan.?

“TAHNIAH, ANDA MEMENANGI WANG BERJUMLAH RM20,000”

Lebih kurang bergitulah ayatnya kan..?

Hujung tahun lepas, aku pernah terima panggilan dari nombor pelik. Fesyen aku ni, kalau nombor peribadi terkeluar nombor yang langsung tak di kenali memang payah sikitlah nak angkat.

Kebetulan hari tu aku tak berapa nak sihat, baring je walaupun di office.

Nak tak nak, aku jawablah juga panggilan tu. Mana tahu kalau-kalau itu panggilan pentingkannn..!

Aku : Hello.. (dalam nada lemah)

Orang tu : Selamat tengahari cik. Saya dari menara telekomunikasi ****** ingin mengucapkan tahniah 
kepada cik. #seorang lelaki pelat-pelat Indonesia.

Aku: kenapa..?

Orang tu : Sebab nombor cik telah  terpilih untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai 10ribu ringgit. Tahniah ye cik, cik memang bertuah..! #nada gembira gila..!

Aku : Oo.. #memang aku tak de perasaan teruja langsung..! sebab tak sihat dan memang penipu ni..!

Orang tu : Cik boleh berikan nombor akaun bank ******* cik untuk memudahkan pihak kami masukkan wang ke dalam akaun cik.

Aku : Tak adalah.  #Ada sebenarnya ,ni tipu je..!

Orang tu : Bank ****?

Aku: Tak de.

Orang tu : Bank ******?

Aku : Tak de.

Orang tu : Tut..tut..tut..tut…tut… #talian diputuskan..!

Hamik kau..! ingat aku bodoh..! senangnya nak tipu duit orang. Kalau betul kita menang peraduan, tentu orang tersebut tahu nama kita, nombor kad pengenalan kita dan sebagainya. Ini tidak. Main hentam je.

Nampakkan..? diorang ni makin berani. Dan keberanian diorang ni makin menjadi-jadi.

Kita pula, jangan mudah percaya. Sebab orangmenipu ni, selalunya bermulut manis. Mungkin makan banyak gula gamaknya. Jadi ayat yang keluar dari mulut diorang manis belaka. Tak de pahit..!

Ingat..! Jangan sewenang-wenangnya bagi maklumat peribadi pada orang tidak kita kenali. Bayangkan jika aku bagi nombor akaun pada lelaki dalam talian tu. Lesap jutaan ringit aku..!  <- aku auta je ni..! Hahaha.



Kata Hati : Lepas ni kena lebih berhati-hati.. ^__^

.

25 ulasan:

M@W@R Q@SeH berkata...

klu ade nombor pelik naik kt tepon akak x jawab...klu pkir balik mmg la risau kot2 mmg org kita knl guna no tepon lain ke kn...tp klu btul ade hal dh x jwb msti diorang leh send msg bgtau kn...

Liyana Anuar berkata...

bahayanya..sampai call tu~~

::CIK LYNN:: berkata...

xyah dilayan...kita xmsok praduan pape, xkn la org sng2 nk kasi duit...

Nancypoh berkata...

Haha...panggilan mcm tu memang tak yah dilayan sngat..kan..slalu gak kena sms mcm ni..

dya nasir berkata...

memang bahaya pun..tak pasal2 menyesal..

Unknown berkata...

betul tu. dorang mmg makin lama makin melampau.. haha kan dah koantoi busuk yg dia tu penipu

Tyra Kamarudin berkata...

better jgn angkat kan . hehe

Iffika | Ruslan berkata...

pernah gak kena gini tapi dorang tak berani call la pulak . dahsyat3 ..

Zaza Iman berkata...

yup cik nur..kt fb ni mcm2 masuk..suh tu la ni la...tp 1 pun xlayan..mcm2 cra nak tipu skg ni..pelik2..

Nyue berkata...

yupp...jgn pcaya sgt...kalu kita pernah join peraduan..cnfrm kita tahu apa peraduan 2...kazen nyue pon pernah kena jgkk....asyik kol...dh xpaham ckp apa..selan indo arr

fizafantagiro berkata...

penah terima panggilan tak dikenali .. dia suh kita ikut apa yg dia cakap .. ayat dalam bahasa jawa .. ishh takut .. mesti nak mandrem dalam telefon .. kene hati2 ..

Miss N™ berkata...

bahaya kan..? ingt kalau dpat penggilan yg bukan2 cepat2 lah matikan talian.. risau..!

Unknown berkata...

iuypp , bahaya nih ! , tapi kadang2 bila dah call dari orang mcam nih , saje jer nak sembang lama2 , hehe , biar habis kredit dia , kui3 , sape lagi jahat .. :p

Miss N™ berkata...

hahaha..setuju dengan apix.. :)

BERT berkata...

amboiii kol terus plak dia haha.. mmg dasar penipu.. bgus tak terpedaya!!!

ecadwinkyasha berkata...

hari sabtu tu eca dpt call...tnya pasal apply kad apa lah...then dy suh bgi num akaun....terus jdi blur.eca suh call balik malam..dia cakap,"puan,bank tak buka malam"..terus eca cakap,"apasal bank skrg pakai number celcom eh?".terus dia letak...

Ayue Rejaluddin berkata...

Kalau btllah ada, rmi dh rakyat msia ni x yah keje dah kaya..
mau x, sebln kadang sampai 3-4 kali tpilih kan..
hehheheheheheh......

Unknown berkata...

banyak sngt la duit nak bagi kita rm 10 000 -,- . nampak beno nipunyer.. msg cam ni memang famous ames.

Cik Ai berkata...

cik nur..len kali ckap je ttggal no akaun dkt balai polis..soh dia call blk,compom x call dah.hahaha

.........cP~ berkata...

Salam. Ya Allah. Macam2 cara orang nak dapat duit dengan mudah ye?

Unknown berkata...

pernah dapat sms... kalo kol tak pernah... gler dorg brani

Unknown berkata...

betol tu...jgn mudah tertipu...tp ramai jugak yg mudah percaya kan? kita diberi akal so pk sebaik2nya...xkan perkara camni pun x leh nk pk kot kan? x logik betol!

Arina Shamsul berkata...

haits..saya tak komen lagi ke entri ni?haik?gimana peginya tu..rasanya saya orang pertama yag baca dan komen entri ni..hahahaha.perasan sekejap je boleh?hahaha.

ok ini komennya..hahaha:

saya pun dah berapa kali kena ni dik,tapi sms je la,call tak pernah lagi,tapi mereka yang buat camni nampak sangat tidak berfikir panjang kan?ingat senang2 ke nak bodohkan orang..kena lak cam kita yang pintar ni...ahaks.apa lah dorang ni,mudah2an dorang insaf kan.taklah menipu je keje..keja lain ada apa kan?dik kan?hahaha.

Unknown berkata...

bagus pun tak layan. skrg ni macam2 cara org nak buat penipuan. huhu

Encik H berkata...

ohoo..hahaha..bagus2..kalau x habis la jutaan ringgit cik nur..kehkeh..padan muka dia..jgn dia ingat org malaysia ni semuanya senang kena tipu..:D