Assalamualaikum.
"Akan tiba satu masa nanti,
Bila mana awak merindui saya,
Dan masa itu saya telah lupakan awak,
Sampai bila-bila....."
Kredit Miszpinkies
Salam 13 Ramadhan semua. Dulu dalam entry INI, ada aku
bagitahukan. Bila mata terkebil-kebil menunggu ketibaan mengantuk, mulalah
terkenang macam-macam peristiwa. Benda yang tersimpan rapi dalam kotak fikiran
di punggahkan kembali semata -mata mahu ingat setiap kenangan yang ada.
Dan tiba-tiba aku terasa nak
bercerita tentang ‘RASA’ masa lalu di
sini. Ikutkan tak perlu kot dikenang benda yang dah lepaskan. Tapi entah kenapa
aku terasa ingin bercerita. Pada yang sudi membaca, silakan. Sekiranya kalian
tidak berminat, aku tak terasa hati pun. Lagipun entry ini terlalu rumit untuk
kalian faham.
“Dulu..aku pernah sayangkan dia”
Pernah dengar tak dialog dekat
atas tu? Dialog tu dilafazkan oleh Linda Onn dalam filem Gila Bola. Lama dah
filem ni,tak silap tahun 2003. Aku tengok gitu-gitu je. Hanya dialog yang Linda
Onn lafazkan tu je yang aku ingat. Yang lain-lain aku tak ingat. #Masa Gathering dekat Melaka hari tu, ramai yang kata, suara aku ala-ala Linda Onn. Tang mana yang
ala pun aku tak pasti. Tapi yang sebetulnya, suara aku agak kasar. Kaklong
katakan…hahaha.
Okay, berbalik ke landasan yang
betul. Apa kena mengena dialog tu dengan aku? Sebenarnya tak ada kena mengena
pun. Dialog tu Cuma mengingatkan aku ‘TENTANG RASA’ yang pernah aku alami.
‘RASA’ suka terhadap seseorang yang pernah aku sukai. ‘RASA’ yang sukar
ditafsirkan jika ditanya kenapa dan mengapa. Tambahan pula ‘RASA’ itu bertahan
dalam jangka masa yang agak lama. Jadi jangan ditanya kenapa, sebab aku tak ada
untuk jawapan itu.
Dulu…aku fikir ‘RASA’ itu hanya
aku yang RASA. Tapi rupanya dia juga turut ‘RASA’ apa yang aku RASA. Bila kami
sama-sama ‘RASA’, perhubungan menjadi
saling lengkap melengkapi. Saling ingat-mengingati. Dan dari ‘RASA’ itu kami
mula kenal erti rindu-merindui. Dan akhirnya ‘RASA’ itu buat kami saling
sayang-menyayangi. Detik inilah kami kenal apa itu ‘CINTA’.
Hingga saat ini, aku akui dia
manusia yang baik sebenarnya. Dia terlalu menjaga kebajikan dunia dan akhirat
aku. Dia juga sentiasa ada disaat duka mahupun gembira. Selalu memberi kejutan
yang tidak disangka-sangka. Dan hampir setiap malam dia menemani aku ketika aku
mengalami insomnia suatu ketika dulu. Itulah dia sebenarnya. Cuma diakhir
hubungan kami, tindakan kejamnya buat aku kaku membisu.
Rasanya tidak adil jika aku terus
menghukum atas sebab satu kesalahan yang telah dilakukan. Padahal sebelum ni,
dia terlalu baik pada aku. Ya..pada mulanya agak sukar aku terima atas apa yang
terjadi. Tapi lama-kelamaan aku pasrah. Aku redha atas ketentuanNYA. Setiap apa
yang terjadi, pasti ada hikmahNYA.
Kalau sebelum ni, setiap hari aku
cuba meracuni fikiran sendiri untuk terus membenci dia, sekarang tidak lagi.
Walaupun ada alasan untuk aku terus membenci dia, tapi aku tidak sanggup hidup
dalam kebencian. Aku bukan pendendam orangnya.
Sebaliknya aku sentiasa berdoa,
moga masjid yang dibina bersama yang tercinta bahagia hingga syurga.
Cuma satu, hingga aku sedang
menaip entry ini, keberanian untuk berjumpa dengan dia masih ‘KOSONG’.
Seandainya terserempak atau berselisih bahu dimana-mana, aku rela akui tidak
mengenali dia. Bukan berdendam, Cuma aku belum bersedia.
Mungkin aku pemaaf orangnya. Tapi
untuk lupakan segala apa yang telah terjadi. Tidak mudah. Lebih terkesan bila
dia berpaling tanpa sebarang kata. Ya..TANPA SEBARANG KATA. Perkara inilah yang
buat hati dan jiwa aku benar-benar hancur. Seandainya dia putuskan cara elok,
aku masih boleh terima. Ini tidak.
Kini apa yang ada pada ‘RASA’
hanyalah KOSONG. Cuma, ingin kikis dia dari ingatan perlu makan masa. Seboleh-bolehnya
akan aku cuba sedaya upaya. Kerana aku
bukan siapa-siapa lagi pada dia. Dan dia bukan siapa-siapa lagi pada aku. Sudah
tiada ‘RASA’ , tiada ‘HATI’ , tiada
‘JIWA’.
Moga semuanya hilang dalam
ingatan seperti angin lalu. InsyaAllah, aku bisa..!
Hanya dulu weii…aku pernah sayangkan
dia.
Kata Hati : Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu…
.
30 ulasan:
first!
first tak?
Nur sama seperti Solehah.Seorang yg pemaaf.Tapi kenangan itu sampai bila2 xakan dilupakan. Kan?
rsnya quetes ni sgt sesuai utk Nur..kalo bkn skrg tp in shaa Allah satu hari nti :-
"akan ada masa satu saat nti awak akan merindui saya dan masa itu saya telah pun melupakan awak :)"
Tabah ye Cik Nur. Mungkin Tuhan nak bagi Cik Nur 'rasa' yang lebih baik dari itu..Insyallah..
*btw tengs sudi dtg blog kite wlupun dah lama x updet. hihi..
Salam Ramadhan ke 13..
emm...
anggap saje bukan jodoh okey?
nur akan lega masa tu...
sememangnya cik nur mmg tak bisa lupakan dia lagi..sbb apa? sbb byk kot rasanya entri luahan rasa mcm ni kat blog nur...huhu.. apapun deqla pasti nur bisa nnti ye.. cuma bila masa2 nur nak teringatkan dia tu, nur kena isikan masa tu dgn buat perkara2 yg membolehkan nur lupakan dia.. =)
sabar kak . keep the faith :)
YNWA :)
hurm...chill...every incident have a reason .. no doubt ... Allah know best :)
Tolonf teruskan hidup jgn sebut namaku lagi. :)
Salam 13 Ramadhan Nur
bila kita pernah sayang orang.. dan hati kita disakiti.. mesti kita kecewa dan tanak lagi ingat segala kenangan yang pahit... pernah rasa huhu
saya pernah rasai perasaan yang sama ni. tak apalah. rasa itu akan hilang satu hari nanti. sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.. :)
cite gile bola tu kan, akak igt lakonan datok fazley mmg kayu gile. hehehe.
sesekali terkenang takpe.. bagusla terus doakan kebahagiaan dia.. inshaAllah nur akan lebih bahagia.. ;)
pandai jugak miszpinkies tu bermadah ehh.. haha..
pengalaman lepas mengajar kita kak . :)
once dah tak suka sampai bila2 takkan suka...kenangan pahit mana mungkin jadi manis??huhu
yg penting pernah =)
sapalah dia tu kan..hehe..tp mmg ada ala linda onn la nur..ayt tu suka ja dgr linda onn ckp.hihi
Cieee... mantap sobat...
moga nur lebih bahagia...in sha allah nur bisa :)
ya sama jg dgn zaza, akan teringat sampai bila2..nak cri entah ke mana..
pengalaman byk mendewasakan kita kan nur
biarlah kenangan itu berlalu..babai
hati itu milik Allah..doakan yg terbaik buat semua hati..
eca pun perna sygkan dia,tapi dia lebih sygkn org lain.redha je la ciknur..nak wat camne,kalau ada jodoh, disyurga bertemu akan kita jadi bidadarinya..kikikiki
tak tahu nak komen apa..huhu..banyak dah org komen kat atas ni..
insya'Allah cik nur akan dapat lupakan dia :)
Akak pernah jugak merasai...waktu dulu2...hihihi
tapi kan suara nur mmg mcm linda onn...MV faham perasan nur..tp MV tak pernah alami.huhu
Bukan jodoh Nur…In Sya Allah Nur akan dapat jodoh yang lebih baik..Kak Intan doakan yang terbaik buat Nur…Amin..Pengalaman yg datang dalam hidup mengajar kita erti tabah…
cukuplah memaafkan...just truskan melangkah..pasti ada yg lbh baik..insyaAllah...
biasa r tu nur.. ada saat kt terkenangkan perkara lama.. adakalanya air mata blh mgalir.. tp cuma satu je la..anggap je knangan lama & perasaan tu sbg pmbakar smngt untuk kehidupan nur hari ni
In Shaa Allah nur boleh punya
Catat Ulasan