Isnin, 7 Januari 2013
Home »
1st Gathering GSF
,
JIWA AKU
,
SAYANG KAMU
»
Kenangan Terindah | 1st Gathering Melaka
Gambar bunga membuka bicara untuk entry kali ini. Bunga ni, tumbuh mekar di hadapan chalet Seri Pagi pada hari terakhir aku di Melaka. Dan sebut pasal Melaka, rasanya aku saja yang belum up entry pasal 'Gathering GSF' seminggu yang lalukan. Walaupun sudah seminggu, tapi segala kenangan tetap segar dalam ingatan pada mereka yang terlibat..! Betul atau tidak..?
Aku malas bebel panjang, di akhir entry ni aku akan linkkan entry family GSF yang terlibat. Jadi di entry aku kali ini aku cerita sikit-sikit je tau. Tapi awas..! Untuk entry kali ini memang banyak gambar...!
Bermulanya hari pertemuan, Sabtu 29 Disember 2012. Bersaksikan Parit Jowo Kami bertujuh bertemu tanpa diduga atas pekara yang tidak akan dilupakan. Dan chalet Seri Pagi pula, sekali lagi secara rasminya 8 pasang mata bertentang antara satu sama lain....!
Perbincangan dibuat secara ringkas. Walaupun sedikit terlewat perancangan harus diteruskan. Lepas asar, kami mulakan permainan...!
Sebelum memulakan permainan, wajiblah bergambar dulukan. Bagai mimpi bila sahabat alamaya bertemu di dunia realiti. Dan buat pertama kalinya juga aku bertemu dengan 7 blogger terkenal iaitu Mama Arina, Mama Lela, Deqla , Ayu dan Nyue. Manakala Kak M dengan Ai adalah kali kedua. Apapun, moga ukhwah kita berkekalan sampai bila-bila... Aamiin..!
Turut terlibat sama dalam perjumpaan kali ni, ialah Siti dan Neza, iaitu adik dan sepupu Mama Arina. Sicomel Khalish , Alesya Matlin Dan Alesya Razi. Tak lupa suami Mama Arina Dan Mama Lela iaitu Encik Matlin Dan Encik Razi. Yang lelaki mereka hanya menjadi pengadil dan ambil gambar.
Tanpa mereka tak akan adalah gambar-gambar adegan yang sentiasa mengeletek hati kitakan..! Jadi, kesemua yang terlibat dalam permainan yang akan berlangsung ialah 10 orang. Dan terbahagi kepada 2 Group. Group A dan Group B.
Ahli group A : Mama Arina, Ai , Deqla, Nyue Dan Neza.
Ahli group B : Aku, Mama Lela, Kak M , Ayu Dan Siti.
Acara pertama pada petang itu ialah kembar siang. Kenapa di panggil kembar siang, kalian cuba tengok Ai dan Nyue, betapa eratnya pelukan Ai. Kalau tak buat macam tu, macam mana nak bawa belon kan..! Jadi sebab tulah di panggil kembar siang.
Untuk acara kembar siang ni, memang tak terduga ada satu excident yang berlaku. Sekelip mata dan sepantas kilat. Masing-masing pulun nak menang sampai tak perasan putera Kak M melintas. Akibat ke-tidak-perasan itu, Team A tidak sengaja merempuh si putera raja. Lalu putera raja terus teriak "Aduiii..Aduiiii...Aduiii....Abahhhhhhh....!"
Cuba kalian fokus muka Big Boss..! Memang muka risau. Jadi untuk acara ini, Group A yang menang. Yeayyy...! Group B kalah....!
Acara kedua pula melibatkan getah. Nama permainan itu ialah 'Getah Asmara'. Memang asmara habis. Sebab kita hanya perlu pindahkan getah dengan hanya menggunakan straw yang dikepitkan pada mulut. Tak boleh cara lain. Cuba tengok gambar di atas, Captain Ai sedang menerangkan pada Ahli Group B. Dan kalian juga dapat lihat betapa bersungguhnya Mama Lela dan Siti mempraktis. Heeeeeee...!
Yang terbaiknya, bukan Mama Lela saja yang sedang berusaha. Putera dan puteri kesayangan Mama Lela pun sedang berusaha tanda sokongan kepada Mama Lela sekali gus untuk Group B. Ecehhhh...memandai je aku eh..hahahahah..! #Mama Lela, ampunkan daku yeeee...!
Nampak..nampak...! Sampai terduduk Ai dengan penangan asmara ni. Mana tak nya, tak pasal-pasal kena tojoh dengan straw. Selamatlah kena dagu, kalau kena mata, jenuh nak menjawab dengan ABANG POLIS tau...! Heeeeeeeeee.... #syokk oo sakat ai..! hahahahaha..!
Dan cuba kalian fokus pada putera yang dimuka pintu tu. Alololo sedihnya. Ibunya sedang berusaha memindahkan getah tu pada aku. Khalish tak sihat sebenarnya, tu yang dia duk teriak kat situ, nak ibuuu...
Aksi pro dari Ai..! Dia sedang berusaha untuk kegarisan penamat. Memang nampak kan kesungguhannya. Cuak jugalah waktu ni, sebab Ayu belum selesai pindahkan getah pada Siti. Aku memang ingat Group A menang dah untuk game ni. Rupanya tidak....lepas je getah selamat pindah pada Siti, terus dengan pecutnya Siti kegarisan penamat meninggalkan Ai di belakang. Dan sekali gus, Group B menang dalam game ni..! Yeayy....Group B menang..!
Posing dulu sebelum teruskan acara seterusnya. Pastikan kalian tenung muka sorang-sorang eh...! Lihatlah betapa ayu dan anggunnya kami. Lepas game pasti kalian akan terkejut betapa drastiknya perubahan pada muka kami semua..! Tak caya...? Tungguuuuuuuuu....!
Permainan sedang berlangsung. Aku dan Deqla wakil pertama untuk group masing-masing memulakn permainan. Dan nampak tak apa yang sedang aku lakukan..? Aku tengah tiup-tiup manja untuk dapatkan gula-gula. Penat kot buat tiup macam tu untuk dapatkan gula-gula. Sebab tu Kak M dengan sukarelanya mengajar aku dengan cara yang betul..! Iaitu benaman muka ke dalam mangkuk tu untuk dapatkan gula-gula.
Sekali aku angkat kepala tengok muka Deqla dah tenggelam dalam tepung. Apa lagi, terus bersemangatlah aku nak teruskan permainan. Chaiyokkkkk....!!
Hahahahahaha...Kalian nampak reaksi muka setiap orang dalam gambar di atas..? Aku sedang cuba mengelurkan tepung di dalam lobang hidung. Mama Arina pula tengah duk ketawa tak hengat..! Cuba fokus ke Ayu pula..! Adehlah...Setiap kali tetap gambar-gambar ni, memang akan gelak sentiasa tau..! See Mama Lela,..chaiyokkkk...!!
Nahh..! Hamikkk...nampak tak berapa drastiknya perubahan pada muka kami semua..! Bapak santaclaus, Ommak santaclaus dan anak-nak santaclaus semua cukup..! Memang enjoy game ni. Semua sporting gilakk..! Manakalah GPL dahi mantain tak kena..! Hahahahahahaa.... Oh ya..! untuk game ni, Group B menang, dengan kutipan 25 gula-gula. Yeay....!!
Nampak tak...Aku sedang gigih memotong tembikai merah menyala tu...! Kalian silalah terliur ya tengok tembikai tu, sebab aku yang sedang menaip entry ni pun terliur juga ni..! Dan cuba tengok aksi manja Kak M. So manissssss...!!
Untuk acara terakhir ni, melibatkan makanan. Jangan risau, menang tak ada membaziran pun yang berlaku.
tembikai yang Mama Arina beli ni, memang sedap tau..Segar dan manisss..! Selain tembikai, kami perlu habisakn sebungkus kecik roti gardenia.
Baca doa dulu sebelum makan..! Lepas baca doa kena habiskan roti kosong. Memang jemulah kan, Jadi pelbagai caralah untuk habiskannya. Iaitu jadikan tembikai sebagai inti. Ngap dua-dua sekali..! Memang tak di nafikan, orang yang hebat dalam game ni ialah Deqla dari group A, manakala Siti dari group B. Diorang ni memang hebat...!
Nahhh kan..! Tak ada pembazirankan..! Kurang dari 10 minit licin semuanya..Hebat dok..! Waktu acara ni, aku pasti punyalah, bakal mak mertua lalu pun tak sedar punyalah..! Sebab masing-masing sedang kusyuk mentedarah..! hahahahahaha.
Dan bagi acara ni, sekali lagi Group B menang...! Sekali gus juara dalam pertandingan ni. Hip..hip horeyyyy..! Heeeeeee....
Disebelah malamnya pula, aktiviti BBQ. Tapikan kami makan je kot..! Yang bakar ikan dan ayam Encik Matlin Dan Encik Razi Suami kepada Mama Arina Dan Mama Lela. Tanpa mereka, tak makanlah kita malam tu kan. Tapi waktu ni, masing-masing dah kenyangkan, kenyang apa...kenyang tembikai..!hahahahaha..
Pekara wajib, sebelum apa-apa kita bergambar dulu..! Lepas puas bergambar, baru kita ngap...! heee.... Boleh tahan sedap nasi lemak yang disediakan pihak kaklong chalet. Mungkin sebab nasi lemak itu di bungkus dalam daun pisangkan. Jadi aromanya itu yang menyelerakan..!
Manakala ayam dan ikan juga sedapkan..!Di bakar cukup baik..! bukan puji, tapi itulah realitinya..! Heeeeeee....!
Lepas kenyang apa lagi, kitaorang nyanyi-nyanyi pula. Disamping itu Mama Arina buatkan kejutan Ulangtahun kelahiran suami tercinta..! Lepas kejutan dan potong kek, kami sambung nyanyi lagi. Yang pasti, nyanyian kami di nilai oleh juri tempatan. Siapa...?heeeeeee....
Hahahahahaha...! Nampak...nampak...? Sampai berdiri oo juri tu dengar kami menyumbangkan lagu..! Yang sorang lain sambil dengar sambil menikmati tembikai dan kek. Agaknya petang tu, tak puas makan tembikai kot....hahahahahah..! #Maafkan daku Mama....!
Apapun, acara malam tu sangat santai dan sangat happening..! Tak salah kami semua meninggalkan dewan lebih kurang jam 11.30 malam. Terus menuju ke teratak Seri Pagi, untuk acara seterusnya....
Terima kaseh Dya...! Nampak tak masing-masing angkat keycahain yang Dya krimkan..? Dalam ramai-ramai ni, paling excited Mama Lela. Nak tahu kenapa? Lepas dapat je keychain tu, dia terus pasangkan dekat beg dia. Hehehehe.... cayalah Mama Lela..!
Sebelum tu nak minta maap dekai Ai. Sebab gambar kat atas ni aku beli dari blog dia. 2 kupang je sekeping...Hehehehehe..! GAmbar di atas ni sesi pertukaran hadiah. Aku dapat hadiah dari Deqla. Mana yang dah baca entry [DiSini] tentu tahu apa yang aku dapat.
Lepas sesi pertukaran hadiah dan agihkan hadiah, kami adakah meeting kecil-kecilan tapi topiknya besar-besaran. Dari sekecil topik hinggalah sebesar-besar topik yang kami bincangkan malam tu. Dari kisah GSF hinggalah ke kisah peribadi. Segala rasa kami luahkan malam itu juga. Semua orang jujur pada malam itu termasuklah aku diri sendiri.
Hampir 3 pagi, baru kami bersurai. Esok masing-masing dah nak balikkan. Jadi tenaga amat diperlukan. Sebenarnya, lepas majlis bersurai ni, aku dengan Ai keluar ke 7E tau. Beli air mineral. Dahaga kot lepas meeting...! Memang terlupa nak tapau air balik bilik waktu makan malam tu.
Sekali lagi, aku ambik gambar dari blog Ai. lagipun dah bayar 2 kupangkannn..Heeeeee...! Ahad, 30 Disember 2012. Bersaksikan Kaklong Chalet, tumpahnya air mata kami berlapan. Sedih kot kena berpisah. Tapi adat pertemuanlahkan, pasti ada perpisahan.
Lepas selesai sesi bergambar tu, lebih kurang pukul 11 pagi, team dari utara kena gegas pulang. Tak boleh tangguh-tangguh, sebab takut Kak M lepas feri untuk ke Pulau Langkawi. Aku kan dah beritahu, aku ni sedikit cengeng. Jadi pagi tu bangun-bangun dah rasa sebak. Sebelum orang perasan, baik aku lari masuk toilet.
Bila sesi bergambar pula, tahan-tahan....dan bila sorang dah start menumpahkan air mata, aku pun dah tak tertahan. Merambu jugalah akhirnyaaaaaa...! Adehhh sedih kot bila kenang-kenangkan kembali. Inilah pertama kali aku jejak Melaka dan pertama kali aku jalan jauh tanpa keluarga. Memang semuanya kenangan yang sangatttt indah...!
Alhamdulillah, perjalan balik semuanya lancar. Jam 4 petang aku sampai di kawasan rehat Taiping. Mak dan abah dah setia menanti di situ. Begitu juga Ai, Kak M dan Khalish, Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Family yang lain pun sekarang dah selamat sampai dengan jayanya..!
Rasanya sampai disinilah ye. Tadi mula-mula kata tak mahu bebel panjang-panjang. tapi terbebel jugak,..! Apa yang boleh aku gambarkan perjumpaan ini sangatlah seronok tau..! Segala kenangan yang ada, akan tetap segar di ingatan..!
Terima kaseh sumber gambar yang aku rompak dari FB Group GSF , Mama Lela dan Ai.
Nur sayang GSF....!!
Kalian juga boleh baca semua kisah 1st Gathering di setiap link bawah ni :
http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2013/01/sayang-gsf-1.html
http://cahayacita2.blogspot.com/2012/12/terima-kaseh-semua.html
http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/12/1st-gathering-group-segar-follower.html
http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/12/jumpa-7-blogger-sportingsegar.html
http://coratcoretkuini.blogspot.com/2013/01/cenderahati-dari-6-blogger-awesome.html
http://miszpinkies.blogspot.com/2013/01/moment-indah-gsf-1st-ghatering-at-melaka.html
http://miszpinkies.blogspot.com/2013/01/lagi-moment-indah-between-us-melaka.html
http://norumara.blogspot.com/2013/01/gsf-gathering-melaka-manisnya-sebuah.html
http://norumara.blogspot.com/2013/01/gsf-gathering-melaka-acara-gelak-sampai_4.html
http://norumara.blogspot.com/2013/01/gsf-gathering-melaka-pulang-bawa-hadiah_4.html
http://nyueyien.blogspot.com/2012/12/last-minute-yg-bermakna-pertemuan-yg.html
http://cutemama-lelamaisara.blogspot.com/2013/01/bila-mimpi-jadi-nyata.html
http://mymatatajam.blogspot.com/2013/01/gsf-1st-gathering-melaka.html
http://mymatatajam.blogspot.com/2013/01/gsf-1st-gathering-melaka-part-2.html
http://mymatatajam.blogspot.com/2013/01/terima-kasih-sahabat-gsf.html
http://nyueyien.blogspot.com/2013/01/ini-cerita-kami-1st-gathering-gsf.html
Kata Hati : Rindunyaaaaaaaaaaaaa.....!!!
.
Kenangan Terindah | 1st Gathering Melaka
Mood :
1st Gathering GSF,
JIWA AKU,
SAYANG KAMU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
37 ulasan:
sweet sgt..tergelak tersebak lg walpun dh smnggu berlalu..hukhuk..rindu korang semua!!!syg gsf!!
hahahaha.. nur.. deqla baca entri nur ni pun gelak besar tauu.. bila nur ckp muka deqla dah tenggelam kat dlm tepong tu..aduii.. lawak aihh..mmbe opis tgk deqla pun pelik awat tetibe gelak.. siyes, rindu sgt memori tu..mcm nk ulang balik.. arghhh.. rindu2an jadi kenang2an!!! (ha kan, dah kuar tajuk lagu.. hikhik)
syoknye korang bergathering!! teruje tengoknye huhu
wahhhhhhhhhh!! asyikkk!! hurmmmm. bestnya dapat kumpul reramai mcm neh huhuhuhu
Ohhhh happynyerrr......!
rindunyaaaa nurr...rs nk p ag taw...huhuhu.....
best sgt2, myesal abis nyue kalu xikut hr tuu...sgt2 nyesal la...uhhuhu....
Meriahkan GSF... =D
tahniah...turut happy, nampak ada lelaki sedang duduk..agaknya GFS juga ke?....)
Mula2 baca gelak sampai tak hengat..sib baik my hubby xdak..kalau tak mau di antaq kat spital mental lagi..muahaha..tapi mai, nak abih baca makin tacing2 gitew...dah mula sebak...huwaaaa sedih dan rindunya kat hangpa semua....woooooowooowowoooo
lengkap semua xtvt sepanjang gathering. apepun mmg best la. cikna rasa sgt kerugian tak join gathering ni. huhuhu.. InshaAllah harap2 ada gathering kedua nnti. tak nak lepas peluang dah. ;)
seronokkknyeeeeeeeeeeeeeeeee
Na teringin nak ade aktiviti camni ;|
Nur akak baca dari atas tu ketawa,sampai ke bawah tetiba nak mengalir air mata...rindu laaaaaaaa...
Seronoknya tengok GSFian berkumpul.. Kalaulah semua dapay gather camni lagi havoc kan ? =)
siyes jeles..
yunk,ada msuk group blogger perak tak kat fb?
mggu dpn depa nak wat gath kat teluk snangin..jom join =__=
gembira..sgt terhibur bila baca entry pasal gathering di melaka...
Nnti boleh la buat gathering lagi.. Entri padat ni dri hari pertama smpai akhir :)
Suke tgk gmbr kak M posing.. Hehee..
meriahnya gath..seronok bca..bila lah dpt buat cmni jga ngn kwn2 blogger..haha...
seronok baca..hehe..lagi seronok kalau sy pun dpt join..huhu..jeles sikitlah~ :p
wahhh
terbaekk lah Nur ;p
gaban betul siap ada pak polisi masuk skali...siap jd capten Ai lagikk.hahahahaha
woii pic yg Khalish jatuh tu ai tgh tonggek baekk pnya kan..muahahahahaha teruk betul lah =)
wahh... seru sekali kegiatannya, Cik Nur :)
Rame-rame makan apa itu ya, Semangka ya...? heheh...
tiup gula dalam tepung! xD
seronoknya..:)
wahhh nur pergi ke?? xsgka lak..jauh tu smpai kemelaka dr taipg nur..
Meriah :)
wah...acaranya meriah sekali ya mbak Nur....pasti momen yg indah..yg tak kan pernah terlupa :)
alahai syok nya....meriah betul gathering gsf ni...suka tgk... mcm kwn rapat yg dah lama kenal jer...hihi..
best kan nur.... ntah ble ak kita berkesempatan utk bjumpe n bermesra kan...huhu..
e3 yg complete ni..huhuh.....xjemu utk bc
seronoknya kalau boleh join gathering gitu..boleh mengeratkan silaturahim kan
betul2 kenangan terindah ni..byk jugak aktiviti kat sana ye nur..
seronok korang..moga2 ada jodoh bertemu plak kita ek=)banyak terlepas arituh.huhu
eeee bestnya.. tentu seronokkan... ^_~
bestnyer baca..jeles we all yg x dpt gi hari tu..hehe
hahahahahahaha..dalam entri ko ni dik,ada part yang akk ketawa terbahak2,ada part yang buat akak senyum2 simpul dan ada part yang buat akak sedih dan terharu...huhuhu
kesimpulannya semua ada..itulah kenangan kita yang kak tak boleh lupa sampai bila2...huhuhu.
miss u dik ..muah!
mudah2an ALLAH pertemukan kita lagi :) -hug-
mmg happening habis.. lya pon harap sgt2 oneday leh jumpa dgn group GSF
tu dia...seronok nmpk...meriah sungguh..
terbaekkkk la gat gsf...meriah gilerrrr
seronoknya :)
Catat Ulasan