Ahad, 29 April 2012

Home » » .:: Ayam Paprik ::.

.:: Ayam Paprik ::.





Selamat berhujung minggu semua...!
Kalau siapa yang rajin singgah ke sini, Selalu hari minggu aku akan ajak kalian terjah-terjah kan..?

Tapi untuk minggu ni, kita tukar mood lak.
Jom kita jamu mata dengan menu hari ini.

Kalau yang buntu tak tahu nak masak apa dah tu, bolehlah ambil resepi ni.
Senang je masaknya. Ikut apa yang ado dalam peti sejuk.
Lepas tu bak kata Yayan's Mum , campak-campakkan je.
Lepas tu dah siapp..! Senang kan..?

Tapi kalau peti sejuk tu dah kosong, kena ke pasar terdekat dengan rumah la.
Kalau tak ada bahan nak masak macam mana ye dak..?

Okeyh, jom usha bahan dan cara masaknya.

Bahan-bahan :

Isi ayam.
Cabai kering yang di kisar bersama bawang.
Bawang putih di racik halus.
Cili padi yang di titik sahaja.
Sos cili.
Bawang yang di hiris bulat atau sebaliknya.
Daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya :

Tumiskan bawang putih yang di racik, sehingga naik bau.

kemudian, masukkan cili kering yang di kisar bersama bawang dan sos cili. Tunggu sehingga pecah minyak. ( terpulang nak banyak mana )

Masukkan isi ayam. Dan tunggu hingga isi ayam tu betul-betul masak.

Kemudian masukkan daun limau purut, bawang yang di potong dan cili yang di titikan tadi.

Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kacau hingga sebati. Hidangkan.

Dan siap..!!


Senangkan..? Tapi kalau ada sayur kobis, lobak merah, kacang buncis , tomato atau apa-apa je. 
Bolehlah masukkan sekali dalam masakan ni.

Yang aku buat ni, simple je. sebab itu je yang ado dalam peti sejuk.
Kalau nak tukar ke daging pun boleh. 

Tapi daging kena tunggu lama lagi, sebab nak bagi betul-betul empuk.
Kalau tak empuk, pakat tercabut gigi nak menguyah. Hehehe.

Okeyh, sampai sini jelah. Selamat mencuba...!


Kata Hati : Lepas ni nak Bersihkan aku punya dapur jap..!

.

23 ulasan:

aku HaniAsyira berkata...

nak sikit!!!! lapa!!

Etuza berkata...

hebat resipi hari ahad..bagus2 ni

are_lin@yu berkata...

alahai sedapnya..tgh lapar ni..hehe

Deela berkata...

hee, hari nih makan rendang ayam dengan nasi impit:)
mcm raya pulak.

princessLoLlipOp berkata...

thnx kongsi resepi nie...nie sesuai tuk dak2 yg sibuk blaja..msk simple2 jew..tp sdp!

ienaeliena berkata...

sedapnye:)

si kiut lavender berkata...

wau...

nyum2...sedap deyh...hikhikhik

Dayz berkata...

wh sodapnye.. nk try laa~ ^^

Reena Sidek berkata...

nampak sedap betul... mesti berselera nur makan... :)

ecadwinkyasha berkata...

sedapnya..tpi tdi bru makan kari ikan.esok2 je la wat ayam paprik :D

Ayu berkata...

yay!!! Nur masak....YM nk rase boleh?nmpk nyummy!:-)

Chic Na berkata...

wahhh sedapnya nur. cikna tgh lapar ni. hukkk.. first time tgk td ingatkan tom yam. :)

Ardini Izzati berkata...

Saya tak pandai masak --"

Unknown berkata...

sedapnyer..
mknn favourite fisha ni..hehehe :)

Miera | Hayatz berkata...

Thanks for sharing :')

dieyna berkata...

bestnya.. nak sikit...

Khai_Sol berkata...

sedapnya,rajin cik nur masak^^

Unknown berkata...

oh my.. bestnya paprik XD dh lama x makan

Unknown berkata...

i like paprik... nyum2...

Nyue berkata...

sedap nye...

teha berkata...

nyum nyum ~ nnti pos kat sini sikit.. hahhaha !

9n0L4 berkata...

hehe. mmg sempoi abis ni.tapi kalau dlm peti ade ikan bilis ajeee, camne eh. :p

Si Matatajam berkata...

Khalish pun suka ngan ayam paprik ni...leh try ni..