Ahad, 29 April 2012
Home »
RESEPI
»
.:: Ayam Paprik ::.
Selamat berhujung minggu semua...! Kalau siapa yang rajin singgah ke sini, Selalu hari minggu aku akan ajak kalian terjah-terjah kan..?
Tapi untuk minggu ni, kita tukar mood lak. Jom kita jamu mata dengan menu hari ini.
Kalau yang buntu tak tahu nak masak apa dah tu, bolehlah ambil resepi ni. Senang je masaknya. Ikut apa yang ado dalam peti sejuk. Lepas tu bak kata Yayan's Mum , campak-campakkan je. Lepas tu dah siapp..! Senang kan..?
Tapi kalau peti sejuk tu dah kosong, kena ke pasar terdekat dengan rumah la. Kalau tak ada bahan nak masak macam mana ye dak..?
Okeyh, jom usha bahan dan cara masaknya.
Bahan-bahan :
Isi ayam. Cabai kering yang di kisar bersama bawang. Bawang putih di racik halus. Cili padi yang di titik sahaja. Sos cili. Bawang yang di hiris bulat atau sebaliknya. Daun limau purut Garam dan gula secukup rasa. Sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya :
Tumiskan bawang putih yang di racik, sehingga naik bau.
kemudian, masukkan cili kering yang di kisar bersama bawang dan sos cili. Tunggu sehingga pecah minyak. ( terpulang nak banyak mana )
Masukkan isi ayam. Dan tunggu hingga isi ayam tu betul-betul masak.
Kemudian masukkan daun limau purut, bawang yang di potong dan cili yang di titikan tadi.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga sebati. Hidangkan.
Dan siap..!!
Senangkan..? Tapi kalau ada sayur kobis, lobak merah, kacang buncis , tomato atau apa-apa je. Bolehlah masukkan sekali dalam masakan ni.
Yang aku buat ni, simple je. sebab itu je yang ado dalam peti sejuk. Kalau nak tukar ke daging pun boleh.
Tapi daging kena tunggu lama lagi, sebab nak bagi betul-betul empuk. Kalau tak empuk, pakat tercabut gigi nak menguyah. Hehehe.
Okeyh, sampai sini jelah. Selamat mencuba...!
Kata Hati : Lepas ni nak Bersihkan aku punya dapur jap..!
.
.:: Ayam Paprik ::.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
nak sikit!!!! lapa!!
hebat resipi hari ahad..bagus2 ni
alahai sedapnya..tgh lapar ni..hehe
hee, hari nih makan rendang ayam dengan nasi impit:)
mcm raya pulak.
thnx kongsi resepi nie...nie sesuai tuk dak2 yg sibuk blaja..msk simple2 jew..tp sdp!
sedapnye:)
wau...
nyum2...sedap deyh...hikhikhik
wh sodapnye.. nk try laa~ ^^
nampak sedap betul... mesti berselera nur makan... :)
sedapnya..tpi tdi bru makan kari ikan.esok2 je la wat ayam paprik :D
yay!!! Nur masak....YM nk rase boleh?nmpk nyummy!:-)
wahhh sedapnya nur. cikna tgh lapar ni. hukkk.. first time tgk td ingatkan tom yam. :)
Saya tak pandai masak --"
sedapnyer..
mknn favourite fisha ni..hehehe :)
Thanks for sharing :')
bestnya.. nak sikit...
sedapnya,rajin cik nur masak^^
oh my.. bestnya paprik XD dh lama x makan
i like paprik... nyum2...
sedap nye...
nyum nyum ~ nnti pos kat sini sikit.. hahhaha !
hehe. mmg sempoi abis ni.tapi kalau dlm peti ade ikan bilis ajeee, camne eh. :p
Khalish pun suka ngan ayam paprik ni...leh try ni..
Catat Ulasan