Isnin, 20 Februari 2012

Home » » .:: Apa Itu Dumling..? | Resepi Dumpling ::.

.:: Apa Itu Dumling..? | Resepi Dumpling ::.

.






Alhamdulillah. Syukran YaALLAH..!! 

Selamat hari Isnin semua. Ermm..Sejuk betulkan pagi ni. Hujan pula tu. Memang rasa berat ke nak pergi kerja..ye dak..!! Hehhehe.

Entry ni, sambungan semalam. Semalam bukan tak nak tulis resepi. Tapi kesuntukkan masa. Jadi entry ni, kira sambungan dari entry DUMPLING OHH DUMPLING...!!

RESEPI DUMPLING

AYAM KISAR
SAYUR KOBIS (Dihiris halus)
BATANG SADERI (Dihiris halus)
SOS TIRAM
GARAM
#SEMUA BAHAN DI ATAS DI GAULKAN SEKALI.
Dan
KULIT WANTAN SEGERA


APA ITU DUMPLING...?

Dumling ialah salah satu makanan cina. Kalau tanya cina di luar sana, mesti diorang tahu. Tapi kebanyakkan inti yang diorang buat, selalunya inti udang dan juga daging yang tak boleh kita makan tu. Tapi semalam , aku buat dumpling ayam.

Ya..! dumpling ni memang tak susah nak buat.senang je. Sebelum ni, aku ada juga google resepi. Tapi kebanyakkan itu citarasa tekak sendiri. Dan semalam aku juga buat inti ikut citarasa tekak sendiri.

Selain daripada ayam, kalian boleh juga guna daging lembu atau udang. Sayur pula, boleh tambah macam-macam. Untuk semalam aku guna sayur kobis dan batang saderi. 

Ada juga orang tambahkan Carrot, bawang, kacang panjang. Tapi semua tu bengantung citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang lain tu, macam biasalah, garam dan sos tiram. Tapi ingat, jangan terlalu masin.

Lepas dah di gaulkan semua bahan-bahan tu. Bolehlah isikan dalam kulit wantan segara yang boleh di dapati di mana-mana pasaraya. Tapi kena cari yang ada logo halal. 

Tapi macam tesco, selalunya diorang dah asingkan bahagian yang tidak halal dan yang halal.

Bila isi dah di letakkan di tengah-tengah kulit wantan tu, sebelum memulakan proses megelim, sapukan sedikit air di sekeliling hujung kulit wantan tu, tujuan, supaya melekat kuat. Nanti tak mudah terbuka.

Bab kelim ni, kena buat pelan-pelan. Nak tahu cara-cara nak kelim, bolehlah tgk Youtube. Tapi kalau nak buat ikut kretiviti masing-masing pun boleh juga. Hehehe.

Bila dah siap, bolehlah masak. Macam yang aku beritahu semalam, ada 3 kaedah untuk masak dumpling ni. Pertama, kalau nak kukus, sebaiknya letakkan dalam pinggan yang telahpun di sapukan sedikit minyak. Supaya dumpling tu tak melekat.

Kalau kaedah merebus pula, campurkan air rebusan tu, dengan sedikit minyak, bertujuan yang sama, supaya dumpling itu tidak melekat. #Kalau buat sup sayur, boleh je nak rebuskan dumpling dalam sup tu. Dan rasanya pasti bertambah sedap..!

Dan ketiga kaedah mengoreng. Goreng dalam minyak yang banyak. Macam goreng karipap. 

Sebenarnya dumpling ni ada sos nya sendiri. Tapi di sebabkan malas nak buat hidangkan dengan sos sedia ada pun sedap...bila dah hidang tu....apa lagi ngappp laa..!! Hehehehe.

JOM JAGA KEBERSIHAN DIRI BERSAMA DETTOL 



Kata Hati : Semalam banyak inti yang lebih....dan tercipta lagi satu resepi..Hehehe. :)

.

17 ulasan:

charmyiex berkata...

wahhh..boleh try pasni...tp nape x letak gambar bungkusan kulit dumpling tu? leh nnt try cari..kt kelantan ni ada ke?
huhu...

eima-caa berkata...

suke makan dumpling..best...

selalu kalo nk mkn pegi muslim chinese restaurant..xpenah buat sndiri..;)

Aine Ainun berkata...

Boleh bygkan cara nk buat, thanks nur...

Teruja nk buat ni,
nti akak share kalo da buat ye...heheee;)

Masz Sidek berkata...

rajinnye nur... nampak sedap jer... nak rasa sikit?? hehehe...

Nyue berkata...

wahhh...menu bru nie...
nyue xpernah cuba..sedap x??
teringin gak nak rs..huhuhu

Arina Shamsul berkata...

waaa...cam teruja lak nak try..ihik.

Cik Aini Lavender's berkata...

ermm...nti kalo try pastu jadik..boleh publish tp kalo x jadi dok dendiam sudah.hahaha

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

moon pon suka je wat dumpling sendiri.. suka rebus..

baik utk kesihatan.. kalo mgoreng kang..byk minyaknyer..

M@W@R Q@SeH berkata...

leh la try buat nnt...

:: Cik Nur :: berkata...

Cuba jangan tak cuba.. :)

Nurul Aisyah berkata...

wah...suka masak eh..thank u sbb kongsi resepi..

sbnrnya sebelum ni, sy x tau pun apa tu dumpling...teringin lak nak buat. Hehehe :)

deno berkata...

hye cik nur :) terima kasih share tentang resipi dumpling ayam nie.. mesti sedapkan...? biasanya dumpling yg deno mkn mmg sedap... cik nur pernah mkn sup dumpling? deno makan sup dumpling, dlm sup ada dumpling daging lembu dan sayur mini sawi.. sup pun kosong je.. memang sihat... x berminyak... tapi sup dumpling tu kawan yg buat, xde pulak resipi.. nanti deno cuba cari resipi dan share dgn cik nur okey :)

Ca Cik Duyung berkata...

rajinnya dia masak mskn cina..hehe..ca pon teringin nk mkn...tp xpedas ek mknn cina nie.. :)

:: Cik Nur :: berkata...

Ca, xpedas pun..tapi kalau nk buat pedas..boleh juga.. :)

dyabunga berkata...

baru dya tau nama nye dumpling..dya tau mkn je..haha

Hermanbagus berkata...

pagi Cik nur ,,

QasehnyaRania berkata...

tak pernah ciksu makan dumpling ni.. :)