Isnin, 6 Februari 2012

Home » » .:: Kalaulah Aku... | Bahagian 2 ::.

.:: Kalaulah Aku... | Bahagian 2 ::.

.




Entry ini sambungan dari entry “Kalaulah Aku..| Bahagian 1”. Kalau belum baca KLIK SINI untu baca.

Aku tertarik dengan komen KAK NUSRAH di entry "Kalaulah Aku...| Bahagian 1"  . Yup...saya bersetuju dengan apa yang kak Nusrah katakan.

Walaupun aku tidak punya pengalaman sebagai pengajar seperti kak Nusrah, tapi aku sedar bila kita berada di situasi di mana berdepan dengan orang lain, kita tidak akan sampai hati untuk memarahi apatah lagi mahu menyakiti insan yang bukan dari darah daging kita. Sepanas baran mana diri kita, insyaALLAH kita pasti dapat megawalnya. Percayalah…!!

Contohnya Jumaat lepas, aku nyaris-nyaris tapi bagi seliang dekat seorang bukan di solah adik aku. Fuhh…memang meyirap darah aku bila lihat dengan mata kepala sendiri yang adik aku sedang di buli oleh rakan sebaya yang lebih besar darinya.

Pertama aku lihat, dia sepak tepat di punggung adik aku. Mendidih hati aku waktu tu. Pujuk hati, mungkin itu gurauan antara dia dan adik aku. Malas nak masuk kawasan sekolah hanya hal yang tak berapa nak pasti.

Dan bila sekali lagi aku melihat dia cuba menghalang adik aku dari keluar pagar sekolah, aku terus naik hangin..! mana tak nya, aku dah lama menunggu..cuaca panas, hati aku aku lagi panasss..!!

Sewaktu aku menuju ke arah adik aku, aku lihat budak tu, sedang memegang erat kedua belah tangan adik. Yang adik aku pula, merayu-rayu minta di lepaskan. Haisshh…angin betul aku tengok.

Lebih kurang satu meter aku nak sampai di tempat  kejadian, adik aku sudah pun di tolakkan ke tiang besi berdekatan. Berkerut muka menahan sakit, sekali gus muka cuak bila nampak aku datang meluru laju ke arah dia. Budak yang membuli tu pun terkejut bila tengok aku ada di situ.

Kalau dia lari waktu tu, memang aku kejar..! tapi dia bersikap professional. Tak lari weh..! Kalau aku guru di sekolah itu, dah lama dah dapat cop mohor budak tu atau mungkin cikgu akan marah dalam nada tinggi sikit dari aku.

Dan memang ikutkan hati dan perasaan, tangan aku  ringan je nak melayangkan cop mohor. Tapi masih boleh bersabar lagi. #kan..kita masih boleh bendung amarah di situasi begini.

Aku tegur cara baik, cara lembut dan sedikit kasar. Aku beri amaran terakhir. Kalau sekali lagi aku nampak dia buat perkara yang sama, aku tak akan teragak-agak nak heret dia bawa jumpa guru besar.

Reaksi budak tu sepanjang aku membebel, Cuma menganguk.  Mungkin cara aku tak garang, tapi aku warningkan dia sekali lagi, jangan ingat aku tak berani nak bertindak lebih dari ini.

Mana adik aku waktu aku berceramah percuma dekat kawan dia?? Huh…tentulah dia dah masak dengan perangai aku. Lari menyelamatkan diri sebelum aku mengamuk dalam kawasan sekolah..hampess..!!

Jangan harap boleh terlepas dari aku. Dari sekolah sampai rumah aku bebel dekat adik aku. Haha..Padan muka..!!



Kata Hati : Bersyukurlah siapa kita pada hari ini.. 

.

9 ulasan:

NY berkata...

oh itu kisahnya..kalo jd lg sekali buat je report.kna bg pgjaran sket.bkn apa.bila xde tindakan dibuat, bimbang bdk tu akan berterusan buat perangai mcm tu..kecik2 dh pndai tunjuk samseng nnt dh menengah cmne?sikap cmtu kena kawal dr skrg...

.........cP~ berkata...

Bila dengar adik kena buli memnag rasa tensen je. Rasa nak jumpa je orang yang buli tu. Nak belasah je. mentang-mentang adik tu kecil. Tapi, bukan berani pun.

Adila Saidi berkata...

budak skrg cepat trpengaruh.
mana lah belajar buli buli semua tuh kan kalau org tak tunjuk.

Lady Milo berkata...

kalau saya memang time dia sepak punggung lagi dah saya pegi dekat. tak perlu tunggu lama-lama.. kena ajar sikit, bagi takut.

sabry oppa berkata...

nice ") nice ") like :) like :)

entry yang nice..
blog yg superb!

singgah n komen entry sabry k..
support sabry..
thanks! nice to meet you..

http://shaberry92.blogspot.com/ (blog kpop)
http://sabryoppa.blogspot.com/ (blog personal)

follow lah 22 blog saye.. hehehe

N'yue berkata...

xsuka buli..& bertambah xsuka fmly "kita" y kne buli...panas woo..sound terus !

^_^ Zaza Nur Iman berkata...

zaza pun xsuka buli..hairan dgn budak2 skg..ermm...

dyabunga berkata...

kalau dya jadi nur pun dya wat cam tu.. dya report je kat guru besar dia.. pdn muka..suka sgt buli org

dyabunga berkata...

tapi dya tak sesabar mama dia layan budak2..huhu.