Isnin, 6 Februari 2012

Home » » .:: Kalaulah Aku... | Bahagian 1 ::.

.:: Kalaulah Aku... | Bahagian 1 ::.

.



Waktu kecil dulu, aku ada 2 cita-cita. Pertama nak jadi doktor dan kedua nak jadi cikgu. Sekarang dua-dua aku tak jadi..! #akibat banyak main daa..heee… ^__^

Kalaulah aku jadi cikgu. Tapi abah kata, aku tak boleh jadi cikgu. Nanti mak bapak murid-murid datang serang aku kat rumah..! #sebab anak diorang ada chop mohor dariku di pipi mereka mungkin..! Heee..

Huh..! sampai macam tu sekali abah bayangkan. Semuanya bila sendiri lihat macam mana aku ajar adik aku suatu ketika dulu. hahaha..!

Yup..! aku akui, gelaran cikgu memang tak sesuai buat aku #cehh..alasann weh..! sebenarnya memang tak layakk bukan tak sesuai okeyh..!

Tapi walaupun aku bukan seorang guru, tapi aku boleh nak dikatakan tiap-tiap hari ke sekolah. Bukan sebagai kerani sekolah, tukang kebun sekolah pun bukan. Aku Cuma hantar dan ambil adik aku je. Heee… ^__^

Aku tabik hormat pada para-para guru di luar sana, yang kuat dan kental melayan karenah budak-budak tak kira bangsa dan agama. Aku tahu, tahap kesabaran seorang guru perlukan amatlah tinggi.

Aku sendiri tak dapat nak bayangkan kalaulah aku hari ini sebagai seorang pendidik. Boleh bersabarkah aku, atau lumatkah anak orang aku kerjakan. Huhuhu..

Tahniah pada kalian yang bergelar guru ataupun yang akan bergelar guru tidak lama lagi. Kalian memang yang terbaik..! Insan yang sanggup membakar diri demi menerangi insan lain..!



Kata Hati : Aku nyaris tak pelempang budak sekolah...? Tunggu bahagian 2... 

.

7 ulasan:

Cik Aini Lavender's berkata...

hahaha..ada hikmah x jd cikgu..kalo x,abis la budak2 yg buas tu kna pelempang =p

Adila Saidi berkata...

dulu pun teringin nak jadi cikgu.
tapi skrg, takde dah.
takut tak menyabar.
hehe :)

NY berkata...

terima kasih pd amani yg meletakkan tanggapan +ve pada kerjaya guru..
kalo amani jadi guru amani xkn sesuka hati tmpar bdk wlau sakit macam mana pun hati tu..bgtu jgk akak.akak ni jns baran jgk tp akak x buat stdnt akak smp sakit.kalo rotan pun x hayun kuat2.sbb akak tanak diorg takut ngn ckgu tp akak nak diorg hormat ckgu...
apa jg kerjaya yg kita buat skrg adalah rezeki dr ALLAH..=)

.........cP~ berkata...

Saya pun cepat marah. Tak boleh la nak mengajar.

Mak Usu berkata...

Xsemua orang boleh jadi cikgu.. kena ada sifat sabar dlm mendidik anak2.. Tapi kalau Mak Usu mmg xdapat kot jadi guru.. bab xda kesabaran yg tinggi dah susah nak mengajar berulang kali... hihihi...

emmayuzaima berkata...

saya pun xboleh jadi cikgu. takot-takot hilanng sabar ;)

bukan senang kan nak jadi pndidik

nice blog awak ;)

dyabunga berkata...

mama dya guru..tapi garang..haha..