Khamis, 9 Februari 2012

Home » » .:: Brokoli Celup Tepung | Cubalah..!! ::.

.:: Brokoli Celup Tepung | Cubalah..!! ::.

.



Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bersiaran secara tidak langsung di sini. Syukran YaALLAH…!

Apa khabar semua? Harap kalian semua dalam keadaan baik hendakNYA. Kalau yang tak sihat tu, cepat-cepat jumpa doktor ye. Jangan di lengah-lengahkan, bahaya beb..!

Apa menu tengahari ni? Apa..?  Tak tahu nak masak apa?

Takpe-takpe, jangan panik..!

Nampak tak gambar  makanan yang aku tepek kat atas entry ni. Brokoli Celup Tepung. Mudah je tu, kalian yang handal dalam bab memasak mesti boleh buat sambil pejam mata punyalah..!

Ehh aku acah jee....jangan pejam mata betul-betul dah la…kang tak pasal terhiris jari..hehehe..!

Bila kalian tengok gambar kat atas tu, sudah tentu brokoli bahan utamanya. Yang lain-lain tu macam biasalah, macam kalian goreng ayam ala-ala KFC.




Brokoli tu, aku beli 2 pokok. Harganya tak sampai 4 ringgit. Tapi ikut kedaan juga, kadang mahal kadang murah. Kalau nak cuba buat brokoli celup tepung ni jangan lupa singgah pasaraya, dan cuba sendiri. Yang pasti  memang mudah, ringkas dan sedap.

Kalau ikut cara aku, bancuhan tepung tu aku guna air sejuk, dan mengoreng pula kena pandai-pandai sendiri. Kawalan api tu penting. Kalau tak tepung tu akan serap minyak. Bila makan sebijik dua dan muak..! tapi Alhamdulillah, yang aku buat di atas tu, memang tak serap minyak. Laju je nak habiskan..heeee…!

Bahan-bahan :

  • Brokoli
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Air sejuk
  • Serbuk Lada hitam
  • Garam
  • Minyak - Untuk mengoreng.


Cara-caranya :

  • Potong brokoli ikut citarasa sendiri. Basuh dan toskan.
  • Satukan tepung gandum dan tepung beras. Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit. Letak sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. 
  • Panaskan minyak. 
  • Masukkan brokoli kedalam bancuhan tadi, dan goreng sehingga garing.
  • Angkat, sedia untuk dihidangkan dan Ngap..!! *Enak dimakan bersama sos kegemaran kalian..!

Apa lagi, cepat cari dalam peti sejuk.  Tak ada brokoli , bayam pun jadilahh..!! heehehe..

#pernah je buat bayam goreng…sodap jugakk..! hahaha.



Kata Hati : Memasaklah melalui hati…. |^__^|v

.

14 ulasan:

Liyana Anuar berkata...

wow..nampak sedap~~

tp camne nak elakkan tepung tu serap minyak??

Yana Halim berkata...

akak buat cucur sayur....campur semua sayur yang ada dlm peti ais mcm brokoli, bunga kobis, batang saderi dll...sedap juge...hehe

Reena Sidek berkata...

mesti sedap ni..
sy selalu buat goreng kulat cendawan tu dgn tepung...

LYSSA FAIZUREEN berkata...

Brokoli sedap ! :D

Arina Shamsul berkata...

wah nampak menarik,belum pernah masak lg.pas ni nak try juga lah..ihik..


btw saya pun dah update

"SAYA ADA DUIT RM 6 SEKEPING..rasanya korang belum ada kan?ahaks..."

jemput singgah ye.

Aine Ainun berkata...

Bayam goreng slalu mkn,
tp brokoli 1stime dengar:)

nak cuba nanti:D

Zaza Iman berkata...

wow..first time tgk brokoli celup tepung..boleh test ni..

akuamir berkata...

pasnie takyah gi kepsi,, mehehe.. :D
bagus ah cik nur

dya nasir berkata...

first time dya dgr brokoli goreng..selalu cendawan goreng.. nnti nk cuba lh..hehehe

Miss N™ berkata...

cuba ye....jgn tak cuba..pada pengemar brokoli, cubalah kelainan ini.

sebelum ni selalu goreng cendawan..tapi kan, bila mak tak boleh makan, cik nur tukar pada bayam, ni sj cuba kelainan..sedap gak..!hehehe

IntaNBerliaN berkata...

ooo kiranya nak kene guna tepung goreng ayam la ek.. lnkali leh try ;-0

IntaNBerliaN berkata...

ooo mcm tu ke.. akak ingat nk guna tepung goreng ayam.. hihii

sbb nur xgtau nak ltk bhn apa, tu yg akak dh tersalah paham.. heheh

thanks ek nur sbb betulkan apa yg akakk slh paham niu.. :-)

Tanpa Nama berkata...

wow, sedap nya

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

nyum2.. yui kena try!