Jumaat, 3 Februari 2012

Home » » .:: Hargailah Mereka ::.

.:: Hargailah Mereka ::.

.



Selamat hari jumaat semua..!

Semua dalam keadaan sihat hendakNYA. Syukur kehadrat ilahi, kerana DIA masih beri kita peluang untuk terus berada di sini. Alhamdulillah…!

Ikutkan, banyak benda aku nak bebel kat sini. Takut terlebih panjang pula entry ni.hehehe..!

Kalian sudah baca tahu mengenai penyanyi dangdut dan pelakon,  Ani Mayuni membuat laporan polis yang dia di belasah oleh suaminya..?

Kalau belum KLIK SINI untuk baca.

Cuma minta belikan sarapan pun kena belasah!! Donia..donia..!

Seperti mana yang kita tahu, kes belasah membelasah isteri ni dah kerap kali kita dengarkan? Kes isteri belasah suami pun ada kita dengar, cumanya bila kes suami belasah isteri ni, bunyinya seperti kejam. Dayus dah semestinya.

Dan setiap kali berita-berita bergini tersebar di dada akhbar, perasaan aku bercampur baur. Sedih, takut, geram, marah dan bermacam-macam perasaan yang aku rasa.

Semuanya membuatkan aku yang masih belum berumahtangga, takut untuk berumah tangga. Ya..! aku tahu, tak semua lelaki kaki pukul. Tapi siapa kita mahu meramalkan masa depan kan?

Sebagai manusia biasa yang lemah lagi hina, kita hanya mampu berdoa padaNYA, moga di ketemukan jodoh yang baik-baik, yang mampu bimbing kita ke jalanNYA. Selainnya, hanya DIA yang menentukan.

Bagi yang sudah pun berumahtangga, jika suami anda seorang yang sangat penyayang, ambil berat tentang anda dan anak-anak, tolonglah..! hargai suami anda. Anda wanita yang sangat-sangat-sangat bertuah. Jangan sesekali hancurkan kepercayaan suami terhadap anda.

Dan buat lelaki yang bergelar suami di luar sana, hargailah isteri anda. Belai dan lindungilah isteri dan ibu kepada anak-anak anda kelak..! kerana wanita bukan untuk di pijak-pijak atau di sepak seperti bola ye, tetapi tugas lelaki untuk melindungi wanita.

Renung-renungkanlah..!



Kata Hati : Kalau nak lepas geram sepaklah dinding, tak pun buah durian..baru betull..!!

.

19 ulasan:

AzwanRamli berkata...

Toleransi itu penting............

Almade_Nespesor berkata...

apa punya laki lah. donia.donia.. <<tiru sket. keke

Mak Usu berkata...

kesian jugak dengar kisah penyanyi ani mayuni tu.. Tu pun nak dera suami.. Memang dah tangunggjawap suami apa bagi nafkah...huhu...

p/s: siasat jgn xsiasat..hihi.. jom join contest ni..best http://sejutarasamakusu.blogspot.com/2012/02/contest-peribahasa-melayu-by-arra-ahmad.html

Ammar berkata...

Belajar menghargai

Unknown berkata...

tak sangka nye..tengok masa sehati berdansa tu muka laki dia baik je..layan dia pun baik snagt...

erm..manusia boleh berubah ..kan??

Unknown berkata...

dunia-dunia..is3 pon dia nk belasah..hai,salam perkenalan

Ummi Alesya Sofea berkata...

jgn ler sampai jd tkut nk kawen,doa yang baik2 selalu yer,insyaAllah akan dpt suami yg baik nnt. :)

NorFarahin@aien berkata...

isteri untuk dikasihi
bukan untuk dikasari...
belajarlah menghargai dan menerima kelemahan pasangan masing2
xmo gaduh2 naa
hihi~~
:D

Miss N™ berkata...

Azwan, cik nur sokong awak.. :)

Miss N™ berkata...

manusia boleh berubahkan...

Miss N™ berkata...

wafa, betul tu...

Wafa Awla berkata...

jom join ni pula >http://wafaawla.blogspot.com/2012/02/segmen-sejak-hari-tu-saya-mula-sedar.html

akuamir berkata...

alorhh,, ta aci la... mane ade sume laki kaki pukul der.. haha,, rasulullah contoh rumahtangge terbaik.. :)

akuamir berkata...

alhamdulillah,, kite tengok al kuliah semalam.. :')

Cik Ai berkata...

ssh nk cakap benda ni.kdg2 sblm kawin baek tp lps kawin dh berubah.apa pun tolenransi & doa tu penting utk sebuah kluarga bhagia kan =)

Lady Milo berkata...

erm..
apa la yang nak marah sangat. sarapan aje pon.

tarak guna punya itu laki.

..cik hana.. berkata...

kesian kalau dapat suami panas baran macam tu :)

uncle gedek berkata...

teringat cerita seniman bujang lapok yg part kena marah sebab masak tak compor belacan...

teha berkata...

yee.. so wahai suami2 di luar sana , sayangi laa isteri anda.. hehe :)