Rabu, 8 Februari 2012

Home » » .:: Rempah Ratus Kehidupan ::.

.:: Rempah Ratus Kehidupan ::.

.



Alhamdulillah, masih boleh bersiaran langsung di sini. Syukur padaNYA, kerana di berikan kesempatan semua ini. ^__^

Amboiii...tajuk entry, macam enrty kelas masakan. Padahal entry berkisarkan kehidupan. Ehh..jangan ingat makanan je guna rempah ratus ye. 

Dalam kehidupan kita pun guna juga, bezanya bukan guna rempah macam masak kari tu, tapi rempah yang lagi hebat dari segala rempah..!

Kerana rempah ratus dalam kehidupan itulah yang akan mengajar kita semua erti kehidupan. Jatuh bangun kita akibat terlebih ataupun kekurangan ramuan hidup, Itu perkara normal.

Adatlah. Nama pun rempah ratus kehidupan. Tak semestinya semua rempah yang ada dalam ramuan kehidupan tu manis atau sedap sentiasa.

Kadang-kalanya sudah tentulah akan ada rasa pahit dan kelatnya. Kalau manis atau pahit je sentiasa, itu bukan lumrah kehidupan manusia normallah tu. Mungkin itu makhluk asing. Wakaka..!

Jadi, apapun dugaan yang kita dapat, harapnya kita tempuh dengan senyum walaupun dugaan tu sebenarnya pahit yang teramat sangat.

Perlu tahu, mungkin ada sebab kena DIA uji kita begitu. Dan mungkin ada hikmah setiap apa yang terjadi. Jangan nak fikir malang je sebab di uji sebegitu.

Sebaliknya fikir ada orang yang lebih hebat ujiannya daripada kita kan? Dan jangan pula kita menunjukkan kemarahan atau kesedihan kita tu. Kena bijak kawal perasaanlah.

Ingat..! bertindak  melontarkan kata-kata kesat atau berbalas perkataan perli di laman sosial masing-masing langsung tak mendatangkan faedah pada kita. Sebaliknya akan jadi lebih teruk sekali gus boleh memalukan diri sendiri. Ye dak..?

Oleh itu, lebih baik kita bertindak cara baik. Bolehkan.. ^__^. Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum kita bertindak yaw..!!


Kata Hati : Terlebih ataupub terkurang sesuatu rempah dalam masakan, ianya akan jadi tak sedap. Begitu juga dengan kehidupan..!

.

7 ulasan:

.........cP~ berkata...

Koreksi diri lebih baik. Kalau nak betulkan orang guna kata-kata kesat, mana ada orang nak dengar.

Tanpa Nama berkata...

kena fikir sebelum berkata-kata kan...takut ada yang terasa hati nt..salam rabu..singgah tengahari

dya nasir berkata...

peringatan utk diri sendiri..:D

Ayu berkata...

tegur cara berhikmah lagi baik.:)

Mak Usu berkata...

a'a..betul tu.. sendiri kena tahu la.. sentiasa fikir dulu sebelum wat sesuatu..

Miss N™ berkata...

betul tu, kalau tegur cara tidak bermoral, dan tak berhemah, org bukan nk dgr..lagi marah adalah...

ecadwinkyasha berkata...

setuju sgt2x....:)

btw,nak tak jadi sponsor tuk 2nd years blog eca?...email eca dan eca akan gtau apa yang bakal anda perolehi jika menaja giveaway tersebut...email ecasha.89@gmail.com